

IBM setuju dengan pendapat Tan Sri itu apabila Anwar bertanding, ini membetulkan fitnah terhadap SPR yang dikatakan sebagai tidak betul, tak telus. Ini juga membuktikan bahawa Anwar Berahim yakin dan mengesahkan SPR itu adil serta demokratik. Jadi, segala tuduhan selama ini tidak betul. Kalau kata SPR tak adil, sudah pasti Anwar tidak akan bertanding, betul tak? Sebagai bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein berkata, sekiranya Anwar memenangi PRK itu, 'kemasukan' Anwar ke dalam DUN Selangor bakal mengancam kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Maka, dari pandangan beliau, jika ini berlaku apa yang diperjuangkan oleh Tan Sri Abdul Khalid selama ini untuk negeri dan parti akan menjadi sia-sia, ibarat 'habis madu, sepah dibuang', jelasnya. Atas dasar itu katanya, pengundi di Kajang perlu 'mengajar' Anwar dengan memberikan kemenangan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang memiliki pengalaman serta memahami nasib masyarakat. BN untuk semua. Itulah yang kita perjuangankan selama ini, dulu, kini dan selama-lamanya.
Dalam perkembangan yang sama katanya, PRK itu juga memberi peluang kepada masyarakat Cina yang selama ini dikatakan memboikot BN untuk kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan penuh yakin perubahan akan berlaku iaitu BN kembali mendapat kepercayaan masyarakat Cina, katanya. Insyallah. Sementara itu, beliau memberikan nasihat berikut kepada Anwar: "Kalau kalah, jangan hendak kata macam-macam, tuduh itu ini. Kalau kalah, terima kekalahan itu dan jangan salahkan SPR lagi." Setuju dengan nasihat dan saranan dari Tan Sri Hussein itu. Hidup BN...tersungkur Anwar. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"