Monday, March 3, 2014

KEMALANGAN PERTAMA DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG

ISNIN, 03 MARCH 2014

Apa ke jadahnya. Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam. Pantang je tengok jalan elok, Jambatan yang canggih, asyik nak pandu laju je. Tak berhemah langsung semasa memandu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

Kemalangan pertama di Jambatan kedua Pulau Pinang berlaku selepas plaza tol Jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta, katanya.

Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang. Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Kepada pengguna yang menggunakan Jambatan kedua untuk ke Pulau Pinang, berhati-hatilah semasa memandu, berhemah dan fikir-fikirkan juga keselamatan diri sendiri dan orang lain. jangan asyik nak pandu laju sahaja. Jambatan itu dibina bukan untuk berlumba atau menguji kelajuan kenderaan anda, tapi untuk keselesaan bersama. Ada faham? Jangan sampai keluarga menanti kepulangan anda dengan tangisan. Wasallam.
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

BN TIDAK PERNAH MEMILIH BULU DALAM MEMBANTU RAKYAT - CHEW

ISNIN, 03 MARCH 2014
KUALA LUMPUR, 2 Mac –  Dasar yang diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat adalah berpandukan kepada keperluan mereka, bukan kerana untuk menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini berkata memberi bantuan kepada rakyat sudah menjadi satu norma bagi BN sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, katanya sesetengah rakyat mendapat gambaran salah (mengenai bantuan yang diberi) dan menganggap BN hanya memberi peruntukan semasa pilihan raya dan ini tidak benar sama sekali.

“Tanpa mengira masa dan tempat, MCA sentiasa berusaha dengan sesungguh hati untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat,” kata Chew, yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini. Dalam kenyataan di sini, Chew berkata wakil rakyat perlu mendengar pendapat rakyat dan menjaga keperluan mereka serta terus berusaha ke arah meningkatkan kemajuan ekonomi, budaya dan sosial di negara ini.-MediaUMNO
P/S ~ Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun adalah tepat sekali. Bantuan yang BN salurkan bukan hanya bila ada pilihan raya sahaja. Bantuan BN kepada rakyat berterusan dan BN tak pernah memilih bulu bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat. Senoneng dengan slogan, "Rakyat di dahulukan, pencapian diutamankan". Hanya pembangkang yang menabur fitnah dan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan BN. Apapun, BN telah buktikan. Kepada Datin Paduka Chew, selamat berjuang di PRK DUN Kajang, moga beroleh kejayaan, insyallah. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Sunday, March 2, 2014

PRK DUN KAJANG MAKIN DEDAH KEBURUKAN PKR

AHAD, 02 MARCH 2014
SHAH ALAM –  PRK Kajang dijangka mendedahkan lebih banyak keburukan PKR dan calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar kanan) berkata, percaturan PKR untuk meredakan kemelut parti itu bukanlah satu pilihan yang bijak. Menurutnya, perkara ini terbukti apabila satu demi satu perkara baharu didedah bekas rakan baik Anwar. “PRK ini bukan sahaja akan membuka lebih banyak pekung mengenai kemelut antara Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi mengenai masalah dalaman pentadbiran negeri itu. 

“Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon bebas menentang Anwar bakal menimbulkan banyak isu menyentuh mengenai peribadi Anwar dan kepimpinan PR,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Puad berkata, kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kelmarin membuktikan PR tidak telus dalam urus tadbir mereka. “Walaupun Anwar yakin menang di Dun Kajang, namun imej dan integriti PR akan semakin tercalar dengan cerita-cerita buruk itu,” katanya. Terdahulu, Rafizi mendedahkan Zaid pernah melobi parti untuk mendapatkan projek dalam kerajaan negeri Selangor. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar kiri) berkata, kehadiran Zaid sedikit sebanyak mampu menggugat Anwar untuk menang selesa. “Ini perkembangan menarik, apabila pemimpin PKR dan bekas pemimpin PKR masing-masing menuding jari antara satu sama lain. “Rafizi dilihat berusaha untuk menutup mulut Zaid dari terus mendedahkan lebih banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR,” katanya. -SH.

P/S ~ Memang parti PKR ni akan lingkup tak lama lagi. Kata orang lain jahat, korapsi, tapi, mereka lagi teruk dari apa yang disangkakan. Bak kata orang, pari PKR ni indah khabar dari rupa. Berlagak seperti hero, kononnya depalah pembela rakyat. Habuk pun tarakkk. Kesian rakyat Selangor depa tipu.  Jadi, PRK DUN Kajang ni, nak bagi kat PKR (Anwar Brahim) lagi ke? Fikri-fikirkan...Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

NASIHAT SYABAS, JANGAN CUCI KERETA GUNA AIR BERSIH. BERJIMAT-JIMAT SIKIT....

AHAD, 02 MARCH 2014
PETALING JAYA: Pengguna air di Lembah Klang dinasihatkan untuk tidak mengguna air bagi tujuan yang tidak penting seperti mencuci kereta dan lain-lain lagi sehingga arahan catuan ditarik balik. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, air yang dirawat sepatutnya digunakan untuk tujuan kritikal sahaja seperti minum, memasak dan mandi. "Kami telah mengulangi mesej ini di televisyen, radio dan akhbar, Oleh itu kami berharap pengguna akan memainkan peranan mereka dengan tidak membuang air yang berharga sesuka hati," kata Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred .
Bagi pengusaha mencuci kereta yang telah mencuri air untuk operasi mereka, Alfred berkata, Syabas akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan. "Mereka menafikan hak pengguna sah, bekalan air sangat berharga ketika ini dan kami akan mempergiatkan operasi terhadap mereka, " katanya kepada The Star.
P/S ~ Betul kata Syabas tu. Berjimat-jimat sikit. Jangan membazir air di ketika kita sedang menghadapi musim kemarau. Tak mati pun kalau tak basuh kereta. Ambik sebaldi, lak je. Selesai masalah walaupun tidaklah sebersih mana. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PERTEMBUNGAN AZMIN DAN KHALID. KAK WAN PENING. HANCURKAH PARTI ANAK BERANAK INI? TUNGGUUUU...

AHAD, 02 MARCH 2014

Dari segi percakapan mulut, betul le. Wan Azizah kata, terserah kepada ahli-ahli parti untuk menentukannya. Tapi, realitinya, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagaikan nak menanggis kerana keretakan didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara.  Maka, beliau terpaksa memendamkan perasaan hati beliau, berlakun dan berhati-hati dengan kenyataan beliau untuk tidak dilihat memihak dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Maka terpancurlah dari mulut kak Wan sendiri yang bagi IBM ianya perkataan untuk menyelamatkan maruah parti. Maka dengan menyatakan terpulang kepada ahli parti itu untuk membuat keputusan, itu hanyalah kerana terdesak. Katanya, ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi  untuk menawarkan diri untuk berkhidmat dan oleh itu, beliau menyerahkan kepada ahli-ahli untuk membuat pilihan. Apa lagi pilihan yang kak Wan ada?

Wan Azizah memberitahu pemberita demikian di Kajang petang semalam ketika ditanya mengenai keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR bulan Mei ini. Ini bermakna, Khalid akan berdepan dengan penyandang jawatan tersebut, Azmin Ali jika beliau memutuskan untuk mempertahankannya.

Bagi Azmin, beliau masih belum mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam satu kenyataan beliau semalam. Nak tak nak, Azmin terpaksa akur dan mengalu-alukan pencalonan Khalid itu. Kak Wan pula ketika ditanya sama ada terdapat kebimbangan bahawa pertembungan tersebut boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, Wan Azizah berkata, ia adalah satu pilihan yang perlu dibuat. 

Ialah mulut saja tu. Tapi, jauh di lubuk hati kak Wan berkata-kata mengapa mesti ada pertandingan. Akan hancur parti bila ada pertandingan seperti itu. Nasib le kak Wan oii. Itulah yang dikatakan demokrasi dalam parti. Tapi, ada ke demokrasi di dalam PKR? Sementara itu, Wan Azizah melihat kedua-dua calon tersebut mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Oleh itu, katanya, ahli-ahli akan memilih calon yang mereka suka dan yang mereka fikir terbaik yang boleh membawa parti ke tahap seterusnya. Seterusnya ke mana kak Wan?Hehehehe...mintak-mintak biar lah terlungkup terus. Apapun, kita tunggu perkembangan seterusnya akan kemelut dalam PKR ini, iaitu parti anak beranak. Wasallam.

 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...