Sunday, March 2, 2014

PERTEMBUNGAN AZMIN DAN KHALID. KAK WAN PENING. HANCURKAH PARTI ANAK BERANAK INI? TUNGGUUUU...

AHAD, 02 MARCH 2014

Dari segi percakapan mulut, betul le. Wan Azizah kata, terserah kepada ahli-ahli parti untuk menentukannya. Tapi, realitinya, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagaikan nak menanggis kerana keretakan didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara.  Maka, beliau terpaksa memendamkan perasaan hati beliau, berlakun dan berhati-hati dengan kenyataan beliau untuk tidak dilihat memihak dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Maka terpancurlah dari mulut kak Wan sendiri yang bagi IBM ianya perkataan untuk menyelamatkan maruah parti. Maka dengan menyatakan terpulang kepada ahli parti itu untuk membuat keputusan, itu hanyalah kerana terdesak. Katanya, ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi  untuk menawarkan diri untuk berkhidmat dan oleh itu, beliau menyerahkan kepada ahli-ahli untuk membuat pilihan. Apa lagi pilihan yang kak Wan ada?

Wan Azizah memberitahu pemberita demikian di Kajang petang semalam ketika ditanya mengenai keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR bulan Mei ini. Ini bermakna, Khalid akan berdepan dengan penyandang jawatan tersebut, Azmin Ali jika beliau memutuskan untuk mempertahankannya.

Bagi Azmin, beliau masih belum mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam satu kenyataan beliau semalam. Nak tak nak, Azmin terpaksa akur dan mengalu-alukan pencalonan Khalid itu. Kak Wan pula ketika ditanya sama ada terdapat kebimbangan bahawa pertembungan tersebut boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, Wan Azizah berkata, ia adalah satu pilihan yang perlu dibuat. 

Ialah mulut saja tu. Tapi, jauh di lubuk hati kak Wan berkata-kata mengapa mesti ada pertandingan. Akan hancur parti bila ada pertandingan seperti itu. Nasib le kak Wan oii. Itulah yang dikatakan demokrasi dalam parti. Tapi, ada ke demokrasi di dalam PKR? Sementara itu, Wan Azizah melihat kedua-dua calon tersebut mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Oleh itu, katanya, ahli-ahli akan memilih calon yang mereka suka dan yang mereka fikir terbaik yang boleh membawa parti ke tahap seterusnya. Seterusnya ke mana kak Wan?Hehehehe...mintak-mintak biar lah terlungkup terus. Apapun, kita tunggu perkembangan seterusnya akan kemelut dalam PKR ini, iaitu parti anak beranak. Wasallam.

 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...