Wednesday, April 2, 2014

KESIAN PAK SAMAD KENA KENCING DENGAN EXCO SELANGOR....HUHUHU..PADAN MUKA!

RABU, 02 APRIL 2014
KONONNYA seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara,  Datuk A. Samad Said. Kesiannya. Kenapa boleh jadi lagu tu? Ingatkan semua exco dan wakil rakyat di Selangor ni bersih, jujur, tidak korapsi dan apa lagi ye? Tiba-tiba dengar pulak si tua hippies ni kena kencing oleh salah seorang exco Selangor. Mana mungkin.

Diberitakan dua buah lukisan tersebut dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut kata si Samad ni, beliau memberitahu kepada exco itu kalau mahu lukisan beliau perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki beliau. Dan, exco Selangor  tu kata, ok, beliau akan bayar. 

Sebelum itu, Exco itu bertanya pad Pak Samad, berapa harga lukisan itu? Maka Pak Samad kata harga sekeping lukisan beliau biarpun tidak cantik, harganya cuma RM8 ribu, Itulah yang IBM dapat tahu dari cakap  Pak melalui sumber dari seorang kawan karib IBM. Pak Samad di temui semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), semalam.

Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera,  Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu. Kesian Pak Samad. Percayakan sangat pada Exco Selangor tu. Padan muka. Harap Pak Samad dapat belajar dari kesilapan tersebut, dan kembali kepangkuan jalan kerana menyokong dan berkongkol dengan Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan besar yang Pak Samad telah lakukan. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah wahai Pak Samad. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

AZMIN SANGGUP MENIPU DEMI UNTUK MENJAGA MARUAH NUAR BRAHIM

RABU, 02 APRIL 2014
DEMI Anwar, beliau sanggup berbohong dan kalau di suruh telanjang, IBM rasa si Azmin ni sanggup buat. Begitulah al-kisahnya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali rata-rata menolak dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti yang akan datang. Tapi, itu hanyalah sendiwara si Azmin ni kerana telah dihalang dan diarahkan supaya tidak bertanding jawatan Presiden Parti PKR. Sebaliknya, Azmin diarah supaya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden yang disandangkan dalam saingan enam penjuru.

Mengikut katanya, beliau memilih untuk kekal bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas berbincang bersama rakan dalam parti. Ini bukan keputusan beliau. Beliau perlu berbincang dengan pelbagai pihak. Apa yang lebih penting adalah parti diperkukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam. Aduhai....nampak betul sendiwara yang si Azmin ni mainkan. Memang dari prinsip politiknya, si Azmin ni tak ada telo, takut kerana telah di beri amaran oleh Nuar Brahim yang juga kekasih hatinya.

Sebelum hari pencalonan pada Sabtu, timbul spekulasi bahawa Azmin menawarkan diri bertanding jawatan Presiden, mencabar Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar. Wan Azizah dan Anwar masing-masing bertanding merebut jawatan Presiden. Itu juga adalah lakonan dan sendiwara oleh suami-isteri yang sememangnya parti PKR adalah parti anak-beranak. Tidak ada siapa yang boleh memegang jawatan Presiden PKR selagi Nuar Brahim masih hidup. Walaupun di dalam penjara sekali pun.

Jesteru, Azmin terpaksa berbohong dan tarik balik cakap beliau dan berkata berdasarkan rekodnya dalam parti dan kerajaan Selangor sebelum ini,  akan membantu beliau mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti untuk mempertahankan jawatannya, Timbalan Presiden. Tapi, buntut si Azmin ni dah tentu panas kerana musuh ketatnya si Khalid gagap juga bertanding jawatan Timbalan Presiden. Jadi, selamatkan jawatan Timbalan Presiden yang Azmin sandang itu? Sama-sama kita tunggu kemelut dalaman PKR siapa sembelih siapa. Tungguuuuuu. Wasallam ~ IBM 
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KERAJAAN TIDAK TERAGAK-AGAK SAMAN MEDIA YANG SALAH LAPOR ~ HISHAMUDDIN

RABU, 02 APRIL 2014
BOSAN dengan sikap media baik dari luar negara ataupun media tempatan  yang sentiasa memutar-belitkan cerita kehilangan pedawat MH370, semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan secara salah berhubung usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

Katanya, Kabinet mengarahkan peguam negara mengumpulkan bukti dan menasihatkan (berkaitan perkara itu),  dalam Twitternya semalam. Beliau merujuk kepada laporan Malay Mail yang memetiknya sebagai berkata, kerajaan “patut menyaman” media ekoran “salah laporan”. Mengikut katah Hishamuddin lagi, mereka sudah kumpulkan semua laporan palsu sejak hari pertama. Apabila tiba masa yang tepat, kerajaan patut saman mereka, katanya.

Dalam laporan itu, Hishammuddin juga berkata, kerajaan sentiasa telus dalam pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac – 25 hari lalu itu. Kerajaan tiada apa-apa hendak disembunyikan dan beliau percaya kebenaran akan terserlah akhirnya, kata beliau. Dengan langkah itu, IBM percaya tiada lagi media asing atau tempatan yang sewenang-wenangnya mereka-mereka cerita dan sekali gus membuat orang ramai keliru apatah lagi kaum keluarga mangsa pesawat MH370.

Maka, kenyataan yang dibuat oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin harus di ambil serius kepada yang berkenaan. Janganlah pulak salahkan kerajaan, kata kerajaan tidak adil dan sebaginya. Bagi pandangan IBM, itu salah korang. Apalah salahnya laporkan sahaja perkara yang benar. Yang tak pasti tu tanya atau rujuklah kepada yang berkenaan. Salah lapor boleh menjahanam dan memburukan nama negara.

Fikir-fikir dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Tuesday, April 1, 2014

TUGAS BERAT/MENCABAR MENANTI DATIN PADUKA CHEW DI CHINA...

SELASA, 01 APRIL 2014
WALAUPUN tewas baru-baru ini pada PRK DUN Kajang dan tidak menjadi seorang wakil rakyat, namun Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai pegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu dengan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. Begitu yakin kerajaan BN terhadap beliau. IBM difahamkan oleh sumber dari MCA yang mana Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar bawah kanan) memberitahu bahawa keputusan itu dibuat oleh jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya baru-baru ini bagi memastikan wakil kerajaan Malaysia yang fasih berbahasa Mandarin mengendalikan urusan dengan anggota keluarga penumpang warga China.

IBM juga difahamkan (Chew) Mei Fun bersama-sama dengan delegasi yang diketuai Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin (gambar bawah kiri) serta anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) telah pun berlepas ke China untuk bertemu anggota keluarga semalam, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, hari ini. Liow berkata selain menghantar wakil untuk bertemu anggota keluarga penumpang, pihaknya akan bekerjasama dengan pemimpin pelbagai agama untuk menganjurkan majlis keagamaan bagi mendoakan misi mencari dan menyelamat MH370.

MCA juga menghantar pasukan CRSM untuk membantu dan menjaga semua anggota keluarga penumpang MH370 ke semua hotel yang menempatkan mereka, terutamanya dari China, katanya. Ditanya mengenai kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang, Teng Chang Khim daripada DAP yang mempersoal pelantikan Chew ke China setelah tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac lepas, Liow berkata Pakatan Rakyat (PR) sering mempolitikkan banyak isu terutamanya MH370 bagi mencapai agenda mereka sendiri. Pelantikan Chew ke China adalah tugas yang mulia dan amat dititikberatkan oleh kerajaan dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang MH370.

Bukan macam Pakatan haram (PR)yang suka mempolitikkan isu ini, malah banyak lagi isu-isu lain yang melibatkan rakyat juga sering dipolitikkan bagi mencapai agenda mereka, katanya. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Walau bagaimanapun, pencarian diteruskan. Itu janji yang diberi oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib baru-baru ini. Dan IBM yakin Datin Paduka Chew Mei Fun boleh memikul tanggunjawab yang telah diberi. Hidup BN! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

MH370 : HAYAT KOTAK HITAM HANYA TINGGAL SEMINGGU SAHAJA LAGI....

SELASA, 01 APRIL 2014
Selepas 24 hari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi. Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi. Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin berkata, 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu. 
Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu. Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu. Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata, lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China. "Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, Isnin.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu. "Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin. Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS. Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

P/S ~ Sama-sama kita berdoa agar kotak hitam MH370 dapat ditemui segera. Kalau tidak pencarian dan mistri kehilangan pesawat MH370 tidak akan terungkai dan tanda tanya dimana hilangnya pesawat tersebut akan terus bermain di kepala kita semua dan apatah lagi kepada keluarga mangsa. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...