
Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu. Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu. Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata, lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China. "Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, Isnin.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS. Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
P/S ~ Sama-sama kita berdoa agar kotak hitam MH370 dapat ditemui segera. Kalau tidak pencarian dan mistri kehilangan pesawat MH370 tidak akan terungkai dan tanda tanya dimana hilangnya pesawat tersebut akan terus bermain di kepala kita semua dan apatah lagi kepada keluarga mangsa. Wasallam ~ IBM
P/S ~ Sama-sama kita berdoa agar kotak hitam MH370 dapat ditemui segera. Kalau tidak pencarian dan mistri kehilangan pesawat MH370 tidak akan terungkai dan tanda tanya dimana hilangnya pesawat tersebut akan terus bermain di kepala kita semua dan apatah lagi kepada keluarga mangsa. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"