Thursday, April 3, 2014

RIFIZI CUBA NAK JADI HERO. NAK JATUHKAN PAPAGOMO SETELAH BOSSNYA MENANG KES SAMAN!

KHAMIS, 03 APRIL 2014
DENDAM bossnya terhadap Papagomo dipanjangkan kepada Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang kononnya akan berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Papagomo dengan mendedahkan identitinya dan kemudian membuat laporan polis dan menfailkan saman terhadap blogger Umno kontroversi itu. Sumber lain mengatakan bahawa Rafizi juga ingin membalas dendam kerana Papagomo juga telah memfitnah beliau yang kononnya beliau telah dipecat oleh bekas majikannya iaitu Petronas. Maka beliau akan jadi dua kali jadi hero jika berjaya. Berangan le ko Rafizi. Identiti Papagomo sebelum ini yang menjadi misteri telah terbukti apabila nama Wan Muhammad Azri Wan Deris terdapat dalam soalan bertulis yang dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan oleh Ahli Parlimen Pandan itu di Parlimen pada Rabu.

Hari ini, di Parlimen, Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa orang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 bersama-sama dengan petugas media, itu tuduhan yang dibuat oleh Rafizi. Maklumat ini juga telah tersebar secara meluas dalam talian, termasuklah di dalam Umno blog sendiri mengenai Papagomo yang telah secara bongkaknya memasuki kapal Scorpene, katanya si Mat jambu juga kesayangan Nuar Brahim selain dari Azmin Ali. Rafizi menjelaskan bahawa implikasi daripada dapatan beliau itu juga akan dapat membuatkan Wan Muhammad Azri terperangkap dalam kes sumpah bohong. Ketika memberikan testimoni dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibawa terhadap Papagomo, Wan Muhammad Azri berkata di Mahkamah bahawa dia tidak pernah berada dalam kapal selam Scorpene.

STRATEGI RAFIZI SEBAGAI PENGARAH STRATEGI PKR SELALU KANTOI!
Jawapan oleh Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan sumpah, katanya. Mengikut sumber, Rafizi dan Ahli Parlimen Padang Serai akan membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi terhadap Wan Muhammad Azmi kerana melakukan sumpah bohong, kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada 8 April. Rafizi juga akan memfailkan saman sivil terhadap Wan Muhammad Deris kerana memfitnah beliau dengan mendakwa Rafizi dipecat oleh Petronas keranan membuat tuntutan palsu apabila beliau meninggalkan syarikat minyak dan gas negara pada tahun 2009.

 Pada Februari, Anwar menang RM850,000 saman terhadap Wan Muhammad Azri berhubung 'posting' fitnah di blog. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop dalam penghakimannya juga mendapati Wan Muhammad Azri juga orang yang sama dengan Papagomo . Lantaran itulah yang membuat si Rafizi ni naik syok dan beliau begitu konfiden akan memenangi kes saman terhadap Papagomo. Tapi, si Rafizi ni lupa yang nak disamannya tu bukan calang-calang orang. IBM yakin kali ini Papagomo lebih bersedia dan mempastikan kali ini giliran dia pula menang. Tunggu Rafizi. Teruskan niat ko tu untuk menyaman dan menjatuhkan Papagomo. Kita tunggu dan lihat sapa yang kena nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

DEMI PANGKAT DAN MARUAH NUAR BRAHIM MAHU CABAR ROS?..GILA..MEMANG GILA!!

KHAMIS, 03 APRIL 2014
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak berminat dengan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya bertanding kerusi nombor satu itu kerana mahu menyalahkan kerajaan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pencalonannya atau tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, sekiranya dia menang. Bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Othman berkata, tindakan itu sudah dijangkakan dari awal lagi apabila Anwar mengumumkan mahu mencabar penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya. Katanya, taktik itu menyamai kejadian dalam pemilihan PKR di Seremban, Negeri Sembilan pada 2007 apabila parti itu bermesyuarat pada saat akhir untuk mengkaji apa kesan sekiranya Anwar menjadi Presiden.
Mengimbas kembali mesyuarat pada malam itu, kata Abdul Rahman, PKR tidak membenarkan Anwar bertanding dan Anwar mengumumkan berundur. Apabila Anwar berundur, beliau juga tidak bertanding sebab beliau hanya mahu lawan Anwar. Sebab itu bagi beliau, kesimpulan orang ramai bahawa Anwar mengamalkan nepotisme dalam PKR apabila dia bertanding jawatan Presiden adalah tidak tepat. Sebenarnya, Wan Azizah hanyalah ‘insurans’ kepada Anwar jika berlaku apa-apa kepadanya. Itu kata Abdul Rahman kepada Utusan Malaysia di kediamannya, semalam. Abdul Rahman mengulas pertembungan Anwar dan Wan Azizah dalam perebutan jawatan Presiden parti itu dalam Pemilihan PKR yang bermula 25 April sehingga 11 Mei ini.
Sambung Abdul Rahman, pada pemilihan kali ini, Anwar dilihat mahu mengulangi perkara sama meskipun beliau mengetahui risiko akan ditolak pencalonannya oleh ROS sebagaimana tujuh tahun lepas. Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak bertanding pada 2010 walaupun tidak mempunyai sebarang kes mahkamah. Hal ini sekali gus membayangkan beliau sengaja mahu mencabar ROS, tegasnya. Abdul Rahman tidak menolak PKR akan mengheret penyokong mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya ROS menolak pencalonan Anwar atau mengisytiharkan kemenangannya sebagai tidak sah. “Penyokong akan beranggapan Anwar dianiaya dan dinafikan hak untuk bertanding," katanya.
Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun. Sementara itu, Fasa 7.1.4 Perlembagaan PKR menyebut tanpa menghiraukan peruntukan lain, seseorang ahli tidak boleh dicalonkan atau bertanding untuk memegang sebarang jawatan (jika telah dipilih atau terlantik maka dengan serta-merta ter­lucut dengan sendirinya) jika dia dilarang oleh undang-undang dari bertanding.
P/S ~ Reaksi gambar Nuar Brahim seperti diatas menunjukkan bahawa beliau tidak boleh di bangkang. Beliau sentiasa akan memberi isyarat (seperti shhhhh..) kepada sesiapa sahaja baik pemberita atau pemerhati politik supaya diam atau bersedia untuk di saman. Seperti katanya, "u ulang I saman". Itulah senjatanya. Pergi mampus le ko nuar. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

AS GUNA PESAWAT CANGGIH, TAPI MASIH GAGAL KESAN MH370. PEMBANGKANG APA TAHU!!

KHAMIS, 03 APRIL 2014
PERTH - Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia. Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu. Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas. Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan. Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370. 

Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan. Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya. “Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut. “Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil,” katanya. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. – Reuters

P/S ~ Bayangkan betapa canggihnya pesawat yang digunakan oleh AS, tapi masih gagal mengesan MH370. Maka, apabila pembangkang mengembar-gemburkan bahawa Malaysia tidak cekap dan mempersoalkan beberapa persoalan bodoh seperti menyalahkan kerajaan kenapa tidak mengunakan Kapal Selam yang Malaysia beli dari Perancis untuk misi penyelamat,  ini jelas menunjukkan betapa bahlolnya pembangkang dan singkatnya pemikiran mereka. Satement pembangkang amat-amatlah memalukan. Juga memalukan negara. Sial punya pembangkang. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Wednesday, April 2, 2014

SIAPA KATA CHINA KECEWA DENGAN MALAYSIA? MEDIA ASING SAHAJA YANG MELAGA-LAGAKAN

RABU, 02 APRIL 2014

MEDIA barat memang celaka, main kotor dan kurang ajar. Kerja depa tak lain tak bukan nak melaga-lagakan negara China dan Malaysia akan isu kehilangan Pesawat MH370. Tapi, itu semua di sangkal oleh Duta China ke Malaysia iaitu Huan Huikang (gambar bawah kiri) dan berkata kerajaannya tidak memendam kekecewaan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani krisis MH370. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China.

Memang tidak dapat dinafikan jelas sesetengah media Barat memainkan peranan yang mengaibkan. Mereka menerbitkan berita palsu, menjadi batu api, dan turut menyebar khabar angin. Ini boleh menganggu semangat anggota keluarga dan merosakkan hubungan baik antara China dan Malaysia. Kita menentang keras perkara ini. Duta berkenaan turut menyelar pengguna Internet dan selebirit China yang mengutuk Malaysia berhubung kehilangan pesawat tersebut.

Anggota keluarga dari China yang berang dengan tindakan Malaysia menuduh negara ini “membunuh” para penumpang berkenaan dan menyembunyikan maklumat mengenai pesawat tersebut. Kerajaan Malaysia berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa bertindak dengan telus. Nasib baiklah Malaysia masih lagi boleh bertahan dan menerima kutukan dari keluarga mangsa dari China dengan hati yang tenang. IBM rasa setiap kesabaran itu ada hikmahnya. Teruskan berdoa agar dipermudahkan lagi pencarian kehilangan misteri pesawat MH370. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

NUAR BRAHIM SANGGUP MASUK PENJARA, TAPI JANGAN LUPAKAN DIA...HUHUHU...

RABU, 02 APRIL 2014

MAHKAMAH jatuhkan hukuman. Kedua-duanya disabitkan bersalah. Tetapi ketika Karpal Singh mengosongkan kerusi pengerusi DAP sementara menunggu rayuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya bertanding jawatan presiden PKR. Dan antara sebabnya, menurut tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin (kiri), ia semata-mata ekoran ketua pembangkang itu tidak mahu dilupakan. Selepas hilang kelayakan daripada bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang ekoran keputusan kes liwat, dia (Anwar) harus menang kerusi presiden PKR untuk terus mempunyai legitimate claim pada parti.

Jika dia masuk penjara sekali lagi, dia akan masuk sebagai presiden PKR. Untuk seorang lelaki yang dipetik sebagai berkata, 'saya tidak takut masuk penjara', Anwar sebenarnya takut dilupakan,” tulisnya di blog. Kadir juga menyifatkan pertandingan antara Anwar dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai “drama politik dan tidak masuk akal” Disebut-sebut sebagai "Segambut move" (Langkah Segambut), ia dispekulasi bagi mengelakkan orang nombor dua dalam PKR Azmin Ali dari mara mengambil alih tampuk kepimpinan.

Patut le Nuar Brahim ni suka memperlekehkan keputusan Mahkamah dan beliau terkenal di seluruh dunia yang mana beliaulah satu-satunya pesalah yang boleh melenggah-lengghkan perbicaraan di Mahkamah. Anda masih ingat berapa puloh kali beliau meminta Mahkamah posponekan kes liwat beliau? Ehmmmm...korang carilah jawapanya sendiri. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...