
Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan. Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya. “Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut. “Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil,” katanya. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. – Reuters
P/S ~ Bayangkan betapa canggihnya pesawat yang digunakan oleh AS, tapi masih gagal mengesan MH370. Maka, apabila pembangkang mengembar-gemburkan bahawa Malaysia tidak cekap dan mempersoalkan beberapa persoalan bodoh seperti menyalahkan kerajaan kenapa tidak mengunakan Kapal Selam yang Malaysia beli dari Perancis untuk misi penyelamat, ini jelas menunjukkan betapa bahlolnya pembangkang dan singkatnya pemikiran mereka. Satement pembangkang amat-amatlah memalukan. Juga memalukan negara. Sial punya pembangkang. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"