Tuesday, April 29, 2014

PARAS AIR EMPANGAN SUNGAI SELANGOR MENINGKAT, TAPI AIR MASIH DI CATU. APA KE JADAHNYA PAKATAN RAKYAT SELANGOR NI!

SELASA, 29 APRIL 2014
BERITA di bawah ini jelas menunjukkan betapa lemah dan tidak berpengalaman Pakatan Rakyat bagi mengendali isu air di Selangor. Rakyat sudah cukup menderita kerana rumah mereka tiada air, begitu juga kepada peniaga-peniaga Restoran dan peniaga-peniaga kecil merungut perniagaan mereka terjejas disebabkan kekurangan bekalan air. Dan ada juga berita yang tak sedap didengar bila ada beberapa kilang yang terbesar di Selangor ini mengugut untuk menutup operasi kilang mereka dan berpindah ke tempat lain dan berkemungkinan ramai pekerja-pekerja kilang yang hilang perkerjaan.

Tidakkah ini merupakan mala-petaka bagi negeri Selangor dan kenapa pemimpin-pemimpin di Selangor buat indah tidak indah bagi menyelesaikan masalah air ini. Malah, mereka mendahulukan politik yang mana pemilihan parti Pakatan Keadilan Rakyat Selangor sedang sibuk berkempen dan menjalankan pemilihan parti mereka. Jesteru, mereka belakangkan masalah air dan dahulukan peri hal politik mereka. Ini yang dikatakan kerajaan berkebajikan? Berkebajikan taik kucing depa. Apapun korang fikirlah sendiri. Harap pada PRU ke-14 nanti, korang tidak tertipu dan ditipu lagi. Buka mata, buka minda anda semua. Wasallam.

JANJI-JANJI KOSONG DARI KHALID GAGAP :

[HULU SELANGOR: Paras air di empangan Sungai Selangor mencatatkan sedikit peningkatan selepas berada di paras kritikal iaitu 40% beberapa bulan lalu. Sehingga 8 pagi Isnin, paras air di empangan tersebut mencecah 40%, menurut laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60% air ke Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Aida Isa, 20, penduduk Kampung Pertak, Kuala Kubu Baru yang tinggal dekat empangan tersebut berkata, hujan kerap turun di kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu lalu selepas musim panas yang panjang.


"Kami mengalami gangguan bekalan air selama dua minggu tetapi situasi kembali normal," katanya. Tinjauan ke empangan itu menunjukkan tompokan rumput tumbuh di sekitar kawasan empangan. Pada 31 Mac lalu, paras air di empangan itu adalah sekitar 36.53% manakala pada Rabu, ia meningkat kepada 38.97%. Beberapa empangan lain turut menunjukkan peningkatan paras air iaitu Sungai Tinggi mencatatkan 62.6%, Klang Gates 58.49% - meningkat dari 62.05% dan 54.24% masing-masing pada minggu lalu. Selangor mula mengalami catuan air pada awal Mac lalu.


Pada minggu lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelaksanaan catuan air akan berakhir pada minggu ini sekiranya usaha Selangor mengepam air kolam ke dalam Sungai Selangor membuahkan hasil dan keadaan hujan berterusan. Pakar bagaimanapun, memberi amaran akan berlakunya musim panas kering selama lima bulan bermula Jun ini. Di Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata catuan air tidak akan dihentikan segera. "Jika dan bila catuan air berakhir, ia akan dilakukan secara berperingkat. "Juga, keputusan untuk mengentikan catuan air sedang dibincangkan," katanya kepada pemberita  semasa sesi taklimat mengenai isu itu pada Isnin].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TERKINI! BANGKAI MH370 MUNGKIN DAPAT DITEMUI, KATA SYARIKAT AUSTRALIA

SELASA, 29 APRIL 2014
Apabila terbaca berita di bawah ini, walaupun sukar untuk di percayai, tapi ianya sedikit sebanyak dapat kita bayangkan mungkin inilah jawapan yang kita nanti-nantikan dan berakhirlah penantian kita semua diatas kehilangan pesawat MH370 yang telah hilang pada 8 March lalu. Apapun, semuanya belum soheh lagi, belum ada tanda-tanda atau pengesahan dari Syarikat Australia yang mewar-warkan bahawa misteri kehilangan pesawat MH370 akan terungkai.
Mari kita sama-sama berdoa agar ianya kali ini benar-benar pesawat/bangkai MH370. Kita semua, apatah lagi keluarga mangsa telah letih menunggu akan jawapan yang sebenarnya, tapi, hari demi hari ianya hampa begitu sahaja. Ini bukan kerana kumpulan pencari pesawat yang hilang itu tidak buat kerja, tapi tugas mereka begitu mencabar. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Wasallam.
[PETALING JAYA: Sebuah Syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu. GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth.
Pencarian GeoResonance itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej yang diperolehi dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear. Menurut jurucakap syarikat itu, David Pope, "Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu."
Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu. "Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti," kata Pope. Sementara itu, seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.
"Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777... ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain," kata Kursa dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita Australia7News . MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi 8 Mac lalu dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian, ketika berada di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Satu operasi pencarian antarabangsa dilakukan bagi mencari pesawat yang hilang, dengan yang pertama di Laut China Selatan dan kemudian selepas ia dikatakan menyimpang dari laluan penerbangan, pencarian beralih ke dua koridor, meliputi koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis data satelit yang belum pernah belaku sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 terbang ke koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi di barat Perth. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi"].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Monday, April 28, 2014

MALUNYA PAS DIHALAU DENGAN HINA KELUAR DARIPADA PAKATAN OLEH DAPIG

ISNIN, 28 APRIL 2014
Jika Pas bertegas mahu melaksanakan Hudud dengan hormatnya sila berambus keluar daripada pakatan, kata Anthony Loke Siew Fook. DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut. "Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berambus dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

PAS MEMANG MUKA TAK MALU
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat. Rakan dalam pakatan rakyat percaya Pas tidak boleh hidup tanpa DAP dan PKR, jika Pas keluar pakatan maka masa depan Pas juga akan gelap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu. Sebelum ini Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dianggotai oleh kaum kafir daripada pelbagai bangsa telah menyatakan pendirian tidak menyokong hudud yang dicanangkan oleg Pas. Walaupun kami penyokong Pas tidak semua yang Pas buat untuk umat Islam kami sokong, kata Phang Chew Pengerusi DHPP

DAPIG TETAP TOLAK HUDUD

Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat. Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud. Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.

Suatu ketika dulu Nik Aziz pernah memuji Anthony Loke kerana membela Nik Aziz di Parlimen. Ingat ke nak sokong Pas rupa-rupanya ada udang disebalik batu...jika kafir tu kafir jugalah.  ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TAK DAPAT JUMPA OBAMA, NUAR HENTAM OBAMA DALAM PENULISANNYA DI AKHBAR 'WASHINGTON POST'. JADILAH LEPAS GERAM PUNYA PASAL....

ISNIN, 28 APRIL 2014
Anwar Brahim di lihat semacam orang gila talak. Kempunan nak berjumpa Presiden Obama, beliau mengambil kesempatan menghentam Obama di dalam penulisannya di dalam sebuah akhbar "Washington Post' mengritik dan mengesa Presiden Amerika Syarikat supaya membangkitkan soal kebebasan dan demokarasi. Inilah yang dikatakan seorang pemimpin yang tak tahu malu dan menganggap dialah pemimpin yang berpengaruh dan di sukai rakyat. Sebenarnya, Obama tahu siapa Nuar Brahim sebenarnya. Itu sebab beliau secara sengaja tidak mahu bertemu dengan Nuar dan tidak memasukkan 'bertemu dengan Ketua pembangkang' dalam agenda beliau semasa melawat Malaysia.

Oleh kerana kecewa, Anuar Brahim mengambil kesempatan menulis di dalam akhbar Washington Post kononnya mahu Obama membaca dan mendengar segala rintihan beliau. Memang tak malu langsung Ketua Pembangkang ni. Apa, dia ingat apabila dia mendedahkan akan kes liwatnya itu, Obama akan simpati terhadap beliau? Podahhhh! Sekali lagi IBM ingatkan Nuar Brahim supaya cerminkan diri. Konform cermin pun tak mahu lihat muka Nuar Brahim ni. Wasallam.

KERATAN DARI MALAYSIA KINI PORTAL PENCETUS FITNAH NO 1 NEGARA :
[Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi. Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya. Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .

Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar. Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam. Ini dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap pemimpin pembangkang di parlimen bagi pakatan yang memerintah negeri-negeri utama di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan]- MK.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PELAKON SIDEK HUSSAIN MENINGGAL DUNIA. AL-FATIHAH!

ISNIN, 28 APRIL 2014

Berita sedih. Pelakon drama, Sidek Hussain disahkan meninggal dunia malam tadi setalah sekian lama menderita akibat ketumbuhan di bahagian pipinya sehingga menyebabkan kanser pada tahap empat. Sidek yang berusia 63 tahun kembali ke rahmatullah sekitar jam 11:55 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur telah mengalami kompolasi kanser yang agak serius di seleruh badanya. difahmkan ketumbuhan yang mencapai berta dua kilogram itu pada peringkat permulaanya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an. 

Allahyarham pernah mendapat rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahaan, tetapi tidak berjaya kerana berisiko tinggi. Selain kanser, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. Kepada peminat-peminat drama yang mengenali atau meminati Allahyarham, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau moga rohnya di rahmati ooleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Aminn! Wasallam

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...