Thursday, May 1, 2014

BEKAS PEMAIN ARSENAL PONDAN??

KHAMIS, 01 MEI 2014
APAKAH sebenarnya yang bermain di naluri bekas pemain Arsenal, Gervinho ni? Selain gaya rambut yang pelik, pemain sayap Roma itu juga ada kalanya dilihat cuba membawa dirinya sebagai wanita. Terbaharu, Gervinho dikesan memakai kasut wanita ketika menghadiri jamuan makan malam di Itali.
Berdasarkan gambar itu, persoalan yang pernah timbul berhubung naluri 'wanita' pemain itu kembali hangat diperkatakan. Bagaimanapun, banyak pihak yang beranggapan bahawa Gervinho hanya cuba membawa kelainan dalam pemakaian. Pemakaian dan gaya rambut pemain bola sepak antara yang sering ditiru masyarakat dunia termasuk gaya bekas bintang Real Madrid, David Bekham. Mintak-mintak tak ada diantara pemain bolasepak negara yang akan terikut macam Gervinho ni. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PEMILIHAN PKR SABAK BERNAM BERGADUH. JOM TENGOK VIDEO NI. TERBAIKKKK!


TANYA SAMA ANUAR KENAPA BANGKU TERBANG NANTI JAWAP NUAR PKR DAH NAK MAMPUS

Lihatlah betapa matangnya politik parti Pakatan Keadilan Rakyat (PKR). Langsung tidak menunjukkan yang mereka mengamalkan demokrasi. Mereka selalu menunding jari pada orang lain. Parti orang lain semuanya tak betul, tak telus, korapsi dan bermacam-macam tuduahan mereka lamparkan. Tapi...hari ini, di pemilihan parti mereka, apa sudah jadi?. Mereka berkelakuan seperti manusia yang tidak bertemadun, gaduh, melampar bangku sehingga ada yang cedera. 

Penasihatnya, Anwar Brahim patut mengambil iktibar dan sedar bahawa parti PKR ni bukanlah parti yang benar-benar membela rakyat, malah ianya telah di ketahui umum bahawa PKR adalah parti kroni dan parti anak beranak. Mari kita lihat di dalam rakaman video ini. Betapa ganasnya pengikut-ahli2 PKR ini. Inikah parti yang dikatakan parti berkebajikan? Tengok dan fikirlah sendiri. Selamat menonton. Wasallam ~ IBM


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TAMPARAN BUAT LGE KERANA PERHIMPUNAN GST PULAU PINANG GAGAL, MENGECEWAKAN...

KHAMIS, 01 MEI 2014
Berpandukan kepada cerita di bawah ni, jelas bahawa rakyat sudah mula muak, naik menyampah akan sikap pembangkang yang asyik-asyik mengajak dan mengheret rakyat ke jalanan untuk berdemo kerana tidak puas hati apa yang telah laksanakan demi untuk kebaikan rakyat semua. Bagi pembangkang, semua yang kerajaan buat tak betul, tidak telus dan berbagai-bagai lagi tomahan yang mereka lamparkan terhadap kerajaan. Yang sedihnya tu mereka menyuruh rakyat kedepan, tapi mereka semua duduk di belakang. Memang pengecut dan dayus pemimpin-pemimpin pakatan haram ini. 

Bukti bahawa rakyat sudah mula bosan dengan gelagat pembangkang apabila perhimpunan GST yang di rancangkan begitu teliti di Pulau Pinang, begitu menghampakan walaupun tidak ada bukti yang boleh dikaitkan yang menglibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Tapi,  bagi IBM, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah gagal kerana kehadiran perhimpuan GST tersebut hanya di hadiri seramai 400 orang sahaja. Target mereka ialah 5,000 peserta. Ini bermakna, rakyat bukan lagi hamba kepada pemimpin-pemimpin yang berkepentingan diri sendiri. Rakyat sudah dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Hanya yang tinggal mereka-mereka yang telah diracuni pemikiran mereka dan ada yang dibayar bagi menghadiri perhimpunan haram tersebut.

Kepada peserta demo yang gagal ni, elok benarlah muhasabahkan diri. Tanya pada diri anda, betulakah apa yang aku buat hari ini. Berbaloikah apa yang aku buat. Kerajaan telah buat yang terbaik untuk rakyat, tapi, kenapa aku terjerumus bersama pembangkang yang dengki dan iri hati akan kejayaan yang telah di buat oleh kerajaan yang ada sekarang ini. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

[Kehadiran peserta demonstrasi membantah Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Pulau Pinang dilihat mengecewakan dengan kehadiran tidak sampai 400 peserta. Sasaran awal penganjur adalah mencapai kehadiran 5,000 peserta. Seramai 30 peserta dilihat berhimpun disekitar kuil Sree Gangtharan Siva Peruman seawal 9 pagi dan mula meningkat pada jam 10.30 pagi. Demonstrasi anjuran Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Penang di persimpangan Jalan Telaga Air dan Jalan Siram itu bermula dengan beberapa pemimpin pembangkang sambil melaungkan "Hidup Rakyat! Hapus GST!". 

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi menegaskan perhimpunan membantah GST di Pulau Pinang disifatkan sebagai haram ekoran beliau belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan teresebut. Walaubagaimanapun, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) R Thevarajan bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan menagabikan untuk memberi notis 10 hari kepada pihak polis bagi menganjurkan perhimpunan sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012. Ianya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman berkaitan notis 10 hari sebagai tidak relevan].

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

LAPORAN BERGAMBAR HIMPUNAN 1 MEI DARIPADA 4 LOKASI

KHAMIS, 01 MEI 2014

Ehsan dari ~ Antarapos
 DATARAN MAYBANK

PESERTA HIMPUNAN 1 MEI (T SHIRT MERAH) SEMPAT BERGAMBAR. NAK TUNJUK LAGAK LE TU.

11.30 pagi:  Setakat ini kawasan ini agak lengang daripada peserta himpunan. Walaubagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan remaja yang memakai baju merah yang bersedia dipercayai untuk menunggu berlangsungnya perhimpunan ini yang dijadualkan bermula pada 2 petang. Anggota polis dan trafik yang berkawal pula dilihat tidak ramai - hanya dua hingga lima orang. 

DATARAN MERDEKA
10.59 pagi: Suasana di sekitar Dataran Merdeka sehingga jam 11 pagi masih terkawal dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lebih dari 100 pihak berkuasa ditempatkan di kawasan ini. Jalan Laut dan Jalan Mahkamah Persekutuan di sekitar kawasan ini ditutup dari laluan kenderaan.

Dijangka Dataran Merdeka akan menjadi lokasi terakhir bagi demonstrasi bantah GST yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) selepas tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengenakan cukai berkenaan berkuat kuasa April 2015.

SOGO
10.30 pagi: Suasana di sekitar Sogo mula dibanjiri dengan kehadiran kira-kira 200 peserta himpunan bantah GST. Mereka difahamkan sudah tiba disini sekitar jam 9.00 padi tadi. Turut kelihatan peserta yang menjual baju, vuvuzela dan lain-lain lagi. Pihak berkuasa tempatan juga turut mengawal keadaan di sini. Kerja sia-sia. Apa le yang mereka dapat. Inilah yang dikatakan bodoh sombong. Terlalu ikutkan perasaan dan senang-senang diperkuda-kudakan. Amatlah rugi anak bangsa kita (melayu) jika terus-menerus mengikut perintah pembangkang yang mempergunakan mereka. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

AHLI PARLIMEN TELUK INTAN MENINGGAL. BERSEDIA UNTUK PRK

KHAMIS, 01 MEI 2014
Ahli Parlimen Teluk Intan, dari DAP, Seah Leong Peng (gambar), 48, meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi. Timbalan Setiausaha DAP, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, Leong Peng meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi tadi. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu. "Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur dan mendiang akan dibawa ke Teluk Intan untuk disemadikan hari ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar dari DAP, Terrence Naidu berkata, Leong Peng meninggal dunia antara jam 7 dan 7.30 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Beliau berkata, mendiang sudah lebih sebulan mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser di sana. Katanya, sebelum menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-13, mendiang adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DIN) Pasir Bedamar selama dua penggal. Nampaknya, bersedialah kita semua bagi menghadapi satu lagi pilihanraya kecil (PRK). Apapun, tunggu pengumuman rasmi dari SPR. Bagi BN, sudah bersedia bila-bila masa. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...