Thursday, May 1, 2014

AHLI PARLIMEN TELUK INTAN MENINGGAL. BERSEDIA UNTUK PRK

KHAMIS, 01 MEI 2014
Ahli Parlimen Teluk Intan, dari DAP, Seah Leong Peng (gambar), 48, meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi. Timbalan Setiausaha DAP, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, Leong Peng meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 7.30 pagi tadi. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu. "Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur dan mendiang akan dibawa ke Teluk Intan untuk disemadikan hari ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar dari DAP, Terrence Naidu berkata, Leong Peng meninggal dunia antara jam 7 dan 7.30 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Beliau berkata, mendiang sudah lebih sebulan mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser di sana. Katanya, sebelum menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-13, mendiang adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DIN) Pasir Bedamar selama dua penggal. Nampaknya, bersedialah kita semua bagi menghadapi satu lagi pilihanraya kecil (PRK). Apapun, tunggu pengumuman rasmi dari SPR. Bagi BN, sudah bersedia bila-bila masa. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...