Friday, October 3, 2014

AZMIN TAK KENAL FAEKAH? SIAPA FAEKAH/ DIA SIAPA?..TANYA AZMIN...

JUMAAT, 03 OKT 2014

SUMBER......
DULU semasa tengah baik, orang-orang PKR ni macam isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan. Berkerja keras sebagai satu unit. Masa tu, kalau kentut pun dikatanya wangi. Tapi sekarang ni, Ehmm..bukan sahaja bertentengan mata, dengar nama pun tak boleh. Benci, geram dan bagai-bagai lagilah.  Korang semua masih ingat tak akan kenyataan media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Itu tidak boleh diambil kira. Kata Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali. Ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan Menteri Besar. Dengan nada yang marah, Azmin bertanya, "Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah. Menurut Azmin, beliau (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, pagi ini, Jumaat. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan. Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI. Jadi, kepada Faekah, jangan nak sibuk-sibuk lagi. Awak tu dah tak ada jawatan. Diam dan tutup je mulut tu. Semasa Khalid jadi MB dulu, mulut awak tu kemain, terlalu celupar. Bagi IBM, mengembalikan jawatan 'Penasihat Ekonomi Selangor' kepada Anwar Ibrahim adalah 'spesis kawalan jauh@remote control' yang sedang dilakukan oleh Anwar terhadap Azmin. Anwar tersenyum lebar dari jauh. Dalam hatinya, remote control sudah berfungsi. Huhuhuhu....Wasallam ~ IBM

AZMIN KATA DIA TAK SENANG NAK LAYAN PBT. DIA LEBIH SENANG LAYAN ANWAR..HUHUHU!

JUMAAT, 03 OKT 2014

SUMBER.....

AMARAN daripada Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mengesa supaya pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak lebih efektif dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan rakyat khususnya. Jelasnya, isu berkaitan dengan sampah, kebersihan longkang dan jalan raya perlu diberi perhatian bagi mengelakkan aduan daripada rakyat. Bagi rakyat jelata mereka mahukan isu yang dekat kepada kehidupan mereka perlu diselesaikan segera. Justeru beliau telah mengarahkan semua PBT untuk lebih proaktif memyelesaikan permasalahan ini. Bermual tahun baru, tahun depan, beliau tidak mahu lagi ada aduan tentang jalan berlubang, sampah tidak dipungut, longkang tersumbat atau dahan tidak dicantas, katanya ketika berucap di Dataran Indah Pejabat dan Tanah Gombak Bangunan Sultan Sulaiman pagi tadi. 


Azmin dalam masa sama memberi jaminan bahawa semua peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Mariss) sebanyak RM 523 486 773 akan digunakan semaksima mungkin agar dapat menyelesaikan masalah infrastruktur negeri tersebut. Kalau ia pun Azmin, tak boleh di lepaskan 100% kepada PBT. Kenalah pantau. Kalau tidak peruntukan entah kemana, prestasi merudum, rakyat terus merana. Maka, sahlah kamu di gelar Menteri Besar 'remote control'. Huhuhu..! Wasallam ~ IBM

AZMIN, MB YANG 'BERDENDAM'

JUMAAT, 03 OKT 2014

SUMBER....
TAK salah kalau IBM cop si Azmin ni sebagai MB yang berdendam. Dendamnya terhadap bekas MB Selangor yang dahulu, Khalid Ibrahim adalah dendam kesumat. "Cukuplah Azmin!'' - Yang sudah tu sudahlah. Jawatan MB telah dapat pun. Apa lagi yang kamu hendak? Itulah desakan rakyat Selangor kepada Menteri Besar baharu mereka, Mohamed Azmin Ali yang dianggap tidak sampai 10 hari memegang jawatan tersebut dilihat seolah-olah lebih banyak memberi tumpuan untuk melunaskan dendam politik terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Walaupun pada hari mengangkat sumpah jawatan pada 23 September lalu, Azmin dengan bangga menyatakan, "Selaku Menteri Besar pada hari ini, sudah tentulah tanggungjawab beliau untuk melaksanakan dasar peduli rakyat selain memastikan pentadbiran negeri benar-benar bersih dan adil.", tetapi semua itu seolah-olah ucapan politik semata-mata. Sebaliknya sehingga ke hari ini, Azmin masih belum membentangkan sebarang agenda yang dilihat bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor, apa yang beliau lakukan ialah mengkaji dan membatalkan satu persatu tindakan atau keputusan yang dibuat ketika kerajaan negeri di bawah pentadbiran Abdul Khalid. 

Langkah pertama yang beliau lakukan ialah membatalkan kenaikan kadar elaun empat jawatan utama iaitu Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. Turut dilakukan ialah melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Tidak cukup dengan itu, tindakan Azmin yang mahukan perjanjian penstrukturan semula industri air negeri itu dan kerajaan Persekutuan dikaji semula menimbulkan persoalan. Ini memandangkan Abdul Khalid sudah berkali-kali menegaskan, perjanjian itu dilakukan demi kepentingan rakyat, tetapi Azmin dilihat masih tidak berpuas hati apabila hari ini memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membolehkan perjanjian itu yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan kepada umum. Sebenarnya sebagai Menteri Besar, Azmin berhak melakukan tindakan tersebut tetapi dalam masa yang sama beliau tidak boleh menepis tanggapan bahawa semua itu berkaitan dendam politiknya terhadap Abdul Khalid. Mungkin sementara waktu, rakyat boleh menerima penjelasan Azmin bahawa beliau tidak ada dendam terhadap Abdul Khalid memandangkan bekas Menteri Besar Selangor itu "adalah kawan saya'' tetapi ia masih belum mampu menutupi sejarah politik antara kedua-dua. 

Semua orang tahu, Azmin dan Abdul Khalid ibarat `musuh tradisi' dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Azmin merupakan pengkritik utama pentadbiran Abdul Khalid dan pernah mempengerusikan beberapa mesyuarat PKR yang antara lain turut membincangkan penyingkiran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Oleh itu Azmin perlu membuktikan beliau benar-benar tidak mempunyai dendam politik kepada Abdul Khalid dengan menghentikan tindakan-tindakan yang boleh ditafsirkan ke arah tersebut. Rakyat Selangor sudah bosan dengan pertelingkahan dan kemelut politik yang dicetuskan oleh PKR berikutan `Langkah Kajang' yang direkacipta oleh parti itu, justeru apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Besar mereka mengharapkan segala kekaluatan tersebut dihentikan. Dalam laman sosial dan blog-blog ternyata rakyat Selangor mahukan Azmin menumpu perhatian kepada usaha meningkat taraf hidup mereka dan bukannya membelek satu persatu apa yang sudah dilakukan oleh Abdul Khalid. 


Azmin sudah berjanji gesaan Anwar yang mahukan beliau mendedahkan kepincangan dan keputusan meragukan yang dibuat dalam pentadbiran Abdul Khalid bukanlah satu perkara yang perlu disegerakan. Tetapi anehnya, tindakan yang beliau lakukan selepas 10 hari menjadi Menteri Besar seolah-olah menampakkan Azmin sengaja mahu mewujudkan keraguan terhadap apa yang dilaksanakan oleh Abdul Khalid ketika menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun dalam keghairahan dan keterujaan tersebut, Azmin harus memahami beliau menjadi Menteri Besar bukan atas pilihan rakyat, beliau menduduki kerusi nombor satu Selangor bukan melalui satu pilihan raya tetapi beliau berada di situ kerana langkah politik songsang PKR melalui `Langkah Kajang' Azmin tidak harus melupakan Abdul Khalid mempunyai integriti yang cukup tinggi dan tidak mempunyai sebarang `rekod' yang boleh dikaitkan dengan soal moral. Abdul Khalid tidak ada rakaman litar tertutup (CCTV) dan tidak pernah disiasat oleh pihak berkuasa atas apa-apa penyelewengan sepanjang Menteri Besar. 

Disebabkan 'rekod' inilah, rakyat Selangor membuat keputusan terus memberi mandat kepada pakatan pembangkang. Mereka memberi kepercayaan itu bukan kerana PKR tetapi atas faktor Abdul Khalid. Inilah fakta yang tidak harus dilupakan oleh Azmin. Jika benar PKR mendapat kepercayaan rakyat kenapakah parti itu mendapat kerusi paling rendah berbanding sekutunya, DAP dan Pas yang masing-masing menguasai 15 kerusi sedangkan PKR hanya 14 kerusi? Oleh itu, dalam mentadbir Selangor adalah lebih baik Azmin berusaha memberi keyakinan kepada rakyat melalui dasar-dasar yang bertujuan untuk mensejahterakan mereka dan bukannya dilihat lebih tertumpu kepada usaha melunaskan dendam politik dengan Abdul Khalid. Malah lebih penting daripada itu, Azmin perlu berhati-hati dalam tindak-tanduknya supaya beliau tidak dianggap Menteri Besar bertaraf `kawalan jauh' kerana ia akan mengakibatkan rakyat Selangor menganggap nasib mereka bagaikan, `lari mulut buaya masuk mulut harimau'. Tunaikanlah janji yang beliau lafazkan pada 23 September lalu iaitu meneruskan program dan dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran Abdul Khalid kerana faktor itulah yang memungkinkan Azmin merasai nikmat menjadi Menteri Besar. Jika perkara seperti berterusan, IBM jangka 'tali hayat' Azmin sebagai MB tidak akan bertahan lama. Percayalah. Kita tunggu dan lihat nanti. Wasallam ~ IBM

Thursday, October 2, 2014

BETUL KE AZMIN TAK BERDENDAM DENGAN KHALID ATAU DAH KENA 'REMOTE CONTROL' ANWAR?

KHAMIS, 02 OKT 2014

SUMBER.....
BOLEH percaya ke cakap si Azmin ni? Katanya, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mengangap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'kawan' walaupun kerajaan negeri bertindak memotong peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili bekas Menteri Besar itu. Menurutnya, Khalid adalah kawan beliau dan tidak ada dendam terhadap Khalid. Bukan arahan dari Anwar ke? Tindakan memotong peruntukan yang diuruskan beliau adalah amalan pentadbiran negeri sebelum ini. Apabila (bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang dan ahli PKR) Badrul (Hisham) dipecat pada tahun 2008, Tan Sri Khalid melakukan perkara yang sama. 

Bagaimanapun, mereka yang masih layak untuk menerima skim ini akan mendapat manfaatnya, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, hari ini, Khamis. Mengenai penstrukturan semula air, Azmin berkata beliau akan menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan semua dokumen yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan didedahkan kepada rakyat. Pada masa ini semua dokumen termasuk MoU dilindungi oleh OSA (Akta Rahsia Rasmi), katanya. Kepada anda semua, boleh percaya ke cakap dan penjelasan dari Azmin tu? Ehmmm...korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM

SKMM MINTA FACEBOOK TUTUP AKAUN ALVIN TAN? ITU JE KE?

KHAMIS, 02 OKT 2014

SUMBER....
TUTUP akaun si Alvin gampang tu? Itu sahaja ke yang kerajaan dan SKMM mampu buat.?Cuba tengok betui-betui gambar kat atas tu. Dah melampau. Betui-betui kurang ajar anak Cina seko ni. Mengaibkan pemimpin-pemimpin kita. Masih nak bersabar lagi ke?Diberitakan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat aduan kepada Facebook meminta akaun milik blogger seks kontroversi Alvin Tan ditutup. Kalau setakat tutup akaun si anak Cina seko tu apa ke jadahnya? Tak boleh ke kita melalui 'interpol' cekup dan bawa sahaja si barua tu balik ke Malaysia ?...dan kita hukum dia cukup-cukup. Semalam, dalam posting di media sosial itu, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi berkata kandungan dimuatnaik Tan perlu dikeluarkan kerana ia melanggar terma dan syarat perkhidmatan. 

Kami mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin Tan di FB dan merasakan ianya perbuatan yang tidak wajar. Kami juga membuat aduan kepada FB dan meminta agar kandungan berkenaan segera dikeluarkan daripada FB kerana kami percaya ianya melanggar terma dan syarat perkhidmatan mereka, katanya. SKMM juga mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi bahan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam Facebook.  Kepada SKMM, selesaikan dulu kes Alvin ni, baru nasihatkan orang ramai.  Cukup pemimpin-pemimpin negara di hina, masa untuk bertindak. 'Akta Hasutan' jangan di mansuhkan. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...