SUMBER......
DULU semasa tengah baik, orang-orang PKR ni macam isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan. Berkerja keras sebagai satu unit. Masa tu, kalau kentut pun dikatanya wangi. Tapi sekarang ni, Ehmm..bukan sahaja bertentengan mata, dengar nama pun tak boleh. Benci, geram dan bagai-bagai lagilah. Korang semua masih ingat tak akan kenyataan media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Itu tidak boleh diambil kira. Kata Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali. Ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan Menteri Besar. Dengan nada yang marah, Azmin bertanya, "Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah. Menurut Azmin, beliau (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, pagi ini, Jumaat.
