Monday, October 27, 2014

BETUL KE TIDAK 'KEPALA OTAK' BUDAK BERINGUS SURUHAN ANWAR AL-JUB NI?

ISNIN, 27 OKT 2014


PENDERHAKA KEPADA RAJA & NEGARA HARUS DIHUKUM

DAH habis berfikir ke budak 'berigus' seko ni? Berapa lama dia ingat dia boleh dari dari tindakan undang-undang dan berapa lama dia boleh mendapat suaka di Sweden? Inilah akibatnya bila budak-budak beringus seperti Ali ini mendampingi dan menagung-agungkan pengkhianat negara, Anwar al-jub. Banyak perkara yang 'memudaratkan' negara mereka belajar dari si al-jub tu hingggakan undang-undang dan sistem beraja di Sweden mereka nak samakan dengan Malaysia. Apa le banggannya budak ni. Apabila banyak laporan di buat terhadap beliau kerana mengkritik undang-undang negara termasuk isu 'Hapuskan Akta Hasutan', dan juga mengkriti institusi Beraja'  beliau cabut lari, takut ditangkap. Menurut Ali, tidak seperti Malaysia, Raja Sweden adalah lebih terbuka kepada kritikan. Di Sweden, terdapat kebebasan untuk bercakap. Rakyat boleh  mengkritik atau mengatakan sesuatu terhadap institusi beraja, katanya kepada wakil media dalam satu temubual. Selain itu, katanya, masyarakat di Sweden kurang feudalistik kerana raja mereka dirujuk seperti mana-mana rakyat yang lain. 

Tidak ada keperluan untuk menggunakan kata-kata seperti 'Duli Yang Maha Mulia' mengadap sembah, berdaulat, Patik...Semua orang dilayan seperti seorang manusia, ia tidak kira sama ada anda seorang raja, seorang pekerja, doktor, pelajar atau sesiapa pun, katanya. Tambahnya, masyarakat di sana juga tidak mengancam orang yang mengkritik institusi beraja seperti bagaimana kumpulan sayap kanan yang didakwanya telah mengugut untuk membunuhnya di Malaysia. Seperti yang kita semua tahu, Ali telah ditangkap empat kali dan didakwa atas sekurang-kurangnya tiga tuduhan menghasut selepas 22 hari ditahan kerana mengkritik institusi beraja di Facebook, tetapi menegaskan bahawa dia tidak melakukan kesalahan. 

Itu semua hanya kerana Facebook. Beliau tidak meminta sesiapa untuk membunuh sesiapa pun, beliau juga tidak meminta orang ramai melakukan jenayah atau apa-apa pun, kononnya,beliau hanya mengkritik kerajaan dan Sultan, katanya. Oleh kerana budak 'sial' begitu mengagungkan sistem yang ada di Sweden dan ianya lebih baik dari Malaysia, maka, IBM sarankan agar si barua ini tinggal sahaja di Sweden, jadi rakyat di sana, dan jangan cuba -cuba nak balik ke negara ini lagi. Kaalu kau balik, silap, masak ko nanti. Kita nak tengok sejauh mana kerajaan Sweden akan melayan kerena si Ali ini. Tungguuuuu! Wasallam ~ IBM

Sunday, October 26, 2014

5 TAHUN TAK CUKUP!

AHAD, 26 OKT 2014
SELAMAT BERISTERIHAT DI SUNGAI BULOH ANWAR AL-JUB!

MEMANG tak cukup dan setimpal hukuman tersebut. IBM setuju benar dengan pendapat Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai. Menurut kata sumber, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam. Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat. Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur On March 7, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya. 

Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu. Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa. Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar. Diharap pihak Mahkamah dapat menimbangkan hujah-hujah yang dikemukan oleh pihak pendakwa. Memang 5 tahun tak cukup. Anwar al-jub mesti dihukum lebih dari itu dan sebatan kerana ianya akan menjadi talandan kepada masyarakat semua. Apapun , 28 & 29 Okt ini akan menjadi penentuannya. Samada Anwar al-jub akan ke Sungai Buloh atau bebas bak burung terbang di angkasa. Maka, negara akan bertambah huru-hara sekiranya si dajjal ini bebas. Wasallam ~ IBM

Saturday, October 25, 2014

AZMIN NAFI IDAM KERUSI PRESIDEN PKR. TAPI...DALAM HATI KATA HENDAK. ITULAH WAJAH SEBENAR PEMIMPIN PKR, TAMAK HALOBA!

SABTU, 25 OKT 2014
MEMANG le. Bila ditanya secara terang-terang, siapa le nak mengaku. Begitu jugalah si Azmin ni. Hulur sejuta pun dia tak akan mengaku. Nak tunjuk setia konon.Tapi, dari risik-risik yang IBM buat, memang dah ada unsur-unsur atau kerja dalaman untuk menaikkan pangkat Azmin kepada Presiden PKR bila Anwar al-jub masuk penjara. Tapi, buat masa ini, Menteri Besar Selangor ni, Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya gerakan sulit menjatuhkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kononnya beliau mahu mengambil alih kerusi itu sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan. Timbalan Presiden PKR itu berkata, perancangan itu tidak wujud dan dirinya kini lebih berminat menguruskan isu pentadbiran negeri berbanding hal dalaman politik parti. Tidak ada. Sekarang waktu kita bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai, katanya kepada pemberita selepas turun padang melawat tapak kawasan banjir di Seksyen 13, Shah Alam, semalam, Jumaat. 

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau mahu fokus terhadap kerja dan memenuhi tanggungjawab yang diberikan rakyat membangunkan negeri. Beliau bersyukur kerana pasukan baru ini mendapat sokongan PAS, DAP dan PKR. Tanggungjawab beliau ialah mendapatkan aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor ini diteruskan dengan baik dan amanah. Ini satu tanggungjawab yang beliau harus pikul. Fokus kerja, katanya. Sebelum ini, beberapa kain rentang bertulis "Kami Mahu Azmin Ganti Presiden" dengan gambar Azmin bersongkok dikesan diletakkan di beberapa kawasan bandar termasuk Shah Alam. Bila di tanya pasal itu? Azmin cuba mengelak dari di soal oleh pemberita. Sementara itu, seorang  penganalisis  politik, Wan Saiful Wan Jan pada 20 Oktober yang lepas, berkata, masa depan PKR bergantung di tangan Azmin dan beliau perlu dijadikan ikon baru memimpin parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) jika ditakdirkan Anwar kembali meringkuk ke dalam penjara. 

Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR, tetapi juga semua dalam PR, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu. Di satu sudut yang lain pula, IBM mendapat berita, bekas ketua PKR cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin pada sidang media Khamis lalu mendakwa, Azmin melobi istana mendapatkan jawatan Menteri Besar. Nampaknya isu perlantikan Menteri Besar Selangor masih lagi kedengaran yang mana ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin-pemimpin PKR terus berbunyi. Apapun lantak koranglah. Nak bergaduh, bertumbuk ke, itu korang punya pasal. Samada PKR terus maju kehadapan atau tidak apabila Ketuanya Anwar Al-Jub di penjara, itu bukan pokoknya. yang penting, samada Azmin bolehkah membawa perubahan terhadap negeri Selangor ini?, itu yang kita semua mahu lihat dan tunggu. Anwar al-jub tetap akan ke Sungai Buloh. Huhuhuhu! Wasallam ~ IBM

DEMI ANWAR AL-JUB, PEMIMPIN PAKATAN SANGGUH TUNGGU ANWAR KELUAR PENJARA. TAKSUB TAIK KUCING, TAK BERTEMPAT! HUHUHU!!

SABTU, 25 OKT 2014

WOW! Bersemangat betul para pemimpin Pakatan ni. Demi Anwar al-jub, hujan, ribut mereka redah semata-mata nak beri support dan kata-kata semangat sebelum Anwar al-jub dipenjarakan. Diberitakan pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan padu malam semalam ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim al-jub memberi "ucapan selamat tinggal" dalam berdepan dengan kemungkinan menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes liwat II. Walaupun dalam keadaan hujan renyai, kira-kira 2,000 penyokong Anwar menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' beliau kepada pengundi di Permatang Pauh sekiranya beliau gagal membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya bagi tuduhan tersebut. Rayuannya terhadap hukuman penjara lima tahun itu akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. 

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata perhimpunan itu adalah untuk memberitahu Anwar bahawa DAP akan meneruskan perjuangan untuk keadilan "tidak kira apa yang akan berlaku" minggu depan. Lim berkata mereka akan bersama Anwar sama ada beliau bebas atau berada dalam penjara. "Perjuangan ini akan membawa kita ke Putrajaya," kata Lim dalam ucapannya di perhimpunan itu di Seberang Jaya malam tadi. Lim berkata, jika Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, penduduk Pulau Pinang mahu Anwar tahu bahawa mereka akan menunggu kepulangannya. Dengan gelombang baru reformasi berikut hukuman penjara ke atas Anwar, Lim berkata, Pakatan akan menawan Putrajaya dan Anwar akan keluar lebih awal dari penjara. Manakala, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu@Mat Sabun pula kata beliau mempunyai firasat bahawa Anwar tidak akan ke penjara kali ini. 

Katanya, walau apa pun nasib Anwar, Pakatan akan terus bekerja keras untuk membawa pembaharuan kepada politik Malaysia. PAS Parit Buntar MP Mujahid Yusof Rawa pula berkata, Pakatan akan menghadapi semua cabaran dengan tenang kerana apa yang lebih penting ialah kematangan gabungan itu dalam menyelesaikan isu-isu yang mengancam untuk memecahbelahkannya. Perhimpunan tersebut berlangsung selama tiga jam hingga lewat malam. PKR sebelum itu, memulakan kempen solidiriti bersama Anwar di seluruh negara dan kemuncaknya ialah perhimpunan besar-besaran di Mahkamah Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober ini. 

Nampaknya, pemimpin Pakatan ni memang dah terlalu taksub dengan si al-jub ni, sehingga mereka menjanjikan 'bulan & bintang' kepada Anwar yang kononnya mereka  (Pakatan) akan menawan Putrajaya, dan sudah tentu Anwar akan dilantik jadi Perdana Menteri. Peggggi dah!. Berangan le korang. Tapi, pemimpin-pemimpin Pakatan lupa, apabila Anwar al-jub keluar dari penjara, umur beliau sudah menjangkau 76 tahun lebih. Dah tua. Mana ada omphh lagi. Jadi, IBM rasa memang penjaralah tempat yang paling sesuai bagi Anwar al-jub, kerana semasa di dalam penjara, Anwar boleh musahabahkan dirnya untuk jadi insan yang berguna dan jangan lupa 'bertaubat'. Umur tu dah lanjut. 'Penjara kata pergi, kubur kata mari'. Huhuhu! Wasallam ~ IBM

Friday, October 24, 2014

BODOHNYA SISWA UM NI. MAHU TERUSKAN PIDATO ANWAR AL-JUB WALAUPUN DILARANG. PUIIII!!

JUMAAT, 24 OKT

MAKIN dilarang makin depa nak buat. Bagi IBM, itu kurang ajar namanya. Elok di singkirkan sahaja dari kampus. Tanya kat depa (Mahsiwa) tu, depa nak belajar ke nak berpolitik? Kalau ia pun nak 'berpidato', kenapa gunakan nama si Anwar al-jub tu? Difahamkan, mereka (siswa)Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan meneruskan program pidato Anwar Ibrahim al-jub di kampus itu pada Isnin depan ini walaupun dilarang pengurusan kampus. Larangan itu dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof seperti yang dilapor didalam akhbar tempatan hari ini. "Kita akan teruskan," kata Presiden PMUM, Fahmi Zainol(gambar bawah kanan) dengan bongkaknya. Laporan dari sebuah akhbar tempatan menyebut, Rohana mendakwa PMUM merupakan pertubuhan haram kerana tidak pernah berdaftar dengan universiti. 

Pertubuhan haram le tu. PMUM juga tidak pernah memohon kepada pengurusan kampus untuk mengadakan program itu, kata Rohana yang turut memberi amaran untuk mengenakan tindakan ke atas Fahmi. Katanya, siswa berkenaan boleh digantung pengajian selama dua semester atau dikenakan denda sebanyak RM200 sekiranya tetap berdegil. "Mahasiswa yang menyertai program berkenaan juga berdepan dengan tindakan tatatertib,". Siswa berkenaan bagaimanapun enggan tunduk dengan amaran seperti itu dan mempersoalkan kembali niat sebenar di sebalik tindakan berkenaan. Menurutnya lagi, kesungguhan Rohana untuk mendenda beliau menunjukkan pengurusan Universiti itu lebih berminat untuk mengaut wang dari mahasiswa. Kata Fahmi, pengurusan UM yang menurutnya tidak pernah pun "membuat permohonan" kepada siswa UM jika mahu menaikkan yuran pengajian. "UM hendak sangat duit mahasiswa... Saya bukan budak sekolah lagi Datuk (Rohana)," kata Fahmi lagi. 

Sementara itu, sayap pemuda PKR mula jadi 'batu api' dan 'masuk jarum'. AMK menyifatkan larangan oleh pengurusan Universiti itu sebagai tindakan yang memperkecilkan kebolehan mahasiswa untuk berfikir. Naib ketuanya, Fahmi Fadzil (nama pun sama dengan Presiden PMUM)turut menyifatkan langkah tersebut sebagai tindakan kolota yang akan menjejaskan nama baik universiti tersebut. "Tindakan UM ini bersifat autokratik, antidemokratik, dan memperlekeh kebolehan serta keupayaan mahasiswa untuk berfikir dan menyatakan pendapat mengenai perkembangan senario sosiopolitik tanah air terkini."Ia adalah satu langkah ke belakang buat menara gading tertua di Malaysia.

Ia berusaha mengongkong mahasiswa di bawah tempurung politik kolot, dan pasti akan mencemar nama baik UM di mata institusi pengajian tinggi yang lain di dunia, katanya dalam satu kenyatan. PMUM sebelum ini mengumumkan program bersama Anwar itu akan berlangsung di Dataran Dewan Tuanku Canselor UM, sehari sebelum rayuan terakhir kes Liwat II didengar di Mahkamah Persekutuan.Bagi IBM tuduhan melulu Naib Ketua AMK, Fahmi adalah mengatakan pihak pengurusan UM memalu dan mencemarkan nama baik Universiti tersebut pihak Universiti diibarakan seperti 'cetek' pemikiran. Siapa yang memalukan, mencemar siapa ni? Memang dasar pembangkang tak ada otak dan kerja lain.  Anwar al-jub nak masuk penjara, kenapa korang sibuk2 ni? Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...