SELAMAT BERISTERIHAT DI SUNGAI BULOH ANWAR AL-JUB!
MEMANG tak cukup dan setimpal hukuman tersebut. IBM setuju benar dengan pendapat Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai. Menurut kata sumber, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam. Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat. Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur On March 7, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.
Sebatan tidak dikenakan sebab orang yang dihukum sudah melebihi 50 tahun. Selamatlah bontot dpd kena libas rotan. Utk keadilan, peruntukan tambahan penjara adalah lebih adil untuk kesalahan tersebut demi melindungi kepentingan awam.
ReplyDeleteibm~usin,
DeleteSalam. Setuju tu. T.kasih usin d atas pandangan anda.