IBM bukan nak mempersendakan doa yang dibuat oleh para pemimpin-pemimpin PAS dan pengikut-pengikut taksubnya. Memang kita sudah lali dengan perkara seperti 'doa-mendoa' ini dari PAS. Mereka akan berdoa berama-ramai bila tiba musim pilihanraya umum (PRU), mereka juga akan berdoa dan membuat solat hajat semasa pilihanraya kecil (PRK) sekiranya ada DUN yang kosong. Pendek kata PAS akan sentiasa berdoa, sembahyang hajat meminta kepada Allah SWT agar pemimpin-pemimpin UMNO dan juga kami ini sebagai ahli UMNO supaya hancur dan parti kami UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur. IBM bukan nak cakap besar, bukan menidakkan akan kebesaran Allah SWT, kerana semua bencana, musibah yang berlaku di dunia ini juga di negara kita, Malaysia adalah kehendak dari penciptanya, iaitu Allah SWT. Maka, IBM boleh membuat kesimpulanya disini bahawa solat hajat dan doa yang PAS lakukan adalah sia-sia sahaja. Malah, ianya mendatangkan kemurkaan dari Allah SWT. Allah memang adil, Allah maha penyanyang.
Allah tidak izinkan apabila hamba-hambanya mendoakan dan membuat sembahyang hajat sesama sendiri gara-gara kepentingan politik. Hanya PAS sahaja yang angkuh, menabik dada yang kononnya doa dan sembahyang hajat mereka di makbulkan oleh Allah SWT. Itu semua adalah kerja-kerja bodoh yang mana di hati semua pemimpin-pemimpin PAS dan kuncu-kuncunya di penuhi dan di kelilingi oleh syaitan dan iblis. Maka, ada desas-desus yang IBM dengar, itupun dari para pengikut mereka (PAS) yang telah pun meninggalkan PAS berkata, musibah ini ada sedikit sebanyak disebabkan oleh PAS kerana doa dan sembahyang hajat mereka tidak di terima oleh Allah SWT. Maka, inilah bala yang kita semua rakyat Malaysia dapat. Walaupun ianya sukar diterima, tapi bila difikirkan secara lojiknya, memang boleh diterima pakai. Kerana apa?....PAS begitu beria-ia mengajak rakyat dan pengikut-pengikut fanatiknya berkumpul beramai-ramai bagi mengerjakan solat hajat dan mendoakan agar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di timpa bala. PAS terlupa segala doa dan sembahyang hajat yang mereka buat adalah untuk menglanatkan semua umat manusia di muka bumi Malaysia negara yang kita cintai ini.
Maka, berbalik kepada musibah banjir yang luar biasa ini, kenapa PAS tidak membuat sembahyang hajat dan doa secara besar-besaran supaya bencana banjir ini berakhir secepat mungkin?. Malah di negeri yang mereka perintah, Kelantan umpanya adalah negeri yang paling teruk di landa banjir. Mana Nik Aziz yang pandai mendoakan supaya orang UMNO pecah perut? Dengar khabar, Nik Aziz berada di Hospital, tapi tak tahu Hospital mana? Tak lama lagi le tu...jalan. Bersama posting ini IBM lampirkan beberapa keping gambar solat hajat dan doa pemimpin-pemimpin PAS agar UMNO/BN hancur dan musnah. Layak ke pemimpin-pemimpin PAS ini bergelar 'ulama'? Ada ke di dalam Al-Quran kita sesama umat Islam mendoakan agar umat Islam lain di laknat dan pecah perut oleh Allah SWT? IBM rasa tidak. Itu hanyalah kerja juak-juak PAS yang jahil lagi bodoh dan sombong. Soalan : Mujarab dan makbul kah doa PAS? Bagi IBM....puiiikkkkk! Wassalam ~ IBM














