Saturday, December 27, 2014

NAK BERCUTI PUN SUSAH. AKHIRNYA PM PENDEKKAN PERCUTIANNYA KEMBALI KE TANAH AIR TINJAU SENDIRI KEADAAN BANJIR. PUASLAH HATI PEMBANGKANG YE!!

SABTU, 27 DIS 2014
MENTALITI pembangkang ni memang dah sampai ke tahap 'longkang'. Musibah banjir yang melanda negara ketika ini semuanya salah Perdana Menteri. Mereka (pembangkang) menyalahkan PM kononnya mengabaikan rakyat, tinggalkan rakyat pergi bercuti dan bermain 'golf' di luar negara. Pendek kata, mereka (pembangkang) mahu setiap deti, setiap saat PM mesti berada di dalam negara , dan kalau boleh berada di celah-celah kangkang mereka. Jika, tidak, mereka akan menyalahkan DS Najib seperti apa yang dipaparkan di dalam halaman portal pembangkang, Harakah akan sindiran  Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar@Mr Bean (seperti yang dilampirkan dibawah), 'Inilah seorang Perdana Menteri yang bagus '- Mafuz. Sindiran tersebut, bagi pandangan IBM adalah sindiran seorang pemimpin yang tidak mempunyai 'otak', boleh disamakan orang yang kurang siuman. Namun, dik kerana prihatin terhadap penderitan rakyatnya yang di landa banjir teruk, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil keputusan memendekkan percutian beliau dan dijadualkan pulang ke Malaysia dari Amerika Syarikat (AS) dan akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan esok bagi meninjau sendiri keadaan banjir di negeri ber­kenaan. 

Sejurus tiba, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat dan mendengar taklimat mengenai bencana banjir daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan, kerajaan nege­ri dan pasukan bertindak tempatan. Perdana Menteri juga akan bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan selain mendapatkan maklumat keadaan banjir dan mangsanya di negeri-negeri lain. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Najib juga dijangka mengadakan perbincangan untuk mencari pendekatan baharu bagi membantu mereka yang dipindahkan ke penempatan sementara. DS Najib yang dipetik dalam kenya­taan sama berkata, beliau cukup mengambil berat mengenai banjir yang berlaku itu dan amat bersimpati dengan mereka yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang. Semasa di luar negara, beliau sering berhubung dengan MKN dan Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan dan mereka memberi jaminan kepada saya untuk melakukan segala-galanya dalam usaha membantu mangsa banjir. 

Walau apa pun beliau tetap mahu melihat sendiri keadaan banjir yang berlaku dan beliau juga mahu bersama mereka yang terlibat, katanya. Sementara itu, jurucakap kerajaan dalam kenyataan tersebut juga berkata, semasa berada di luar negara, Perdana Menteri menerima perkembangan terkini setiap hari dan sentiasa berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan Jawatankuasa Bantuan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan mengambil langkah segera membantu mangsa banjir. Berikutan laporan terkini situasi banjir yang semakin buruk, Perdana Menteri mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi melihat sendiri situasi banjir dan membantu mangsa-mangsa yang terlibat, katanya. 

UPDATE : TERKINI! PM sudah pun sampai di Kota Bharu, Kelantan

Tahniah PM. Wa'ema apa sekali pun sindiran atau bantahan pembangkang, anggaplah mereka-mereka (pembangkang) ini sudah hilang modal, hilang akal, dan tidak percaya akan ketentuan dari Allah swt. Yang mereka tahu menyalahkan orang lain. Itulah sikap buruk pembangkang yang sepatutnya di laknat oleh Allah swt. Memang sesiapa tidak menduga bahawa banjir kali ini agak 'luar biasa' sekali dan mengejutkan kita semua. Apapun, syukur alahmadullilah, ianya dapat dikawal dan segala bantuan tetap akan diberi. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa agar musibah ini dapat reda dan negara kita pulih seperti sedia-kata. Insyallah. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...