Sunday, January 4, 2015

PAS KELANTAN PENIPU. SELEPAS 20 TAHUN, MANA JANJI HISBAH PAS??

AHAD, 04 JANUARI 2015

[EHSAN DARI SEBUAH BLOG] :
UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....
BANJIR besar di Kelantan pada kali ini mempamerkan banyak perkara yang mengejutkan rakyat Malaysia. Negeri pemerintahan ulama ini merupakan negeri yang berhadapan dengan banjir yang boleh dianggap teruk berbanding negeri-negeri lain. Sedang berbicara tentang banjir di Kelantan, tidak semena-mena, isu pembalakan menjadi perbincangan hangat dalam media sosial. Ini dilihat kepada faktor permulaan banjir berlaku di kawasan-kawasan pembalakan. Lebih jelas, apabila tersebar gambar-gambar dan video yang mempamerkan beberapa kawasan hutan yang sudah gondol. Menurut dakwaan ramai, ia akibat daripada pembalakan. Sejurus surut air banjir di beberapa kawasan, bukan sekadar kerosakan harta benda, tetapi kelihatan peninggalan air banjir itu ada lumpur dan bekas tanah yang agak banyak. Ini menjadi lebih kuat pada sangkaan ramai bahawa banjir besar kali ini, secara tidak langsung punyai kaitan dengan pembalakan. 

Tidak diketahui sejauh mana benarnya dakwaan ramai tersebut, tetapi Ia menarik perhatian sebilangan ahli politik di Malaysia, sehinggakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak menolak kemungkinan bahawa wujud pembalakan haram yang melibatkan beberapa kawasan hutan di Kelantan. Tidak ketinggalan juga dengan kenyataan Salahudin Ayub, salah seorang naib presiden PAS yang tidak menafikan faktor pembalakan antara penyumbang secara tidak langsung terhadap banjir besar yang menimpa negeri yang satu-satunya menggunakan slogan Membangun Bersama Islam itu. Di kalangan ulama-ulama Islam, politik didefinisikan sebagai melaksanakan perkara yang memberi kebaikan kepada rakyat. Lebih terperinci, ‘Allal al-Fasi menyatakan dalam kitab beliau bertajuk Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wa Makarimuhabahawa politik itu hendaklah punyai tiga faktor besar, iaitu pengakuan terhadap keadilan, menunaikan hak rakyat dan menyusun urus tadbir negara dengan baik. 

Al-Qaradawi pula ada menyatakan dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah Fi Dauw al-Nusus al-Syariah wa Maqasidiha bahawa politik itu adalah tindakan pemerintah untuk mengelak dari berlaku kerosakan yang sedang berlaku dan kerosakan yang dijangkakan bakal berlaku. Menurut Ibn ‘Aqil pula, politik itu adalah tindakan yang boleh membawa rakyat kepada kebaikan dan menjauhkan mereka dari sebarang kerosakan, walaupun tindakan itu tidak dinyatakan menerusi wahyu dan hadis Nabi Muhammad SAW. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Turuq al-Hukmiyyah,) Mengenangkan politik dari sudut kaca mata ulama-ulama Islam yang muktabar, kelihatan bahawa pentadbiran politik yang dibina, hendaklah memikirkan tentang agar kebaikan hendaklah sentiasa berdampingan dengan rakyat, di samping berusaha agar keburukan sentiasa berjauhan dari terkena kepada rakyat. Menyedari perkara itu, pasti kita tidak akan terkejut bahawa konsep siasatan terhadap kegiatan yang berkaitan dengan kerajaan secara terbuka, yang hampir iras pengamalan Selcat di Selangor, secara dasarnya pengamalan itu diamalkan dalam sejarah politik umat Islam di era salafus soleh terdahulu. Ia dikenali sebagai hisbah. 

Di era pemerintahan Umar bin al-Khattab, beliau diberitahu bahawa gabenor lantikannya di Bahrain mencapai kekayaan. Keraguan dalam mendapat sumber kewangan, menjadikan Saidina Umar bin al-Khattab memanggil gabenor itu untuk datang mengadap dan dilakukan siasatan hisbah. Ternyata dalam siasatan tersebut, gabenor terbabit berjaya dibuktikan tidak bersalah. (lihat al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, hadis no: 3,327) Perlaksanaan hisbah ini dilihat penting dalam kerangka politik umat islam di zaman salafus soleh dahulu kerana mengelak keraguan rakyat terhadap pemerintah. Lebih-lebih lagi, dalam banyak hadis dipamerkan bagaimana Islam melihat kepentingan penguasa membina kredibiliti di mata rakyat. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak membenarkan ahli keluarga baginda menerima zakat dan sedekah. (lihat Riwayat Muslim, hadis no: 167) Malahan, dalam hadis yang lain digambarkan bahawa Nabi Muhammad SAW ternampak cucu baginda al-Hasan bin ‘Ali termakan buah kurma yang disedekahkan, baginda sendiri mengorek kurma itu daripada mulut cucu baginda. 

(lihat Riwayat Muslim, hadis no: 161) Dalam komentar al-Imam al-Syawkani dalam kitab Nail al-Awtar, tindakan Nabi Muhammad itu kerana mengelak dari sebarang tohmah yang bakal dilakukan terhadap baginda. (lihat jilid 6, halaman 478). Tidak diabaikan dengan kisah Saidina Umar bin Abd al-Aziz yang beliau menolak hadiah sebiji epal yang diberikan oleh salah seorang pegawai beliau. Apabila diberitahu kepada beliau bahawa baginda SAW, Abu Bakar dan Umar menerima hadiah, dengan pantas Umar bin Abd al-Aziz menjawab: Bagi mereka, ia merupakan sedekah. Sedangkan pemberian pegawai kerajaan selepas mereka dianggap sebagai rasuah.” (Lihat Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-bari Syarh al-Bukhari, jilid 8, halaman 82) Nyata betapa politik dalam kalangan umat Islam, sejak zaman Nabi Muhammad SAW, faktor membina pemerintahan yang punyai kepercayaan rakyat ini amat perlu dan amat penting. 

Kesimpulannya, adakah PAS sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam, hak rakyat dan masihkah rakyat di Kelantan mempercayai kerajaan PAS setelah berlakunya musibah 'banjir luar' biasa ketika ini? Tidakah rakyat Kelantan merasakan mereka tertipu selama lebih 20 tahun PAS memerintah?, tapi.....semuanya HAMPEHHHH! Fikir-fikirkan demi untuk masa depan anak-cucu kita di kemudian hari. PAS bukan pejuang agama dan bangsa. PAS sudah lari dari konsep perjuangan asalnya dan PAS hanyalah sebuah parti politik yang dicucuk hidungnya oleh rakan sepejuangan mereka, iaitu DAPigs & PKR. Wassalam ~ IBM 

Saturday, January 3, 2015

KEMELUT DI SELANGOR KEMBALI LAGI. TERKINI! AZMIN DESAK KHALID GAGAP DAN TUJUH BEKAS PEGAWAINYA PULANGKAN DUIT PAMPASAN

SABTU, 03 JANUARI 2015
DAH lama kot Azmin menunggu saat dan ketikanya untuk menggunakan kuasa beliau sebagai Menteri Besar yang baharu.  Adakah ini berupa balas dendam? Itu, hanya Azmin sahaja yang tahu. Terbaru, Azmin mendesak supaya lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta untuk memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka. Menurut kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa ini berikutan pembayaran wang pampasan itu tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan. Ini, selepas mendapatkan nasihat daripada peguam, pengurusan MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang baharu memutuskan supaya mereka kembalikan wang yang sudah dibayar (pampasan) kerana didapati ada beberapa perkara yang melanggar tatacara peraturan kewangan. Menurut Azmin, beliau sudah dimaklumkan oleh MBI bahawa surat akan dihantar kepada mereka (berhubung perkara itu) dan mereka perlu memulangkan wang terbabit, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, hari ini, Sabtu. 

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas Menteri Besar yang dilantik MBI, dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta. Pembayaran itu disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah. Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar berkuat kuasa 23 Sept lepas. Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata bagaimanapun bekas kakitangan MBI itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya diterima mereka. Pihak pengurusan MBI akan meneliti semula jumlah bayaran yang bersesuaian mengikut terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak semua bekas kakitangan terbabit, katanya. Sedikit sahaja IBM nak tambah dalam isu ini. Maknanya, memang tiada ketelusan di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) bagi memerintah negeri Selangor. Para pemimpin mereka (PR) terutamanya dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai agenda tersendiri untuk melingkupkan negeri Selangor. 

Keikhlasan hati mereka untuk membela rakyat seperti yang mereka laung-laungkan semasa PRU ke-13 lalu, hanyalah bohong semata-mata. Bayangkan, kalau korang masih ingat, betapa lamanya kemelut melantik 'Menteri Besar' Selangor yang baharu selepas Khalid diminta lepaskan jawatan? Perintah dan kehendak Sultan mereka ketepikan. Itulah wajah dan perangai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang perlu di ketahui oleh rakyat Selangor. Apapun, kita tunggu dan lihat berapa lama si Azmin boleh bertahan menjadi Menteri Besar Selangor, kerana secara lazimnya kita semua ketahui kerusi MB Selangor ini memang panas diduduki walaupun semasa BN memerintah Selangor. Wassalam ~ IBM 

TERKINI! GERRARD SAH TINGGALKAN LIVERPOOL!

SABTU, 03 JANUARI 2015
APABILA mendapat tahu, kapten Liverpool, Steven Gerrad akan meninggalkan Anfield,  bukan setakat hati penyokong Liverpool hancur luluh, malah IBM sendiri sebagai penyokong Liverpool dan peminat setia Steven Gerrad juga berperasaaan begitu. Kenapa Steve?  Kenapa sekarang? Kelab Liverpool telah mengesahkan pemain itu akan meninggalkan Anfield apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini. Kopites masih mengharapkan le­genda Reds itu menandatangani perjanjian baharu dan menamatkan karier­nya bersama kelab kesayangannya, Liver­pool. Namun kelab telah mengeluarkan kenyataan semalam yang mengesahkan pemain itu akan berpindah ke luar negara apabila dia tidak ter­ikat dengan kontrak sebaik sahaja musim ini berakhir. Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat dijangka menjadi destinasi Gerrard dengan New York Red Bulls dan LA Galaxy, antara kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya. Gerrard, 34, membuat keputusan muktamad meninggalkan Liverpool selepas 17 tahun mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis bersama kelab itu. Ini merupakan keputusan yang paling sukar terpaksa untuk dibuat. 

Mengikut kata Gerrad, beliau lakukan seumur hidup beliau, dan baik diri beliau mahupun keluarganya telah melalui pengalaman perit dan juga menggembirakan sepanjang tempoh beliau bersama kelab kesayanganya, Liverpool. Beliau membuat pengumuman ini sekarang, jadi pengurus dan pasukan tidak berasa terganggu dengan pelbagai spekulasi tentang masa depan Gerrard. Kelab Bola Sepak Liverpool telah cukup lama memainkan pe­ranan penting dalam kehidupan beliau dan mengucapkan selamat tinggal memang amat sukar, tetapi beliau melalukannya demi kepen­tingan semua terma­suk keluarga beliau dan juga kelab. Biuat masa ini, beliau akan terus bermain, walaupun beliau masih belum boleh membuat pengesahan pada ketika ini ke mana hala tuju beliau, apa yang boleh beliau katakan beliau  tidak akan ber­aksi bersama kelab pesaing dan akan memastikan beliau tidak berada dalam senarai pasukan yang menentang Liverpool iaitu sesuatu yang tidak dapat beliau bayangkan. 

Keputusan ini dibuat di­sebabkan keinginan beliau mencari pengalaman yang berbeza dalam karier beliau dan beliau juga mahu memastikan yang beliau tidak menyesal dengan apa yang beliau lakukan apabila karier beliau ber­akhir nanti. Katanya lagi, ucapan terima kasih sahaja tidak memadai untuk Brendan (pengurus Liverpool), pemilik, dan semua orang yang ber­ada di kelab tentang bagaimana mereka mengendalikan perkara ini dan beliau meninggalkan pa­sukan dengan cara yang baik. Beliau juga mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan semua staf di atas bantuan serta sokongan berterusan. Menjadi sebahagian daripada kelab ini merupakan sesuatu yang istimewa. Beliau berharap satu hari nanti beliau akan kembali berkhidmat di Liverpool, tidak kira de­ngan cara bagaimana itu dilakukan nanti. 


Apa yang paling penting bermula sekarang hinggalah sepakan terakhir beliau musim ini, beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada pasukan seperti biasa dan memberikan apa sahaja bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan dalam perlawanan, kata Gerrard. Itulah keputusan yang telah diambil oleh kapten Liverpool, Steven Gerrard. Keputusan beliau adalah muktamat. Maka, jika itulah keputusan beliau, apakan daya, perjuangan Liverpool harus diteruskan. Kita semua hanya boleh mendoakan agar beliau akan berjaya di tempat lain disaat-saat krier bolasepak beliau yang sudah hampir kepehujungnya. Selamat maju jaya kepada Steven Gerrad. Jasa mu kepada kelab Liverpool akan sentiasa dan terus dikenang. Remember this "You'll Never Walk Alone"...This is Anfield!. Steven Gerrard akan kenang semuanya itu. Ikhlas dari saya - IBM 

SELAMAT MENYAMBUT 'MAULIDUR RASUL' 1436 HIJRAH/2015 ~ IBM

SABTU, O3 JANUARI 2015

UMAT ISLAM MEMPERINGATI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

ASSALAMUALAIKUM semua. Hari ini , Sabtu, Umat Islam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah dengan acara perarakan dan berselawat sambil memperingati pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan Islam. Sambutan peringkat kebangsaan bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi negara' berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia bermula dengan perarakan 149 kontinjen membabitkan 12,325 peserta terdiri daripada 68 pasukan jabatan kerajaan, 33 badan berkanun, 13 swasta, 10 badan beruniform, empat sekolah, enam institut pengajian tinggi dan enam kontinjen badan bukan kerajaan. Peserta berarak sambil berselawat sejauh 1.8km bermula di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra. Muhyiddin dalam ucapannya menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan umat Islam selain menjauhi kegiatan ekstremis demi mempastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. 

Diberitakan, turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri kabinet berkenaan dan perwakilan negara luar. Ingatkan tadi, IBM pun nak joint sama. Tetiba je kereta pulak buat hal. Tak boleh start. Maka, terkilanlah dihati tak dapat nak joint sekali. Apapun, IBM nak ucapakan kepada semua Selamat Menyambut "Maulidur Rasul 1436H" kepada semua, banyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Insyallah, kita semua mendapat keberkatan dari nya, dan juga sama-sama kita berdoa agar negara kita terus aman, damai dan mohon kepada Allah agar musibah banjir yang luar biasa tahun ini berakhir secepat mungkin. Kepada ,mangsa-mangsa banjir, tabahkan hati bagi menghadapi segala dugaan dari ALLAH SWT. Wassalam ~ IBM

KETIADAAN DATIN ROSMAH PUN DIJADIKAN ISU OLEH PEMBANGKANG? DAH TAK ADA ISU LAIN KE? BENGGONG!!!

SABTU, 03 JANUARI 2015

PEMBANGKANG dilihat sudah kehabisan modal. Otak mereka berserabut, kosong, bercelaru, iri hati, dengki dan berbagai-bagai lagi. IBM bersependapat dan setuju dengan kenyataan oleh bekas Menteri Kabinet, Datuk Zainuddin Maidin percaya bahawa isu ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor di tanah air dibangkitkan untuk menghakis populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Zainuddin berkata, beliau tahu bahawa warga media selama ini tidak senang apabila Rosmah dilihat terlalu menonjol. Maka, beliau berpendapat bahawa tindakan media yang mempersoalkan ketidakhadiran Rosmah kali ini berniat untuk mencalarkan lagi imej Najib. Selama ini orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penonjolan keterlauan Rosmah di media utama akhbar dan televisyen, maka mengapa ketidakhadirannya menjadi suatu persoalan utama mereka? Tidakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah berfikir sebaliknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?, kata Zainuddin. 

Semalam, IBM terbaca di dalam tulisannya di blog zamkata.blogspot.com, bekas MP Merbok itu berkata isu yang dibangkitkan oleh The Malaysian Insider itu bertujuan untuk “menyerlahkan aspek negatif”. (Namun) beliau tidak percaya akan dapat menutup keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan Datuk Seri Najib, katanya. Dengan sinis, Zainuddin berkata ia dapat dilihat apabila Najib sanggup meninggalkan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke tanah air. Najib juga tanpa membuang masa dan dengan tidak mengira penat lelah melawat mangsa banjir sebaik tiba di tanah air, Sabtu lalu, katanya. Itulah kelebihan yang ada pada Perdana Menteri kita, DS Najib yang kini amat-amat di cemburui dan membuat parti pembangkang terasa tercabar kerana ianya akan melibatkan PRU ke-14 yang akan datang. Rakyat sudah mula menilai akan kewibaan dan ke perhatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan DS Najib bagi menyelesaikan musibah banjir yang melanda negara sekarang. Jesteru, Tabik untuk DS Najib!. 

Apapun, dalam soal 'ketiadaan' kelibat Datin Rosmah semasa banjir kali yang di besar-besarkan oleh pembangkang, itu hanyalah tektik kotor pembangkang. Seperti kita semua maklum, itu adalah 'periok nasi' pembangkang. Mereka akan cari, korek apa juga kesalahan, kelemahan yang terdapat di kerajaan BN, dan akan dijadikan modal untuk mereka memburuk-buruk kerajaan DS Najib. Tapi, kita tahu, itu hanyalah mainan mereka. Dah lali dah. Apa yang kita dapat lihat sekarang, kerajaan BN begitu komited membantu rakyat bagi menyelesaikan masalah banjir yang luar biasa ini. Teruskan PM!...teruskan, kerana perjuangan kita masih belum selesai. BN BOLEH! BN UNTUK SEMUA RAKYAT!. Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...