Saturday, January 3, 2015

TERKINI! GERRARD SAH TINGGALKAN LIVERPOOL!

SABTU, 03 JANUARI 2015
APABILA mendapat tahu, kapten Liverpool, Steven Gerrad akan meninggalkan Anfield,  bukan setakat hati penyokong Liverpool hancur luluh, malah IBM sendiri sebagai penyokong Liverpool dan peminat setia Steven Gerrad juga berperasaaan begitu. Kenapa Steve?  Kenapa sekarang? Kelab Liverpool telah mengesahkan pemain itu akan meninggalkan Anfield apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini. Kopites masih mengharapkan le­genda Reds itu menandatangani perjanjian baharu dan menamatkan karier­nya bersama kelab kesayangannya, Liver­pool. Namun kelab telah mengeluarkan kenyataan semalam yang mengesahkan pemain itu akan berpindah ke luar negara apabila dia tidak ter­ikat dengan kontrak sebaik sahaja musim ini berakhir. Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat dijangka menjadi destinasi Gerrard dengan New York Red Bulls dan LA Galaxy, antara kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya. Gerrard, 34, membuat keputusan muktamad meninggalkan Liverpool selepas 17 tahun mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis bersama kelab itu. Ini merupakan keputusan yang paling sukar terpaksa untuk dibuat. 

Mengikut kata Gerrad, beliau lakukan seumur hidup beliau, dan baik diri beliau mahupun keluarganya telah melalui pengalaman perit dan juga menggembirakan sepanjang tempoh beliau bersama kelab kesayanganya, Liverpool. Beliau membuat pengumuman ini sekarang, jadi pengurus dan pasukan tidak berasa terganggu dengan pelbagai spekulasi tentang masa depan Gerrard. Kelab Bola Sepak Liverpool telah cukup lama memainkan pe­ranan penting dalam kehidupan beliau dan mengucapkan selamat tinggal memang amat sukar, tetapi beliau melalukannya demi kepen­tingan semua terma­suk keluarga beliau dan juga kelab. Biuat masa ini, beliau akan terus bermain, walaupun beliau masih belum boleh membuat pengesahan pada ketika ini ke mana hala tuju beliau, apa yang boleh beliau katakan beliau  tidak akan ber­aksi bersama kelab pesaing dan akan memastikan beliau tidak berada dalam senarai pasukan yang menentang Liverpool iaitu sesuatu yang tidak dapat beliau bayangkan. 

Keputusan ini dibuat di­sebabkan keinginan beliau mencari pengalaman yang berbeza dalam karier beliau dan beliau juga mahu memastikan yang beliau tidak menyesal dengan apa yang beliau lakukan apabila karier beliau ber­akhir nanti. Katanya lagi, ucapan terima kasih sahaja tidak memadai untuk Brendan (pengurus Liverpool), pemilik, dan semua orang yang ber­ada di kelab tentang bagaimana mereka mengendalikan perkara ini dan beliau meninggalkan pa­sukan dengan cara yang baik. Beliau juga mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan semua staf di atas bantuan serta sokongan berterusan. Menjadi sebahagian daripada kelab ini merupakan sesuatu yang istimewa. Beliau berharap satu hari nanti beliau akan kembali berkhidmat di Liverpool, tidak kira de­ngan cara bagaimana itu dilakukan nanti. 


Apa yang paling penting bermula sekarang hinggalah sepakan terakhir beliau musim ini, beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada pasukan seperti biasa dan memberikan apa sahaja bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan dalam perlawanan, kata Gerrard. Itulah keputusan yang telah diambil oleh kapten Liverpool, Steven Gerrard. Keputusan beliau adalah muktamat. Maka, jika itulah keputusan beliau, apakan daya, perjuangan Liverpool harus diteruskan. Kita semua hanya boleh mendoakan agar beliau akan berjaya di tempat lain disaat-saat krier bolasepak beliau yang sudah hampir kepehujungnya. Selamat maju jaya kepada Steven Gerrad. Jasa mu kepada kelab Liverpool akan sentiasa dan terus dikenang. Remember this "You'll Never Walk Alone"...This is Anfield!. Steven Gerrard akan kenang semuanya itu. Ikhlas dari saya - IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...