Wednesday, January 28, 2015

HARAKAHDAILY MELAPORKAN SIRUL 'DIANIAYA'...MACAM MANA PAS TAHU?

RABU,  28 JANUARI 2015
MACAM tahu-tahu je PAS ni ye. Atau PAS nak jadi hero sensasi bagi menyelamatkan Koperal Sirul dari hukuman gantung. Apa tidaknya, PAS melalui portal fitnahnya begitu berani mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman gantung yang dijatuhkan terhadap Koperal Sirul Azhar Umar adalah tidak sah kerana beliau di 'aniaya'. PAS dan Harakahdaily ada bukti yang kukuh ke? Apabila tersiarnya kenyataan tersebut, keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu juga mengeluarkan kenyataan dan menganggap bekas polis itu, anak beliau “dianiaya". Itu kata, Piah Samat, 74, ibu kepada Koperal Sirul. Menurut Piah Samat, anak beliau (Sirul) hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis. Katanya lagi, tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati beliau, selainya beliau hanya berdoa kepada Allah minta supaya anaknya, Sirul selamat. Setiap hari  lepas sembahyang beliau menadah tangan berdoa, ingat pada yang Satu (Allah). Nak minta tolong pada siapa lagi, kata ibu Sirul dengan nada sebak. 

Akhbar web PAS itu menguatkan lagi dakwaan dan fitnah mereka sekali gus jadi 'batu api' bagi menaikkan kemarahan dan kebencian ibu Sirul terhadap pihak yang berwajib, iaitu PDRM. Biasalah tu ye. Itukan kepakaran yang PAS miliki. IBM tidak terkejut apabila mendapat berita bahawa PAS menghantar Ketua Penerangannya Mahfuz Omar@Mr. Bean of Malaysia (bergambar dengan ibu Sirul, Piah Samat) membuat kunjungan di kediaman ibu Sirul di Bukit Gantang semalam, Selasa. Sementara itu Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan. Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga beliau jadi malu nak jumpa orang, katanya sambil menitis air mata, lapor  yang sah dari Harakahdaily portal pro pembangkang dan pencetus fitnah. 

Apapun, kepada ibu Sirul, bersabarlah. Jangan terlalu cepat melatah. IBM rasa, pihak kerajaan Malaysia tidak akan membiarkan ibu Sirul bersendirian. Jika itulah kententuan yang diterima oleh Sirul, itu semua datangnya dari Allah SWT. Kepada Harakahdaily dan PAS yang seolah-olah ingin jadi 'hero' dalam kes ini, IBM ada satu cadangan. kalau PAS betul-betul merasakan Sirul terianaya dan belas kesihatan terhadap Sirul, apakata hulurkan kepala si Mahfuz tu untuk digantung mengantikan Sirul. Ada berani?  Kata nak jadi hero. Perpatah ada mengatakan bahawa PAS/Harakahdaily dan 'fitnah' berpisah tiada. Ingat fitnah, ingat PAS. Wassalam ~ IBM

TAK ADA ANWAR AL-JUB PUN TAK APA, KATA PAS. ANWAR PATUT AMBIL IKTIBAR DIA DAH TAK LAKU!!

RABU, 28 JANUARI 2015



ADA beberapa perkara yang harus kita ambil kira dan buat kesimpulan akan kenyataan Setiausaha Agung PAS bahawa tanpa Anwar al-jub Pakatan akan lebih kukuh dan kuat. Menurut firasat Mustafa Ali, ketiadaan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat akan menjadikan pakatan pembangkang itu lebih kukuh. Lojiknya dari sudut mana ye? Atau, Pakatan memang tidak memerlukan lagi khidmat Anwar al-jub dan sudah bernikad tidak lagi bergantung harapan kepada ketua pembangkang akan akan berhijrah ke Sungai Buloh pada 10 Februari ini. Memang ramai pemimpin-pemimpin di dalam pakatan sudah mula muak dan kurang percaya pada Anwar. Bagi mereka Anwar sudah hilang 'nilai' dan 'kreabiliti' sebagai ketua pembangkang, dengan erti kata lain, sudah hilang taring. Namun, Setiausaha Agung PAS cukup cermat bila bercakap, berlapik dan tertib. Nak jaga hati kawan le katakan. Kata Pak Mustafa lagi,  Anwar bukanlah alasan untuk PAS memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat. 
Itu (jika Anwar dipenjara) bukan sebab utama, malah, PR dilihat akan lebih kukuh katanya. Ini, katanya, di sebabkan mereka dalam PR bertanggungjawab meneruskannya (kerjasama), katanya bila ditemuramah oleh wartawan dan blogger pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Rabu. Beliau menjawab soalan wartawan sama ada PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan memutuskan Anwar dipenjarakan. Seperti yang umum tahu, Anwar, 68, mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan sembilan tahun lalu. 
Mengulas lanjut Mustafa berkata, ketiadaan Anwar selaku pemimpin utama PKR bukan menjadi masalah kepada PAS. Anwar tak ada...Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) ada, (Mohamed) Azmin (Ali) ada. Itu pimpinan mereka (PKR). Kita bekerjasama dengan parti bukan dengan orang. Tak ada orang tu pun (Anwar) tak ada masalah. Waktu mereka tubuhkan barisan alternatif dahulu pun Anwar masih di dalam (penjara), katanya. Itulah kata-kata orang yang ingin selamatkan (play safe) dirinya dari di persalahkan di kemudian hari. Politik 'selamat diri' namanya tu. 
Lagi pun, Pak Mustafa ini adalah dari golongan kumpulan Anwarinas yang mendukung PASMA yang kini menjadi 'duri dalam daging' di dalam PAS. Apapun, bagi kita sebagai pemerintah, ada Anwar ke, tanpa Anwar ke, perjuangan hari diteruskan. Negara harus di tadbir dengan cara yang betul agar kita sebagai rakyat Malaysia mendapat menafaat daripadanya. Bagi IBM, Anwar dah tentu seorang peliwat. Wassalam ~ IBM

MALAYSIAN INSIDER FITNAH PAS KELANTAN? INI BARU 'NGAM'..PADAN MUKA PAS!!

RABU, 28 JANUARI 2014
ITULAH, tuhan nak tunjukkan. bila kena kat batang hidung depa, melenting habis. Dulu depa jugalah (PAS) yang jadi 'batu api', melaga-lagakan Kerajaan BN dengan Malaysian Insider. Merekalah (PAS) yang bubuh racun kat portal pro pembangkang, penfitnah no 1 negara supaya rakyat bencikan kerajaan BN. Sekarang, bahana dan bala yang mereka cari-cari telah kena pada mereka.  Kalau dulu kawan, kini dah jadi musuh. Berita semalam, kononnya Kerajaan PAS Kelantan menempelak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka gagal bertindak dalam menangani musibah banjir dan kesannya yang melanda negeri itu sebulan lalu. Sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar bawah, kanan) berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan seluruh jentera sejak awal lagi termasuk menyelaras tindakan dengan jawatankuasa bersama dengan Kerajaan Pusat. 

Timbalan Menteri Besar itu begitu marah dan berang apabila tulisan didalam Malaysian Insider, yang di tulis oleh penulisnya Zulkifli Sulong kata kerajaan negeri tak boleh buat apa, lembab dan memilih bulu (parti) apabila memberi bantuan. PAS dilihat memang tidak boleh buat apa-apa, pada hal kerajaanlah yang bergerak, jentera kerajaan bergerak. Kita tidak nafi bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian tetapi kerajaan tetap buat kerja sama dengan orang lain. PAS sendiri melalui Unit Amal bergerak di hadapan dan kita nampak dengan ketara walaupun di mana-mana tempat. Kebanyakan orang dalam NGO yang turun juga orang PAS, cuma kita tidak pakai baju PAS masa banjir, dan beliau pesan jangan ada sesiapa pakai baju, bendera atau lambang PAS semasa beri bantuan, ini musibah banjir kenapa perlu kita bermain politik, katanya. Tapi, betul ke kata Timbalan Menteri Besar PAS tu. 

Ini kerana, semasa IBM turun padangan dengan unit amal untuk kerja-kerja pembersihan kawasan, IBM ternampak dan terserempak sekumpulan manusia yang memakai 'vest' yang melambangkan parti PAS dan juga lambang PAS terpampang di kenderaan mereka? Cuma, IBM tak sempat mengambil gambar-gambar mereka itu. Maka, IBM berangapan, Timbalan Menteri Besar Kelantan ini berbohong. Kenapa nak berbohong di saat ini ketika rakyat Kelantan perlu dibela. Kalau tak boleh mentadbir dan menyelesaikan masaalah, jangan pegang jawatan. Pi duduk kat Surau, buat banyak-banyak amal ibadat, kerana orang-orang PAS dah tentu di Syurga tempatnya. Maka, dengan kenyataan dan 'artikel' yang ditulis oleh penulis terkenal Malaysian Insider, Zulkifli Sulong itu memang kena dan tepat pada masanya. Selama ini PAS dan Pakatan Rakyat dilindungi oleh portal pro pembangkang yang banyak menyebarkan fitnah. Rakyat Kelantan satu ketika dahulu memang keliru. Bukti PAS memang kaki fitnah (gambar kiri).

Tapi, kini tidak lagi. Rakyat Kelantan sudah mula buka mata dan mereka sudah nampak pihak mana yang dahulu prihatin dan menghulurkan bantunan terlebih dahulu. Dalam hal ini, IBM tak mahu nak kaitkan dengan nasib dan peluang Barisan  Nasional (BN) semasa PRU yang akan datang. Kita sama-sama serahkan kepada rakyat. Biar rakyat nak menilai dan biar rakyat yang memangkah siapa yang mereka mahu. Bagi IBM, musibah 'banjir luar biasa' ini sudah cukup buat rakyat Kelantan buka mata. Kepada Malaysian Insider, tahniah kerana membuat Timbalan Menteri Besar Kelantan begitu marah dan menyangkal segala dakwaan fitnah Malaysian Insider itu. Soalan IBM, siapa fitnah siapa sekarang ini? Dan soalan 'cupu emas' dari IBM, apa motif si penulis Malaysian Insider di sebalik penulisannya itu? Anda ada jawapanya? Carilah sendiri ye!  Wassalam ~ IBM

10 FEBRUARI : AMARAN POLIS KEPADA PENYOKONG ANWAR AL-JUB & SAIFUL, JANGAN BUAT KECOH!!

RABU, 28 JANUARI 2015


HARAP-HARAP 10 Februari ini berakhirnya episod maksiat (kes liwat II) yang dilihat 'halal' oleh pembangkang ke atas ketua mereka (Anwar Al-Jub) yang dituduh meliwat bekas pembantu perbadinya, Saiful Bukhari, tapi menafikannya. Lepas ini kita tidak lagi melihat kelibat Anwar Ibrahim kerana akan disumbat ke Penjara Sungai Buloh. Tapi, belum tahu lagi, kerana apa-apa pun boleh berlaku di sebalik keputusan yang akan dibuat nanti oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Ekoran dari itu, pihak Polis membuat persedian yang rapi dari kawalan keselamatan, dan pihak Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu. 

Kepada kedua-dua penyokong itu yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim (gambar kiri) bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan. Mengenai perhimpunan ini, telah ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil. Datuk Muhammad Fuad berharap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan beliau secara peribadi mohon penyokong Anwar mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya dapat menerima sebarang keputusan Mahkamah secara rasional, katanya dalam sidang media, semalam, Selasa. Undang-undang perlu di patuhi. 

Bagi IBM, kalau penyokong-penyokong si peliwat tu (Anwar) terlalu 'ekstrem' dan sayangkan pemimpin mereka itu, ikut je ke penjara. Duduk kat dalam penjara tu. Jangan buat kecoh dan menyusahkan orang ramai. Entah kenapa, dua-tiga hari ini IBM pulak yang terasa debarannya. Bagaimana dengan si Saiful tu? Lagilah gabra kot ye. Apa pun sabar je lah Saiful. Mohon doa banyak-banyak terhadap yang maha esa. Insyallah, ianya berpihak kepada pihak yang benar.  Ingat ye....jangan cuba-cuba buat kecoh. Itu amaran keras dari pihak Polis yang harus kita patuhi. Bagi pihak /penyokong Saiful, ok kot. Cuma penyokong tegar si peliwat tu je yang kan buat kecoh. Tak percaya, tengok nanti. Wassalam ~ IBM

Tuesday, January 27, 2015

PASMA DAN PAS BERKELAHI?? SIAPA YANG UNTUNG?

SELASA, 27 JANUARI 2015
KALAU orang tanya pendapat IBM apa bezanya PAS dengan PASMA, jawapanya senang sahaja. PAS, 'Parti Ajaran Sesat' dan PASMA 'Parti Anwar Se Malaysia". Lebih kurang begitulah tafsiran IBM. Kerana apa IBM beranggpa sedemekian? Sebab, dua-duanya sama sahaja, tiada bezanya berjuang diatas landasan yang sama cuma masing-masing ingin menunjuk kuasa dan ingin mengatasi diantara satu sama lain. Mereka tidak sehaluan. Maka, ini jelas perjuangan PAS dan PASMA tidak ikhlas. PASMA dilihat lebih condong kepada Ketua Pembangkang, Anwar Al-Jub dan boleh dikatakan Anwar Al-Jub menguasai PASMA sepenuhnya. Maka, seperti yang kita semua tahu, sudah tentu Anwar ada agendanya tersendiri iaitu menakluki Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri (PM). Ekoran dari itu, PAS sudah nampak betapa bahayanya sekiranya PASMA duduk di bawah payung PAS atau satu ketika nanti PAS akan duduk dibawah payung PASMA. Tidak mustahil ianya berlakukan? Maka, PAS tiada lain pilihan. Hendak tak hendak PAS terpaksa menyarankan agar Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan PAS sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti. 

Apabila ditemui oleh pemberita semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza. Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam PAS agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan. PASMA ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO, katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini, Selasa. Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas PASMA kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut. Beliau ketika itu turut mempersoalkan status PASMA yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap ‘entah daripada spesies mana’. 

PASMA yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika PAS dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor. PASMA yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti. Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama PAS dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak. 

Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman, ujarnyaBeliau juga menyarankan ahli-ahli PAS mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden PAS Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.  Kesimpulannya di sini, antara PAS dan PASMA memang berbeza perjuangan mereka. Masing-masing ada agenda tersirat dan tersurat. Ekoran dari itu, berkelahilah mereka-mereka ini (PAS & PASMA). PAS dengan HJ Hadinya, PASMA dengan Phahrolrazi di dokong oleh Anwar Al-Jub. Mudah-mudah perselisihan mereka ini berpanjangan sehingga lingkup kedua-duanya. Ini bukan doa, tapi sekadar mengharap kerana perselisehan di antara PAS & PASMA nampak serius dan akan menguntungkan UMNO/BN. Tapi, jangan terlalu 'over confident', segala-galanya adalah ketentuan dari Allah SWT. Insyallah. Wassalam ~IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...