Wednesday, January 28, 2015

HARAKAHDAILY MELAPORKAN SIRUL 'DIANIAYA'...MACAM MANA PAS TAHU?

RABU,  28 JANUARI 2015
MACAM tahu-tahu je PAS ni ye. Atau PAS nak jadi hero sensasi bagi menyelamatkan Koperal Sirul dari hukuman gantung. Apa tidaknya, PAS melalui portal fitnahnya begitu berani mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman gantung yang dijatuhkan terhadap Koperal Sirul Azhar Umar adalah tidak sah kerana beliau di 'aniaya'. PAS dan Harakahdaily ada bukti yang kukuh ke? Apabila tersiarnya kenyataan tersebut, keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu juga mengeluarkan kenyataan dan menganggap bekas polis itu, anak beliau “dianiaya". Itu kata, Piah Samat, 74, ibu kepada Koperal Sirul. Menurut Piah Samat, anak beliau (Sirul) hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis. Katanya lagi, tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati beliau, selainya beliau hanya berdoa kepada Allah minta supaya anaknya, Sirul selamat. Setiap hari  lepas sembahyang beliau menadah tangan berdoa, ingat pada yang Satu (Allah). Nak minta tolong pada siapa lagi, kata ibu Sirul dengan nada sebak. 

Akhbar web PAS itu menguatkan lagi dakwaan dan fitnah mereka sekali gus jadi 'batu api' bagi menaikkan kemarahan dan kebencian ibu Sirul terhadap pihak yang berwajib, iaitu PDRM. Biasalah tu ye. Itukan kepakaran yang PAS miliki. IBM tidak terkejut apabila mendapat berita bahawa PAS menghantar Ketua Penerangannya Mahfuz Omar@Mr. Bean of Malaysia (bergambar dengan ibu Sirul, Piah Samat) membuat kunjungan di kediaman ibu Sirul di Bukit Gantang semalam, Selasa. Sementara itu Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan. Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga beliau jadi malu nak jumpa orang, katanya sambil menitis air mata, lapor  yang sah dari Harakahdaily portal pro pembangkang dan pencetus fitnah. 

Apapun, kepada ibu Sirul, bersabarlah. Jangan terlalu cepat melatah. IBM rasa, pihak kerajaan Malaysia tidak akan membiarkan ibu Sirul bersendirian. Jika itulah kententuan yang diterima oleh Sirul, itu semua datangnya dari Allah SWT. Kepada Harakahdaily dan PAS yang seolah-olah ingin jadi 'hero' dalam kes ini, IBM ada satu cadangan. kalau PAS betul-betul merasakan Sirul terianaya dan belas kesihatan terhadap Sirul, apakata hulurkan kepala si Mahfuz tu untuk digantung mengantikan Sirul. Ada berani?  Kata nak jadi hero. Perpatah ada mengatakan bahawa PAS/Harakahdaily dan 'fitnah' berpisah tiada. Ingat fitnah, ingat PAS. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...