Monday, March 2, 2015

HIMPUNAN 'KITA LAWAN' AKAN DIADAKAN SECARA GLOBAL. BOLEH BEBASKAH ANWAR?

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 

HARAM jadah punya pembangkang. Masih lagi tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah apabila ketua mereka, Anwar al-jub di penjarakan diatas kesalahan meliwat. Mereka akan buat perhimpunan lagi. Diberitakan perhimpunan tersebut akan dibuat secara 'global'. Selain di Kuala Lumpur, himpunan solidariti terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kes liwat pada 7 Mac ini, juga akan diadakan di beberapa buah negara. Sekretariat 'Kita Lawan' mengalu-alukan keprihatinan dan inisiatif rakyat Malaysia khususnya anak muda yang berada di luar negara, menganjur perhimpunan itu, sekurang-kurangnya di enam negara pada waktu tempatan. Antara lokasi perhimpunan itu ialah Old Palace Yard, London - berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom, di depan Bangunan Parlimen Australia, di Canberra, di depan Parlimen South Australia, di Adelaide dan di Liberty Square di Taipei, Taiwan. Perhimpunan di Old Palace dan Liberty Square masing-masing berlangsung pada jam 11 pagi dan 7 malam waktu tempatan. 

Manakala di Canberra dan Adelaide berlangsung serentak jam 4 petang waktu tempatan. Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai (dakwaan) ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia,  kata sekretariat itu dalam satu kenyataan. Sekretariat itu juga memaklumkan perhimpunan itu bakal diadakan di beberapa bandar di Amerika Syarikat termasuk di New York; Jepun, New Zealand dan negara Eropah yang akan dimaklumkan melalui laman sosial facebok rasmi mereka kelak. Pembentukan gabungan yang dinamakan "Kita Lawan" dibuat sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim al-jub. Sebelum ini, pada 14 Februari lalu, seramai 400 orang berhimpun di depan pusat membeli belah Sogo dan berjalan hingga ke Pudu Raya bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga ketua umum PKR.  

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya rakyat tidak mengadakan sebarang demonstrasi, namun gabungan itu tidak mengendahkannya. Ekoran itu aktivis siswa Adam Adli, Penyelaras Jingga 13 Faris Musa dan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan di bawah Seksyen 143, Kanun Keseksaan Akta Himpunan Aman 2012.  Mengikut kata sumber, mereka-mereka ini akan dihadapkan ke Mahkamah tidak lama lagi. Kesimpulanya adakah penganjuran himpunan 'kita lawan' ini akan membawa kemenangan kepada Anwar al-jub seterusnya dibebaskan? Kan kerja sia-sia namanya tu. Persoalan?.Siapa yang 'biayai' semua kos-kos tersebut ye? Banyak pakai duit tu. Kalau dah pembangkang 'bahlol', selama-lamanya jadi bahlol. Buatlah kerja yang berfaedah, kenapa beria-ia sangat nak bela si peliwat tu? Mahkamah dah jatuhkan hukum, apa lagi lagi depa nak? Berdemo, berhimpun, melalaklah  korang sampai kiamat dunia. Anwar al-jub tetap dipenjara. Apa punya banggang la korang. Puiiii! ~ IBM

PANDAI BETUI SI HUSAM NI BERLAKUN YE!

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


DEMI untuk selamatkan diri dan masa depan politiknya, Husam terpaksa berlakun dan berpura-pura tak tahu apabila ditanya oleh pemberita berhubung dakwaan ada komplot yang inging menjatuhkan Presiden PAS, Hj Hadi Awang. Naib Presiden PAS. Alasan demi alasan Husam Musa berikan, mengantuklah  dan tidak dapat berfikir dengan eloklah.. justeru dengan alasan tersebut beliau mengelak daripada disoal dan  memberikan komen lanjut berhubung dakwaan komplot menjatuhkan Presiden PAS yang kini semakin hangat dperkatakan. Bijak, bijak si Husam ni. Husam adalah diantara pemimpin PAS yang dikatakan terlibat didalam komplot tersebut. Petang semalam bertempat di Sabak Bernam, selepas majlis pimpinan Pusat berjumpa dengan pemimpin akar umbi di Sabak Bernam, hari ini, IBM mendapat maklumat Husam mengelak setiap kali soalan diajukan kepada beliau, beliau menjawab beliau mengantuk dan perlu tidur, otak beliau tidak tajam (sharp), suruh orang lain komen, katanya kepada pemberita yang ingin mendapatkan maklumat terkini. 

Husam ditemui ketika ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat dan Meraikan Petugas Banjir bagi kawasan DUN  Sungai Panjang, semalam, Ahad. Bagi IBMHusam sama seperti pimpinan PAS yang lain mengambil sikap 'jalan selamat' setiap kali diajukan soalan mengenai krisis dalaman PAS itu, yang membabitkan golongan ulama dan golongan profesional. Selepas menghadiri majlis perjumpaan itu, pimpinan yang hadir dikatakan mengadakan mesyuarat secara tertutup. Ketika ditanya pemberita, Husam juga enggan mengulas dan berkata mesyuarat itu hanyalah perbincangan 'anak-beranak' PAS sahaja. Beliau tidak boleh komen hal-hal dalaman, beliau hanya komen isu Negara. Hal tadi hanya bincang hal anak-beranak. Hal dalaman mana boleh cerita pada pihak luar, katanya. Selain Husam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli turut mengelak menjawab soalan wartawan berhubung siasatan ke atas mereka yang akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada lembaga disiplin. Sementara itu, diberitakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS menunggu masa yang sesuai untuk memulakan siasatan itu. 

Mohamad Sabu@Mat Sabun atau dikenali sebagai Mat Sabu dan Hatta sebaliknya menegaskan ‘tiada komen’ ke atas pendedahan dan siasatan yang akan dibuat dalam masa terdekat. Hehehehe...masak le korang. Nampaknya pergolakkan PAS ibarat seperti 'bangkai Gajah' yang tidak lagi boleh ditutup dengan tudung saji, kerana ianya sudah kelihatan dan bau bangkainya sudah diboleh dicium oleh orang ramai. Dan, IBM nak tengok sampai bila si Husam dan rakan komplotnya menjawab 'tiada komen' apabila ditanya oleh pemberita. Tungguuuuuu! Wassalam ~ IBM

LIVERPOOL BENAM MAN CITY 2-1 DI ANFIELD. YNWA!!

ISNIN, 02 MAC 2015

SEMBANG BOLA : 

PUAS. Walaupun menang tipis dengan jaringan 2-1, IBM bangga dengan pristasi pasukan kesayang IBM, Liverpool membenam sebuah pasukan yang kaya dengan pemain-pemain yang bertaraf bintang, Man City malam semalam. Tahniah kepada semua pemain-pemain dan pasukan Liverpool. Dengan corak permainan menyerang, The Reds, Liverpool terus garang membenam penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2 - 1 di Anfield  tempat yang paling tidak disukai oleh pasukan Man City. Hadir dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga, Liverpool bermula baik dengan menjaringkan gol seawal minit ke-11 menerusi Jordan Henderson yang melepaskan rembatan lencong menewaskan Joe Hart. Begitupun, pasukan pelawat, Man City tidak mudah melatah apabila menyamakan kedudukan menerusi Edin Dzeko pada minit ke-25 dan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama. 
Beraksi dalam keadaan hujan, Hart sekali lagi dihukum menerusi sepakan lencong Philippe Coutinho pada minit ke-75 dan sekalipun lebih menguasai permainan, tiada jaringan mampu diledakkan City. Untuk rekod, Man City tidak pernah menang di Anfield sejak 12 tahun lalu. Dengan kemenangan tersebut, The Reds memperolehi 3 mata penuh serta membawa Liverpool ke tangga kelima liga. Man City kekal di tangga kedua tanpa mata. Kekalahan tersebut sedikit sebanyak mengugat Man City dari terus menghampiri pendahulu liga, pasukan Chelsea. Selamat maju jaya kepada Liverpool di perlawanan seterusnya. "You'll Never Walk Alone". ~ IBM

PERTARUNGAN 'HIDUP MATI' PAS

ISNIN, 02 MAC 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

SELEPAS  pelbagai pertelingkahan politik antara kumpulan pro-ulama dan kumpulan bukan ulama dalam PAS berlaku sejak tahun lalu, "pertarungan" secara rasmi bermula hari ini apabila pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat dibuka. Pencalonan itu selaras dengan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan oleh 188 kawasan (bahagian) PAS di seluruh negara. Pemilihan kali ini dianggap paling menarik dalam sejarah PAS kerana ia tidak berlegar-legar soal gabungan antara ulama dan bukan ulama sebaliknya bakal menyaksikan pertembungan antara kedua-dua kumpulan tersebut. Golongan ulama sedang berusaha habis-habisan untuk memastikan mereka terus menguasai kepimpinan PAS ketika golongan bukan ulama pula semakin ghairah mahu menjadi dominan dalam parti tersebut. Sebenarnya kehangatan pemilihan peringkat pusat pada Jun ini sudah dirasai sejak muktamar tahunan parti itu di Batu Pahat tahun lalu. Ketika itu pertembungan antara golongan proulama dan bukan ulama sudah terserlah. 

Golongan pro-ulama mahu tahaluf siyasi PAS dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula kerana ia dikatakan tidak memberi keuntungan politik kepada PAS manakala golongan bukan ulama pula mahu hubungan politik itu dikekalkan. Walaupun golongan ulama sudah menegaskan, kajian itu bukanlah berkisar soal PAS meninggalkan pakatan pembangkang namun bagi sesetengah pemimpin golongan bukan ulama, mereka bagaikan diburu mimpi ngeri kononnya ada kecenderungan PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Mengulas perkara ini, Prof.Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak menganggap, pemilihan kali ini ibarat pertarungan "hidup mati" antara dua golongan dalam PAS memandangkan ia bukan berkisar soal menentukan barisan kepimpinan semata-mata sebaliknya jauh daripada itu bakal menentukan hala tuju dan dasar perjuangan PAS. 


Sebab itulah golongan ulama tidak boleh bergantung kepada doa sahaja, mereka perlu menyusun strategi dan perancangan bagi mempertahankan PAS. Ini memandangkan jika mereka gagal berbuat demikian kemungkinan PAS akan dikuasai oleh satu kumpulan yang bersedia berkompromi apa sahaja demi mengikut kehendak politik PKR dan DAP, katanya ketika dihubungi. Berdasarkan hujah itu juga, Prof. Mohamed Mustafa secara terbuka tidak menolak andaian bahawa pemilihan PAS tersebut akan turut menyaksikan campur tangan secara langsung daripada kedua-dua parti itu yang mahu memastikan kepimpinan PAS berubah. Bukan lagi rahsia, PKR dan DAP sememangnya tidak senang dengan corak kepimpinan ulama yang dibawa oleh Abdul Hadi. Apatah lagi pendirian golongan ulama dalam beberapa isu termasuklah "Langkah Kajang" dilihat tidak selari dengan kemahuan kedua-dua parti itu. Justeru mereka sudah tentu mahu memastikan pemilihan PAS pada Jun nanti dikuasai oleh barisan kepimpinan yang "sehati sejiwa" dengan mereka dan bersedia mengikut hala tuju yang ditentukan oleh mereka,’’ katanya. Menjawab satu soalan.



Prof. Mohamed Mustafa (gambar kiri) berkata, tidak timbul soal PAS meninggalkan pakatan pembangkang jika golongan ulama menang, sebaliknya apa yang diinginkan oleh golongan itu ialah hak PAS dihormati dalam satu-satu tindakan. Pada pandangan golongan ulama, kalau DAP berhak melakukan apa sahaja demi memenuhi agenda politiknya bagi mendapat sokongan kaum Cina kenapakah PAS tidak boleh diberi hak yang sama bagi menarik kembali sokongan orang Melayu kepada parti itu yang semakin merosot, katanya. Turut menjadi tumpuan sejauh manakah Abdul Hadi akan dapat mempertahankan kedudukannya. Persoalan ini dilontarkan kerana gerakan untuk meletakkan beliau sekadar Mursyidul Am bagi menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin ketara. Abdul Hadi dilihat lemah dan tidak tegas dalam memimpin PAS serta didakwa menjadi punca kepada hubungan dingin parti itu dengan PKR dan DAP. Timbul juga persoalan siapakah yang akan mencabar beliau? 

Dan bagaimana pula dengan kedudukan Timbalan Presiden, adakah Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan dicabar atau berusaha untuk mencabar kedudukan Presiden? Mengulas perkara ini satu sumber dalaman PAS menegaskan, ketika ini kedudukan Abdul Hadi masih belum tergugat walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi melemahkan kepimpinan beliau. Abdul Hadi tetap akan terus mendapat sokongan menjadi Presiden. Adalah mustahil beliau harus diletakkan menjadi mursyidul am kerana kedudukan itu akan diisi oleh Datuk Haron Din yang kini Pemangku Mursyidul Am PAS, katanya ketika dihubungi. Menjawab satu soalan, sumber itu berkata, di peringkat kawasan atau lebih tepat lagi akar umbi, mereka tetap mahu Pas diterajui oleh kepimpinan ulama sesuai dengan perjuangan PAS yang berteraskan Islam. Pelbagai cerita yang kononnya memaparkan kedudukan Abdul Hadi semakin tergugat hanya diuar-uarkan oleh kumpulan tertentu yang cuba menonjolkan kononnya mereka semakin kuat dalam PAS, tetapi hakikatnya ia hanyalah mainan politik semata-mata, katanya. 

Sumber itu juga menegaskan, tumpuan sepatutnya diberikan kepada kerusi Timbalan Presiden yang sudah pasti akan menyaksikan pertembungan antara golongan bukan ulama dengan proulama. Mat Sabu sudah pasti akan mempertahankan kedudukan itu tetapi difahamkan ada permintaan beliau bertanding Presiden bagi membolehkan calon daripada bukan ulama menggantikan tempat beliau, katanya. Walaupun ada cakap-cakap politik kononnya Mat Sabu akan mencabar Abdul Hadi namun ia boleh dianggap khabar angin semata-mata kerana Timbalan Presiden PAS itu sudah pasti akan memikirkan segala risiko jika beliau berbuat demikian. 


Apa pun ia belum dapat mengalih perhatian terhadap persoalan golongan manakah yang akan mendominasikan pemilihan kali ini. Apakah golongan ulama yang berpegang teguh kepada perjuangan PAS termasuk mahu melaksanakan hukum hudud atau golongan bukan ulama yang segelintir daripada mereka bersedia berkompromi apa sahaja demi menjaga hubungan politik dengan PKR dan DAP?. Hanya ahli-ahli PAS yang berhak menentukan hidup matinya PAS. Wassalam ~ IBM

Sunday, March 1, 2015

BETULKAH DALAM PAS ADA BANYAK SYAITAN?

AHAD, 01 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK DI HUJUNG MINGGU : 

IBM tidak terkejut pun apabila seorang rakan lama IBM yang juga bekas ahli PAS dari Terengganu yang kini sudah menjadi ahli UMNO menceritakan wujudnya usaha beberapa individu dari dalam PAS yang seolah berpaling tadah, giat melobi mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS. Cerita ini, katanya telah lama berlaku dan dirancang. Kalau tak silap katan sejak tahun 1998 lagi. Menurut sumber tersebut gerakan "memujuk paksa" itu memberikan alasan kesihatan Abdul Hadi yang semakin buruk dan demi menyelamatkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Namun laporan di portal pro-pembangkang itu dilihat lebih cenderung desakan Abdul Hadi meletak jawatan bagi memastikan PAS tidak disingkir dari gabungan parti pembangkang bersama PKR dan DAP itu. 

Antara alasan yang deberi oleh kumpulan-kumpulan tersebut, kononnya Presiden banyak berubah selepas masuk hospital dan seringkali membuat keputusan secara bersendiri. Mungkin sudah sampai sama untuk beliau berundur, kata sumber tersebut. Satu lagi tekanan yang dihadapi oleh Hj Hadi dari kumpulan pendedsak tersebut adalah tentang kemelut di dalam Pakatan Rakyat dikatakan berpunca dari Abdul Hadi yang disifatkan sebagai menyanggah keputusan pimpinan sekutu partinya, termasuk tidak hadir pelancaran Belanjawan PR 2015 dan pembentangan Bajet 2015 di Parlimen. Ekoran dari itu apabila kumpulan tersebut 'membakar api',  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara terbuka mengkritik Abdul Hadi dan PAS baru-baru ini mendakwa Presiden PAS itu sering ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat dan tidak memberi komitmen yang baik. 

DAP kemudian mendakwa tidak menolak untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya seorang perwakilan PAS dari utara, Kedah dengan begitu lantang mengkritik kumpulan tersebut dan menyelar bahawa 'dalam PAS banyak syaitan'. Itu bukan IBM kata, tapi jurucakap dari PAS itu sendiri. Adakah penyokong-penyokong PAS menafikan kenyataan tersebut? Menurut sumber itu lagi, Abdul Hadi dipujuk untuk meletak jawatan bagi mengambil kedudukan sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang telah pun kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Maka, sekiranya Abdul Hadi meletak jawatan, sumber berkenaan menyatakan bahawa antara nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan nombor satu PAS itu ialah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu, atau Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Memang itu telah dijangkan. Kerana Muhammad Sabu@Mat Sabu adalah manusia yang dicop sebagai jelamaan syaitan seperti yang diucapkan oleh perwakilan PAS tersebut. Dan, Mat Sabu memang pakar dalam mengamalkan politik 'songsang' nya. Walau bagaimanapun, sumber erkenaan tidak mendedahkan nama individu yang menjadi sumber bertanggungjawab menyalurkan maklumat gerakan "menjatuhkan Abdul Hadi" secara halus itu. Kita tunggu dan lihat nanti. Kebenaran akan terserlah satu hari nanti, cuma masa sahaja yang akan menentukannya. Sementara itu, perkembangan terkini hubungan PAS dengan PKR dan DAP masih lagi diambang retak menanti belah apatah lagi ketiadaan Ketua Pembangkang, Anwar al-jub yang telah disumbat ke penjara Sungai Buloh diatas kesalahan liwat II, merumitkan lagi keadaan kerana Anwar cuba "membeli jiwa" PAS dengan meredakan ketegangan yang semakin parah. 

Kini, tiada apa lagi yang boleh Anwar buat. Yang penting bagi Anwar sekarang bagaimana hendak menyelamatkan diri beliau dengan memohon 'keampunan' dari DYMM YD Pertuan Agung untuk bebas. Tapi, itu perkara mustahil. Agung dan panel pengampunan yang telah dilantik, tidak sebodoh itu dan terpedaya dengan tipu helanh dari Anwar al-jub dan keluarga 69 nya. Kesimpulannya, PAS bukan parti Islam sebenar seperti yang mereka war-warkan. PAS hanylah sebuah parti politik yang bercita-cita tinggi untuk membela Islam. tapi, perjuangan mereka tersasar dan kini hampir menyesatkan ahli-ahlinya. Kini, sudah sampai masanya supaya kesemua kepimpinan teringgi PAS kembali kepangkal jalan dan 'bertaubat'. Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...