Sunday, March 1, 2015

BETULKAH DALAM PAS ADA BANYAK SYAITAN?

AHAD, 01 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK DI HUJUNG MINGGU : 

IBM tidak terkejut pun apabila seorang rakan lama IBM yang juga bekas ahli PAS dari Terengganu yang kini sudah menjadi ahli UMNO menceritakan wujudnya usaha beberapa individu dari dalam PAS yang seolah berpaling tadah, giat melobi mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan sebagai Presiden PAS. Cerita ini, katanya telah lama berlaku dan dirancang. Kalau tak silap katan sejak tahun 1998 lagi. Menurut sumber tersebut gerakan "memujuk paksa" itu memberikan alasan kesihatan Abdul Hadi yang semakin buruk dan demi menyelamatkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Namun laporan di portal pro-pembangkang itu dilihat lebih cenderung desakan Abdul Hadi meletak jawatan bagi memastikan PAS tidak disingkir dari gabungan parti pembangkang bersama PKR dan DAP itu. 

Antara alasan yang deberi oleh kumpulan-kumpulan tersebut, kononnya Presiden banyak berubah selepas masuk hospital dan seringkali membuat keputusan secara bersendiri. Mungkin sudah sampai sama untuk beliau berundur, kata sumber tersebut. Satu lagi tekanan yang dihadapi oleh Hj Hadi dari kumpulan pendedsak tersebut adalah tentang kemelut di dalam Pakatan Rakyat dikatakan berpunca dari Abdul Hadi yang disifatkan sebagai menyanggah keputusan pimpinan sekutu partinya, termasuk tidak hadir pelancaran Belanjawan PR 2015 dan pembentangan Bajet 2015 di Parlimen. Ekoran dari itu apabila kumpulan tersebut 'membakar api',  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara terbuka mengkritik Abdul Hadi dan PAS baru-baru ini mendakwa Presiden PAS itu sering ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat dan tidak memberi komitmen yang baik. 

DAP kemudian mendakwa tidak menolak untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya seorang perwakilan PAS dari utara, Kedah dengan begitu lantang mengkritik kumpulan tersebut dan menyelar bahawa 'dalam PAS banyak syaitan'. Itu bukan IBM kata, tapi jurucakap dari PAS itu sendiri. Adakah penyokong-penyokong PAS menafikan kenyataan tersebut? Menurut sumber itu lagi, Abdul Hadi dipujuk untuk meletak jawatan bagi mengambil kedudukan sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang telah pun kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Maka, sekiranya Abdul Hadi meletak jawatan, sumber berkenaan menyatakan bahawa antara nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan nombor satu PAS itu ialah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu, atau Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Memang itu telah dijangkan. Kerana Muhammad Sabu@Mat Sabu adalah manusia yang dicop sebagai jelamaan syaitan seperti yang diucapkan oleh perwakilan PAS tersebut. Dan, Mat Sabu memang pakar dalam mengamalkan politik 'songsang' nya. Walau bagaimanapun, sumber erkenaan tidak mendedahkan nama individu yang menjadi sumber bertanggungjawab menyalurkan maklumat gerakan "menjatuhkan Abdul Hadi" secara halus itu. Kita tunggu dan lihat nanti. Kebenaran akan terserlah satu hari nanti, cuma masa sahaja yang akan menentukannya. Sementara itu, perkembangan terkini hubungan PAS dengan PKR dan DAP masih lagi diambang retak menanti belah apatah lagi ketiadaan Ketua Pembangkang, Anwar al-jub yang telah disumbat ke penjara Sungai Buloh diatas kesalahan liwat II, merumitkan lagi keadaan kerana Anwar cuba "membeli jiwa" PAS dengan meredakan ketegangan yang semakin parah. 

Kini, tiada apa lagi yang boleh Anwar buat. Yang penting bagi Anwar sekarang bagaimana hendak menyelamatkan diri beliau dengan memohon 'keampunan' dari DYMM YD Pertuan Agung untuk bebas. Tapi, itu perkara mustahil. Agung dan panel pengampunan yang telah dilantik, tidak sebodoh itu dan terpedaya dengan tipu helanh dari Anwar al-jub dan keluarga 69 nya. Kesimpulannya, PAS bukan parti Islam sebenar seperti yang mereka war-warkan. PAS hanylah sebuah parti politik yang bercita-cita tinggi untuk membela Islam. tapi, perjuangan mereka tersasar dan kini hampir menyesatkan ahli-ahlinya. Kini, sudah sampai masanya supaya kesemua kepimpinan teringgi PAS kembali kepangkal jalan dan 'bertaubat'. Wassalam ~ IBM

2 comments:

  1. Kurang tepat...kalau dikatakan dalam Pas banyak setan... Ingatlah keluhuran dan kegelapan itu saperti siang dan malam...tanpa bercampur.. tidak bolih dikatakan dalam siang ada sdikit malam..begitu juga sebaliknya.. Masihkah ingat waktu Pas diketuai Mursyidul Am (Penentuka Dasar Parti) menerima kerjasama Setan malah mempertahankan MOU itu..setelah dinasihati para alim diluar Parti?..malah mereka pulak dinistakan.. Maka semenjak baiah itu lah Siang bertukar menjadi malam yg pekat...banyak gulongan Agamawan tersingkir dari pimpinan Pas.. Tidak kertelaluan walaupun pahit...kita katakan Pas itu sendiri dah jadi sarang Setan secara keseluruhan.. lihatlah... tarian LGB...Syiah..Kalimah Allah..Ayat Allah dipentaskan olih org kapir..Arak berpesta..Hudud yg dikurang pedulikan malah diganti dgn teori kebajikan..yg tiada diamalkan malah dilencongkan..akibat kutipan duit derma org ramai..entah kemana..tanyalah anak Memali... Apakah kita perlu hanyat saperti org Pas atau bersama org Pas..Ini perlu kita fikir dan buat keputusan... Hitam atau Putih... buka suka suka dok tengah dan pilih kelabu asap pulak... nanti kita yg hangus berasap pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~mk,

      Tulisan di atas bukan rekaan, tapiinya dtg dari mulut dari seorang pemimpin PAS yang begitu kecewa dgn sikap sesetengah pemimpin-pemimpin PAS yg begitu ghairah mengejar pangkat dan kebendaan. PAS dahulu dilihat berbeza perjuangan mereka, tapi, PAS kini sudah lari dari landasan perjuangan PAS yang dahulu. Maka, apabila pergolakan yg begitu ketara didalam PAS yg kini kian meruncing, maka tidak hairanlah jika dikatan banyak syaitan didlm PAS yg kini merusup masuk utk menghancur dan memecahkan -belah parti PAS itu sendiri. Oleh itu bersiap-sedialah bahawa peperangan besar diantara kumpulan ulama dan kumpulan profesional di dlm PAS akan berlaku. Dan...kita sendiri tgk siapa yg 'hangus berasap' nanti....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...