Thursday, March 5, 2015

JABATAN PENJARA KATA 'NO' TO ANWAR! HUHUHU! PADAN MUKA!


SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


SYUKUR alhamdulillah, bab pertama telah selesai. Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan Anwar ditolak dan ini bermakna hasrat  Anwar al-juburi untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat minggu depan tidak akan menjadi kenyataan. Maka, kekalah Anwar di penjara buat seketika hanya menunggu bab ke dua pula iaitu menunggu keputusan dari panel 'pengampunan' untuk diampunkan. tapi, IBM melihat dari sudut keadilan, sukar...memang sukar bagi Anwar. Kerana apa?...kerana Anwar sememangnya seorang peliwat. Berita dari penjara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui khid­mat pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada penjelasan lanjut diberi. Difahamkan Jabatan Penjara sudah pun menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bagi memaklumkan perkara itu dan dipercayai surat berkenaan telah diterima hari ini. Untuk pengetahuan semua, tindakan tersebut diambil kerana Anwar kini tertakluk kepada akta, peraturan dan prosedur penjara selepas  Anwar didapati bersalah meliwat. 

Selaras dengan penolakan oleh Jabatan Penjara itu, dipercayai Pandikar Amin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan tetapi belum dapat dipastikan tarikh tersebut. Pada Isnin lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat kepada Pandikar Amin bagi memohon kebenaran untuk Anwar menghadiri sidang Dewan Rakyat atas alasan beliau masih ketua pembangkang. Namun, Jabatan Penjara dalam kenyataan segeranya menegaskan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Anwar adalah sama, selaras dengan kete­tapan akta, peraturan dan prosedur. 

Sebelum itu, pada 24 Februari lalu, keluarga Anwar menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan bagi memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong selepas ketua pembangkang tersebut dihukum penjara lima tahun. Maka, berkecai dan hancur luhurlah hasrat Anwar untuk menabik dada di Dewan Rakyat sambil tersenyum bahawa beliau boleh mengubah apa sahaja dasar undang-undang dinegara ini. Dengan erti kata lain, undang-undang di negara ini 'bapak' dia dan PKR yang buat. Puiii! Menyusahkan orang je. Duduk ka dalam penjara tu diam-diam dan cepat-cepat bertaubatlah wahai Anwar. Maut tidak menunggu 'taubat' kita. Ada faham? Wassalam ~ IBM

Wednesday, March 4, 2015

KADANG-KADANG BOLEH PAKAI JUGA SI AZMIN NI YE!

RABU, 04 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 
MEMANG tepat keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali untuk tidak melayan tuntutan dan cadangan dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kerajaan Selangor pada Rabu menolak cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memberikan Ganjaran Khas Prestasi Majlis Tahun 2014 sebanyak tiga bulan kepada Ahli Majlis dan kakitangannya. Sememangnya ganjaran tersebut memang tidak layak diterima oleh MBPJ. Prestasi MBPJ selepas diterajui oleh Pakatan Rakyat, begitu merudum sekali. Banyak permasalahan di Petaling Jaya ini tidak dapat diselesaikan oleh MBPJ. Nama sahaja 'bendaraya', tapi ianya tidak mencerminkan sebagai sebuah bandaraya. Disekitar Petaling Jaya  sebagai contoh, jalan rayanya tidak terurus, berlubang sana-sini. Memang memalukan dan menyusahkan penggguna jalan raya. Bukan itu sahaja, malah kita boleh lihat seolah-olah persekitaran di Petaling Jaya seperti sebuah bandar 'cowboy' dipenuhi dengan poster-poster ceti haram iaitu 'ah long'. Poster tersebut ditampal-tampal dimerata-rata tempat seperti di perhentian BAS, di tiang-tiang letrik, di papan tanda jalan, bangunan-bangunan dan di merata-rata tempat yang mereka suka. 
Disini, IBM ingin bertanya, dimanakah penguatkuasaan dari MBPJ? Kenapa sukar sangat Penguatkuasa MBPJ mejalanakan rondaan dan membenteras kegiatan ah long yang kini dilihat berluas-luasa? Sedangkan no tel Syarikat Pinjiman ah long tersebut terpapar didalam poster-poster tersebut. Tapi, ianya seperti sukar di bendung. Adakah MBPJ telah dikuasi oleh tokeh-tokeh peminjam wang haram tersebut? Memang sungguh memalukan kerana ianya melibatkan nama negara yang mana negara kita sedang giat mempermosikan 'tahun melawat Malaysia'. Apa kata para pelancung dari luar negara bila mereka melihat di sekitar bandarraya di Petaling Jaya seolah-olah tidak terurus. Apa fungsinya Datuk Bandar dan kaki tangan MBPJ?Sebenarnya banyak lagi yang boleh IBM ketengah dan dedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapa di dalam pentadbiran MBPJ. Dari segi pandangan mata kita semua, memang Petaling Jaya tidak layak di beri status 'bandaraya'. Memang hampehh!. Maka, IBM sangat-sangatlah setuju apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menolak daripada memberi ganjaran khas prestasi majlis tahun 2014. Prestasi apa yang dimaksudkan oleh MBPJ? Suruh Datuk Bandar (kini dipangku) cerminkan diri mereka dahulu. Perbetulkan dahulu segala komplain dari rakyat, 
Apa yang IBM lihat sekarang MBPJ langsung tidak bertangung jawab, fungsi mereka seolah-olah seperti melepaskan 'batuk ditangga'. Walaupun Menteri Besar, Azmin Ali telah pun bersetuju di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)untuk memberikan bonus satu bulan gaji kepada kakitangan MBPJ tertakluk kepada syarat ketat penilaian secara menyeluruh, namun  bagi pandangan IBM .Azmin sudah membuat satu kesilapan. Buat masa ini MBPJ tidak layak menerima apa-apa ganjaran dari kerajaan negeri Selangor..Memang betul MMKN akan menyediakan garis panduan yang lebih ketat kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjamin prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan di peringkat PBT, tapi biar mereka buktikan dahulu kemampuan mereka. Kalau mnegikut peraturan yang sah, semua PBT di Selangor bertanggungjawab untuk menghayati akan tujuan penubuhan majlis perbandaran yang berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat. PBT diminta mematuhi dasar-dasar Kerajaan Negeri yang telah diputuskan sebelum ini selaras dengan Seksyen 10(9) Akta Kerajaan Tempatan 1972," katanya Jelasnya,  peningkatan hasil kutipan melalui pembayaran cukai rakyat tidak boleh dilihat sebagai keuntungan perniagaan sebaliknya ia perlu diurus secara berhemah dan efisien. 
Kutipan hasil dan rezab perlu diurus dengan berhemah dan dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan yang berkualiti dan perkhidmatan yang efisien termasuk Piagam Pelanggan yang jelas. Penyelenggaraan jalan yang baik dan selesa, pengurusan sampah dan sisa pepejal yang cekap serta menjamin persekitaran yang bersih dan selamat, katanya. Beliau berkata PBT juga perlu meneroka dan melabur dalam sektor perkhidmatan yang baru untuk meningkatkan kualiti kehidupan bandar. Tapi, kalau mengikut prestasi yang ditunjukkan oleh MBPJ, jangan harap MBPJ boleh membawa para pelabur mahu pun pelabur tempatan atau pelabur asing. Bagi IBM, MBPJ adalah antara PBT di negeri Selangor yang gagal menaikkan nama Petalig Jaya, malah Petaling Jaya boleh di cop sebagai bandar 'maksiat' kerana satu lagi penyakit yang sukar diubati oleh MBPJ apabila timbulnya rumah-rumah urut, hotel-hotel badjet bak cendawan tumbuh. 
Jadi, wajarkah bandar Petaling Jaya di panggil 'bandaraya'? Atau adakah sejak negeri  Selangor di perintah oleh Pakatan Rakyat, maka berlakunya semua ini? sama-sama kita fikirkan. Buat masa ini Azmin bolkeh diberi 3 bintang diatas kesungguhan beliau turun padang meninjau apa yanhg berlaku pada PBT di seluruh Selangor. Sekali lagi IBM katakan, Petaling Jaya memang tidak layak bergelar 'bandaraya'. Wajib ditarik balik gelaran tersebut. IBM setakat menceritakan apa yang IBM nampak. Wassalam ~ IBM

UMNO LEBIH BIJAK DARI PAS?

RABU, 04 MARCH 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :

PAS harus menerima hakikat bahawa UMNO adalah sebuah parti yang terbaik dan PAS perlu mencontohi UMNO dan parti komponennya dalam mengatasi sesuatu krisis, yang mana dilihat menggunakan pendekatan yang lebih bijak berbanding 'menghalau' ahli parti yang dilabel tidak wala' (taat). Ini bukan rekaan dari IBM, tapi ianya keluar dari mulut seorang pemimpin parti itu (PAS). Enggan namanya didedahkan, pemimpin berkenaan berkata, dalam keadaan krisis yang melanda PAS pada masa kini, kepimpinan parti sama ada di peringkat pusat mahupun negeri tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian yang hanya 'menambah keruh' sekaligus melemahkan parti. Ada (pemimpin) yang kata siapa tak setuju (kepimpinan), sila keluar parti. Ada Datuk Seri Najib halau orang (Umno) keluar parti? Sammy Velu semasa menjadi Presiden ada halau ahli MIC?  Maka, katanya PAS kena mengurus perbezaan pendapat, bukannya menambah renggangnya ahli, katanya kepada pemberita sebuah portal tempatan. 

Mengakui krisis pada masa kini adalah antara yang terburuk dalam kepimpinan PAS, beliau dalam pada itu berkata, krisis 'golongan profesional dan ulama' bertambah parah dengan pemahaman kurang jelas sebilangan besar ahli berhubung konsep perlembagaan parti. Menyentuh pasal DS Najib, katanya Perdana Menteri (PM) pun kadang-kadang ada buat keputusan silap. Dalam dunia politik memang hentam-menghentam sudah menjadi lumrah. Tapi, apabila DS Najib kena hentam tak ada orang yang marah kepada orang yang hentam dia (Najib). Biasalah tu dalam politik. Tapi dalam parti PAS agak berbeza dan terlalu kolot. Mungkin ada keputusan yang Tok Guru (Haji Hadi) buat tak dipersetujui ramai, maka Tok guru Hadi dihentam dan dikritik hebat, tapi, mereka marah kepada orang yang kritik Tok Guru. Kononnya tidak wala', ujarnya. Serangan terhadap Presiden, Seperti contoh, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kononnya didalangi golongan profesional dikatakan bermula selepas ulama berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wanita tidak patut menjadi Menteri Besar, merujuk kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada ketika Pakatan Rakyat dibelenggu krisis pemilihan Menteri Besar Selangor, maka teruk-teruk Hj Hadi di hentam. 

Kenyataan Hadi itu kemudiannya tidak 'disokong' sebilangan pemimpin PAS yang terdiri daripada golongan profesional, menyebabkan sekelompok penyokong Hadi tangkas membuat serangan terhadap golongan berkenaan kerana mendakwa tidak wala' kepada pemimpin. Mana-mana presiden,  Tok Guru tak melenting, tapi orang-oang yang nak tunjuk konon mereka ini menyokong kepimpinan Presiden (pula melenting). Dalam prinsip membuat keputusan, keputusan dibuat secara syura. Maknanya, dibuat bersama. Ia dibawa ke mesyuarat, kemudian bahas, dan akhirnya satu keputusan akan diambil. Sama ada ia diperoleh secara majoriti, kata pemimpin PAS tersebut. Mengikut pandangan beliau Hadi masih lagi diperlukan sebagai Presiden. Ketika ditanya adakah krisis pada masa kini disebabkan kegagalan PAS mentarbiyah ahli-ahlinya, pemimpin berkenaan mengakui hakikat itu. Mengikut beliau, ahli PAS memang tak sekata semuanya.. ada orang biasa, ada yang berpendidikan tinggi. 

Kerja mentarbiyah atau mendidik, adalah di bawah Lajnah Tarbiyah. Lajnah Tarbiyah pula di bawah ulama. Kalau kita gagal memberi kefahaman kepada ahli, salah siapa?, ujarnya secara sinis. Buat masa ini PAS tidak boleh nak berselindung atau bermain 'drama' lagi. PAS pada masa kini sedang dilanda krisis hebat apabila sekelompok penyokong Hadi dan kepimpinan ulama mendedahkan wujudnya komplot menggulingkan Hadi yang didalangi oleh golongan profesional. Pendedahan terbaru, yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Tuc Tok Usin Ceroi mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam gerakan berkenaan. Selain Mat Sabu, kelompok berkenaan juga menamakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai dalang kepada penggulingan Hadi. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, PAS telahpun menubuhkan satu jawatankuasa khas siasatan bagi meneliti perkara berkenaan dan menunggu masa yang sesuai untuk memulakan siasatan itu. Kononnya siasatan sedang berjalan. 


Akhir sekali, pemimpin PAS tersebut berkata, beliau pernah mendengar allayarham Tok Guru Nik Aziz sebelum meninggal ada berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak bersatu, PAS akan 'Pecah" dan hancur. Oleh itu, beliau berpesan (Nik Aziz) supaya PAS tidak terus menyerang UMNO dan mengkritik UMNO. Nik Abduh, anak allahyarham Tok Guru adan cerita dan butirannya. Tak percaya tanya dia. Apapun IBM ucapakan terima kasihlah kepada pemimpin PAS tersebut yang terang-terang dan jujur mengakui bahawa UMNO lebih baik daripada PAS bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah dalam parti. Di harap satu hari nanti penyatuan 'UMNO dan PAS' akan menjadi kenyataan. Sememangnya UMNO sebuah parti melayu yang terbaik. Wassalam ~ IBM

Tuesday, March 3, 2015

MACAMANA SEORANG BANDUAN SEPERTI ANWAR AL-JUB BOLEH HADIR SIDANG PARLIMEN? BAPAK DIA PUNYA PARLIMEN KE?

SELASA, 03 MAC 2015

SEMBANG-SEMBANG POLITIK : 


KALAU dah bergelar 'banduan', kenapa pulak pembangkang ni sibuk-sibuk nakkan Ketua Pembangkang, Anwar al-jub hadir pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan akan bermula pada Isnin depan?. Undang-undang mana yang pembangkang pakai ni, dan kenapa mereka (pembangkang) beria-ia nakkan si peliwat tu hadir pada sidang Dewan Rakyat tersebut? Mereka kata Anwar mesti hadir. Tapi, siapa yang membuat keputusan dan membenarkannya? Dan....siapa pembangkang yang mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri pandikar Amin Mulia supaya boss depa dibenarkan hadir? Lawak...lawak betui le pembangkang ni. Mengikut sumber, pembangkang ada mengutus surat kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat menyatakan bahawa Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat akan hadir pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen itu. Perkara itui disahkan oleh Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Abdul berkata, surat jawapan balas kehadiran Anwar sudah diuruskan oleh pejabat ketua pembangkang itu. 
Abdul Malek Hussin selaku penyelaras pejabat ketua pembangkang sudah menjawab surat  kehadiran Datuk Seri Anwar. Jadi beliau akan hadir pada sidang Isnin depan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Isnin.Apapun, itu baru surat jawapan, belum lagi di jawab dan diluluskan oleh Speaker Dewan. Jadi, jangan bodoh dan syok sendiri. Walaupun Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani sudah memohon dan memohon campur tangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar dibenar hadir menyertai sidang Parlimen, belum tentu Anwar al-jub dibenarkan hadir kerana Anwar tetap banduan seperti banduan yang lain, tiada bezanya dan layanan istimewa diberi kepada si peliwat. Menurut Johari, beliau sudah menyerahkan surat kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon supaya Pejabat Speaker menguruskan kehadiran Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang bagi menghadiri sidang Parlimen. Kononnya tindakan beliau itu selaras dengan peruntukan Fasal 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa Anwar masih merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang. 
Dalam pada itu, Pandikar Amin dalam kenyataan pada 24 Februari lalu menyatakan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan ditentukan selepas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu pada 27 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan campur tangan dalam  soal peraturan dan operasi Jabatan Penjara. Menurut Ahmad Zahid kementeriannya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat tafsiran mengenai status Anwar sama ada dibenarkan atau tidak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung dari 9 Mac hingga 9 April depan. Nampak Anwar begitu terdesak. 
Beliau akan berbuat apa sahaja asalkan Parlimen Pauh tidak kosong dan PRK kan diadakan. Untuk tidak memeningkan kepala, tolak permohonan 'pengampunan' dari Anwar, sekali gus beliau tidak lagi boleh merayu untuk hadir ke sidang  Dewan Rakyat, kerana beliau memang seorang peliwat, beliau kini di penjarakan, dan beliau sekarang berstatus 'banduan'. Mana ada seorang banduan dibenarkan memasuki Dewan Rakyat ketiak sedang bersidang? Apa, Si al-jub tu ingat Dewan Rakyat tu bapak dia dan PKR yang punya? Puiiii! Muak....muak betui le bila dengar nama Anwar ni. Hilang mood nak makan, hilang segala-galanya. Wassalam ~ IBM

TIADA SIAPA DALAM PAS TANDING HJ HADI? MANA 'BARUA' DALAM PAS YANG BERIA-IA NAK JATUHKAN HJ HADI? TAK ADA TELO KE?

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :
UNTUK meredakan seketika 'kemelut' didalam PAS, maka, terpaksalah "berlakun" dan "bersindiwara" demi untuk menjaga nama dan maruah parti mereka. Itulah kepakaran dan amalan yang PAS lakukan dulu, kini dan selamanya. Memang kita semua nampak bahawa kemelut dalam PAS begitu ketara dan tiada penghujung yang mana akan menjurus kepada kehancuran parti seislam Malaysia itu, iaitu PAS. Seperti mana yang telah heboh diperkatakan terdapat satu kumpulan yang mendesak supaya Presiden PAS mengun durkan diri dan supaya tidak bertanding di pemilihan parti yang kan datang ini. Kita tahu siap mereka-mereka yang digelar 'barua' oleh salah seorang pemimpin PAS dan ada pemimpin PAS yang begitu lantang menyatakan bahawa banyak 'Syaitan' di dalam PAS. Disitu kita sudah lihat bahawa pemimpin-pemimpin PAS yang bergelar 'ulama', bukanlah benar-benar ulama, tapi 'semak'. Jika benar-benar mereka-mereka itu alim dan ulama, PAS tidak kan bercelaru, berceramuk, bergolak seperti apa yang berlaku sekarang ini.

PAS dan pemimpin-pemimpinnya kena 'mentarbiahkan' diri mereka sebelum menabik dada bahawa merekalah perjuang agama Islam. Semuanya itu hanyalah 'retorik' belaka. Untuk tidak menampakkan betapa parahnya PAS ketika ini, untuk pemilihan pucok kepimpina parti yangakan diadakan tidak lama lagi dan untuk meredakan keadaan buat seketika, PAS melalui Setiausahanya, Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menduduki jawatan Presiden  tiada sesiapapun di dalam PAS yang mempunyai keupayaan setanding dengan Hj Abdul Hadi Awang yang akan dicabar untuk jawatan No.1 pada pemilihan parti itu Jun ini. Beliau tidak dapat melihat sesiapa di dalam ranking dan fail yang berkebolehan untuk menandingi kualiti kepimpinan Abdul Hadi dan beliau menjangkakan bahawa beliau akan terus menerajui parti ini dalam tempoh lima tahun lagi, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mustafa juga meramalkan Presiden PAS tidak akan dicabar sesiapa semasa pemilihan parti itu yang akan datang.

Jadi,  kalau itu benar-benar berlaku, mana perginya mereka-mereka yang beria-ia membuat strategi untuk mengulingkan Hj Hadi? Apakah mereka tidak bertanding? Takut? Tak ada telo? Dalam pada itu, Datuk Ahmad Yaakob iaitu Menteri Besar Kelantan meramalkan akan wujud permainan politik bagi semua jawatan lain di dalam parti dengan jawatan Timbalan Presiden antara yang menjadi persaingan sengit, maka akan bertambah perit dan deritalah PAS apabila pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya berpecah dua. Jesteru,  Mustafa menyuarakan rasa kesalnya beliau dan tidak menjangka perpecahan akan berlaku di dalam parti selepas pemilihan tersebut. Itulah, lain kali mulut tu jaga -jaga sikit, jangan terlalu celupar mendoakan orang 'pecah perut', menuduh sesama bangsa kafir dan banyak lagilah, UMNO tidak 'islamik' dan bermacam-maca tuduhan yang tidak berasas yang PAS lemparkan kepada UMNO. 

Kini, lihatlah apa yang sdang berlaku didalam PAS. Tiada lagi ketenangan di dalam PAS. Masing-masing ingin melepaskan diri masing-masing, apa nak jadi, jadilah. Itulah PAS buat masa kini, tenat. Untuk pengetahuan semua, pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini. Kita tunggu dan lihat sahajalah SENDIWARA PAS, 'parti ajaran sesat' se Malaysia. Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...