Tuesday, March 3, 2015

TIADA SIAPA DALAM PAS TANDING HJ HADI? MANA 'BARUA' DALAM PAS YANG BERIA-IA NAK JATUHKAN HJ HADI? TAK ADA TELO KE?

SEMBANG-SEMBANG POLITIK :
UNTUK meredakan seketika 'kemelut' didalam PAS, maka, terpaksalah "berlakun" dan "bersindiwara" demi untuk menjaga nama dan maruah parti mereka. Itulah kepakaran dan amalan yang PAS lakukan dulu, kini dan selamanya. Memang kita semua nampak bahawa kemelut dalam PAS begitu ketara dan tiada penghujung yang mana akan menjurus kepada kehancuran parti seislam Malaysia itu, iaitu PAS. Seperti mana yang telah heboh diperkatakan terdapat satu kumpulan yang mendesak supaya Presiden PAS mengun durkan diri dan supaya tidak bertanding di pemilihan parti yang kan datang ini. Kita tahu siap mereka-mereka yang digelar 'barua' oleh salah seorang pemimpin PAS dan ada pemimpin PAS yang begitu lantang menyatakan bahawa banyak 'Syaitan' di dalam PAS. Disitu kita sudah lihat bahawa pemimpin-pemimpin PAS yang bergelar 'ulama', bukanlah benar-benar ulama, tapi 'semak'. Jika benar-benar mereka-mereka itu alim dan ulama, PAS tidak kan bercelaru, berceramuk, bergolak seperti apa yang berlaku sekarang ini.

PAS dan pemimpin-pemimpinnya kena 'mentarbiahkan' diri mereka sebelum menabik dada bahawa merekalah perjuang agama Islam. Semuanya itu hanyalah 'retorik' belaka. Untuk tidak menampakkan betapa parahnya PAS ketika ini, untuk pemilihan pucok kepimpina parti yangakan diadakan tidak lama lagi dan untuk meredakan keadaan buat seketika, PAS melalui Setiausahanya, Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menduduki jawatan Presiden  tiada sesiapapun di dalam PAS yang mempunyai keupayaan setanding dengan Hj Abdul Hadi Awang yang akan dicabar untuk jawatan No.1 pada pemilihan parti itu Jun ini. Beliau tidak dapat melihat sesiapa di dalam ranking dan fail yang berkebolehan untuk menandingi kualiti kepimpinan Abdul Hadi dan beliau menjangkakan bahawa beliau akan terus menerajui parti ini dalam tempoh lima tahun lagi, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mustafa juga meramalkan Presiden PAS tidak akan dicabar sesiapa semasa pemilihan parti itu yang akan datang.

Jadi,  kalau itu benar-benar berlaku, mana perginya mereka-mereka yang beria-ia membuat strategi untuk mengulingkan Hj Hadi? Apakah mereka tidak bertanding? Takut? Tak ada telo? Dalam pada itu, Datuk Ahmad Yaakob iaitu Menteri Besar Kelantan meramalkan akan wujud permainan politik bagi semua jawatan lain di dalam parti dengan jawatan Timbalan Presiden antara yang menjadi persaingan sengit, maka akan bertambah perit dan deritalah PAS apabila pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya berpecah dua. Jesteru,  Mustafa menyuarakan rasa kesalnya beliau dan tidak menjangka perpecahan akan berlaku di dalam parti selepas pemilihan tersebut. Itulah, lain kali mulut tu jaga -jaga sikit, jangan terlalu celupar mendoakan orang 'pecah perut', menuduh sesama bangsa kafir dan banyak lagilah, UMNO tidak 'islamik' dan bermacam-maca tuduhan yang tidak berasas yang PAS lemparkan kepada UMNO. 

Kini, lihatlah apa yang sdang berlaku didalam PAS. Tiada lagi ketenangan di dalam PAS. Masing-masing ingin melepaskan diri masing-masing, apa nak jadi, jadilah. Itulah PAS buat masa kini, tenat. Untuk pengetahuan semua, pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini. Kita tunggu dan lihat sahajalah SENDIWARA PAS, 'parti ajaran sesat' se Malaysia. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...