Tuesday, January 5, 2016

AZMIN ALI MENTERI BESAR YANG TAK PUNYA MALU!!

SELASA, 05 JANUARI 2015
Rakyat Selangor perlu malu dapat Menteri Besar didakwa penipu......

Kenyataan balas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini jelas menunjukkan yang beliau gagal menyangkal dakwaan pemberian tender pembalakan secara terbuka. Kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, ini kerana dalam sidang media yang dibuat Azmin pada Selasa langsung tidak menafikan yang dakwaan Chegubard itu adalah palsu mahupun tidak benar.
Apapun, cerita lebih menarik lagi untuk korang semua tahu. Jom KLIK disini untuk cerita lanjut. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATI

APA SUDAH JADI NI??

SELASA, 05 JANUARI 2016
SPRM INGIN BERSIHKAN NAMA MALAYSIA ATAU KUBURKAN UMNO - BN??

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia berada dalam keadaan yang agak membimbangkan. Ini berikutan dengan tindakan mereka yang dilihat melakukan penyiasatan terpilih terutamanya yang melibatkan pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional. Manakala pemimpin pembangkang pula “terlepas” dari salahlaku mereka dengan begitu mudah sahaja. Desas-desus sedang bertiup kencang berkenaan dengan orang nombor dua SPRM yang pernah menjawat jawatan pengarah SPRM Kelantan. Sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut, SPRM Kelantan dikatakan tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap pemimpin PAS walaupun bukti dikatakan berada di depan mata. Namun berlainan pula tindakan beliau apabila ianya melibatkan pemimpin UMNO.
Masihkah kita ingat bencana banjir lumpur yang hampir melumpuhkan negeri Kelantan pada penghujung tahun 2014. Menurut sumber, banjir lumpur tersebut disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram secara berleluasa oleh para pemimpin PAS di Kelantan. Namun hingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan diambil untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adakah SPRM mahu terus dilabelkan “pilih bulu”? Malahan beberapa portal dan blog turut mengecam SPRM sebagai “tangan” dan”kaki” pembangkang. Ini telah memberi gambaran imej yang cukup negatif terhadap SPRM.
Sekiranya mereka mahu memulihkan imej mereka maka mereka perlu lebih telus dan adil dalam menjalankan tugas. Semua rakyat Malaysia masih tertunggu-tunggu siapakah pemimpin PAS “Raja balak” yang menjadi punca penderitaan rakyat Kelantan tahun lepas hingga ke hari ini. Untuk makluman, Banjir yang melanda ke semua 10 jajahan di Kelantan itu memaksa lebih 104,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan. Hujan lebat berterusan selama 48 jam di kawasan Ulu Kelantan – Gua Musang dan Kuala Krai – menterjemahkan kebimbangan penduduk apabila jajahan Gua Musang dilanda banjir besar mulai 22 Disember, 2014.
Dalam tempoh yang singkat, limpahan air Sungai Galas dengan arus yang deras ‘menenggelamkan’ bandar lama Gua Musang dan beberapa kampung sekitarnya. Bencana itu melumpuhkan aktiviti di bandar lama Gua Musang dan kampung-kampung berhampirannya akibat dinaiki air antara dua dan lima meter, turut menyebabkan berpuluh kenderaan tenggelam. Limpahan air deras yang mengganas mulai 22 Disember 2014 bukan sahaja menghanyutkan banyak rumah malah beratus rumah dan harta benda lain rosak teruk manakala ribuan penduduk menyelamatkan diri ke kawasan tinggi termasuk mendaki bukit.
Antara faktor berlakunya banjir lumpur yang teruk itu ialah penebangan hutan dalam skala besar di kawasan berbukit di Ulu Kelantan untuk tanaman kelapa sawit dan sayur-sayuran. Pembalakan haram juga menyumbang kepada hakisan tanah serta menjadikan sungai cetek dan berlumpur. Penjenayah alam sekitar ini perlu dibawa kemuka pengadilan. Pihak SPRM Kelantan perlu menjalankan tugas mereka. Mereka bertanggungjawab membela nasib rakyat Kelantan yang teraniaya oleh kerakusan pemimpin PAS - SUMBER
p/s - Kesimpulannya, adakah SPRM mengamalkan 'double' standard atau pilih bulu?...Harap-harap tidak. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU

MALAPETAKA AKAN DITERIMA RAKYAT MALAYSIA JIKA MASIH BERSAMA DAPIGS

SELASA, 05 JANUARI 2016
INGAT DAPIGS INGAT KOMUNIS

‘Katastrophe’ bahasa German dan ‘Podavleniye’ bahasa Russia  yang mengambarkan sikap  DAP yang mana telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Pulau Pinang sekarang ini. ‘Katastrophe’ dan ‘Podavleniye’ yang bermaksud malapetaka dan penindasan ini  adalah bersesuaian dengan tindakan DAP didalam melakukan pengusiran dan menindas kaum lain didalam negeri pemerintahan mereka. Selepas pelbagai krisis ekonomi mahupun politik akhir-akhir ini, pemerintah dengan kesungguhan yang ada terus berusaha untuk menanganinya, namun demikian diwaktu yang sama DAP terus melakukan kekejaman dengan  penindasan terhadap kaum lain dengan pengusiran dan menidakkan hak hak sebagai rakyat.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya di Roketkini menyifatkan 2015 sebagai tahun ‘Annus Horribilis’ bagi negara ini. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali,  Malapetaka sebenarnya ialah bila mana DAP sentiasa menggunakan isu yang ternyata tidak relevan untuk memperlihatkan bahawa negara Malaysia sedang menghadapi situasi yang sukar dalam politik dan juga ekonomi. Wahal pada waktu ini, bukan sahaja negara Malaysia menghadapinya malahan  kemelut ekonomi ini sedang dihadapi oleh semua negara didunia. Jadi dakwaan yang disampaikan oleh Lim Kit Siang adalah tidak berasas sama sekali.

Dalam keadaan negara dan dunia menhadapi suasana ekonomi yang sukat , DAP terus melakukan kezaliman dan menjual harta negeri kepada  negara lain tanpa ada sekatan langsung. Penjualan tanah yang sepatutnya digunakan untuk  pembelaan rakyat diabaikan sama sekali. Rakyat yang ingin berjuang untuk hidup dalam perniagaan kecil kecilan telah dinafikan , tidakan zalin dan penindasan yang dilakukan oleh DAP ini hanya menjurus kepada  dua bangsa sahaja iaitu India dan Melayu yang berada di Pulau Pinang.

Kezaliman dan penindasan ini bukan lagi sesuatu yang  dilakukan secara sembunyi malah  sikap seakan komunis dilakukan secar paksa tanpa ada budi bicara. Ternya berlaku sebaliknya bila ianya berkaitan dengan sebangsa mereka. Perlanggaran undang undang dilakukan sewenangnya tanpa ada satu pun tindakan yang diambil.  Sikap perkauman  diamalkan dengan terang sekali. Penindasan dan kekejaman dilakukan terhadap kaum lain saolah olah  seperti musuh walaupun semuanya adalah warganegara Malaysia,.

Skandal penjualan tanah tanah diPulau Pinang dan skandal  pulau judi  lebih penting dari menjaga kebajikan rakyat dalam negara ini. Laluan basikal yang menelan belanja rM30 juta lebih penting dari  meyediakan prasarana untuk rakyat. Ini lah kekejaman kerajaan DAP yang dahulunya dikatakan  akan melaksanakan pemerintahan yang telus untuk semua bangsa. Semuanya adalah pembohongan dan penipuan terhadap pengundi.Bukan itu sahaja DAP terus menyembunyikan kesilapan pengiraan yang melibatkan skandal Terowong Dasar laut dengan mengadaikan sebidang tanah yang tidak boleh dituntut kepada pemaju.

DAP melancarkan malapetaka terhadap negara ini dengan menganjurkan BERSIH  untuk memberikan gambaran bahawa negara yang aman makmur ini sedang menghadapi suasana sukat. Perhimpunan baju kuning, sebagai antara malapetaka  yang dianjurkan  setiap kali agenda mereka dilihat akan menemui kegagalan. Keganasan dalam BERSIH dilakukan untuk menguji dan meletakkan kesalahan terhadap anggota keselamatan. Pertikaian mengenai  lagu Negaraku, Agama, Kedaulatan Negara dalam isu Lahat Datu semuanya mengundang kepada malapetaka yang dicipta oleh pakatan yang diketuai oleh DAP.

Dalam tempoh enam dekad sejak tercapainya kemerdekaan pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963, DAP telah banyak melancarkan provokasi yang mana  untuk mempengaruhi rakyat atas nama keadilan yang tidak pernah rakyat merasakan keadilan tersebut. Kerajaan DAP dan Pakatan  kini jauh lebih teruk berbanding dulu lantaran berlaku kezaliman dengan menidakkan hak hak rakyat untuk bersuara dan konsep dictator diamalkan didalam pemilihan CEC  yang mencabuli hak asasi manusia dan kebebasan bersuara seterusnya mendatangkan ‘malapetaka’ terhadap negara.

Pimpinan sedia ada dalam DAP  langsung tiada inisiatif untuk membaiki kesilapan untuk bersama sama membangunkan negara malah mereka telah banyak melakukan kerosakan minda , pemikiran rakyat dengan pembohongan serta sikap kepuraan untuk mendapatkan sokongan. Malaysia ketika awal penubuhannya pada 1957 sentiasa dipandang tinggi kebanyakan negara Asia lain, malah menjadi negara kedua pesat membangun selepas Jepun. Dengan kehadiran DAP dalam politik negara telah mengubah persepsi yang baik negara ini kepada sebuah negara yang dilihat melakukan kekejaman terhadap rakyatnya. Semua itu DAP sedang lakukan untuk memburukan lagi pandangan  negara luar terhadap negara ini.

Malaysia tidak akan mencapai taraf  duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain dengan adanya sebuah parti pembangkang yang hanya bersifat perkauman dalam negara ini. Sebuah parti yang melakukan kezaliman dan penindasan terhadap kaum lain demi mementingkan kaumnya sendiri. Kini rata rata  rakyat telah hilang keyakinan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang yang man tiada satu idea pun untuk  membangunkan negara seperti dekad awal penubuhannya. DAP yang ada sekarang adalah sebuah parti yang melakukan kezaliman dan penindasan kepada kaum lain dan mempunyai pemerintah yang bersikap dictator.

Justeru, seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk mengembalikan semula keyakinan bagi menjadikan negara ini sebuah negara terbaik di mata dunia dengan menolak fahama perkauman dan penindasan serta kezaliman yang dilakukan oleh DAP. Sudah tiba masanya untuk penjajaran semula kuasa politik yang progresif untuk menyelamatkan Malaysia  dari sebuah parti  DAP yang mengamalkan sikap mementingkan satu bangsa dalam negara yang mengamalkan konsep kehidupan berbilang kaum dan bertoleransi dalam apa juga bidang. SUMBER.

p/s - Adakah anda semua rela melihat 'China towns' berselerak di seluruh negara dan akhirnya mereka yg berkuasa?. fikir-fikirkan betapa bahayanya DAPigs kepada negara. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

MUJAHID UMPAMA 'MACAI' NOMBOR 1 DAPIGS

SELASA, 05 JANUARI 2016
PAN atau parti AMANAH geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya. Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.
“Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula,” kata Mujahid sambil tergelak. “Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja? “Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH,” katanya.
Mujahid berkata adalah seseuatu yang tidak terfikir bahawa parti pembangkang mahu menawarkan sebuah rejim seteru untuk menubuhkan pangkalan udara yang di Malaysia sedangkan ia belum merampas Putrajaya. Beliau berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia terus mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini. “Mengapa Zuhdi tidak tanya soalan ini?” kata Mujahid kepada bekas rakannya itu.
Mujahid anak kepada mantan Mursyidul Am PAS yang terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dilihat menjilat dan mempertahankan DAP secara konsisten. Beliau akan pantas menjawab segala isu yang dibangkitkan kepada DAP tidak sepertimana isu kepada PAS ketika beliau di dalam parti tersebut.
SUMBER.
Agaknya berapa nilai Mujahid di ‘papan saham’ DAP? Wassallam - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Monday, January 4, 2016

AZMIN DITUDUH PEMBOHONG.....MEMANG PEMBOHONG PUN!!

ISNIN, 04 JANUARI 2016
BAGI si Azmin, apa orang nak kata, gelar, dia tak kisah dah. Yang penting dia sudah menjadi seorang 'Menteri Besar' seperti yang diimpikannya selama ini. Persetankan apa orang lain nak kata. Terutama dari musuh-musuh politiknya yang satu ketika dahulu memang rapat dan satu perjuangan. Dakwaan  kerajaan Selangor berbohong mengenai tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur oleh Aktivis Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa mempunyai surat berstatus rahsia yang membuktikan dua syarikat dianugerahkan kontrak membalak secara rundingan terus dan bukan tender terbuka, tidak menjadi kudis bagi Azmin.

Menurut Badrul Hisham atau lebih dikenali Chegubard bahawa Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila dia menyatakan syarikat yang memperoleh kawasan balak itu mendapatkannya melalui tender terbuka,” kata pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu. Beliau yang juga bekas pemimpin pusat PKR bagaimanapun berkata tidak boleh mendedahkan surat itu yang dilabel rahsia. Badrul (gambar) mencabar Azmin mengklasifikasikan semula dokumen itu sebagai dokumen awam bagi membolehkan isi kandungannya didedah kepada awam. Maka, dengan itu beliau mencabar (Azmin) supaya  menarik balik tender terbuka tersebut, dan kena minta maaf bukan kepada beliau tetapi kepada orang awam yang si Azmin dah tipu,” katanya. Azmin sebelum ini dilapor menegaskan semua projek pembalakan di negeri dibuat secara tender terbuka sejak tahun 2008 oleh Jabatan Perhutanan Negeri. 

Menurutnya, Menteri Besar tidak pernah terlibat dalam proses tersebut dan pihaknya tidak turut serta dalam jawatankuasa tender berkenaan. Apapun, tender telah di beri. Persoalaanya, mahukah si Azmin yang kini sudah lebih tinggi darjatnya dari Chegubard tunduk dengan desakan tersebut??. Dalam Pakatan haram jadah ni macam-macam boleh berlaku. Kita tunggu dan lihat samada dedahan Chegubard ini akan sampai ke matlamatnya. Apa matlamat Chegubard?...dia sahaja yang tahu. Wasallam. Dari - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...