BAGI si Azmin, apa orang nak kata, gelar, dia tak kisah dah. Yang penting dia sudah menjadi seorang 'Menteri Besar' seperti yang diimpikannya selama ini. Persetankan apa orang lain nak kata. Terutama dari musuh-musuh politiknya yang satu ketika dahulu memang rapat dan satu perjuangan. Dakwaan kerajaan Selangor berbohong mengenai tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur oleh Aktivis Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa mempunyai surat berstatus rahsia yang membuktikan dua syarikat dianugerahkan kontrak membalak secara rundingan terus dan bukan tender terbuka, tidak menjadi kudis bagi Azmin.

Menurutnya, Menteri Besar tidak pernah terlibat dalam proses tersebut dan pihaknya tidak turut serta dalam jawatankuasa tender berkenaan. Apapun, tender telah di beri. Persoalaanya, mahukah si Azmin yang kini sudah lebih tinggi darjatnya dari Chegubard tunduk dengan desakan tersebut??. Dalam Pakatan haram jadah ni macam-macam boleh berlaku. Kita tunggu dan lihat samada dedahan Chegubard ini akan sampai ke matlamatnya. Apa matlamat Chegubard?...dia sahaja yang tahu. Wasallam. Dari - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.