Thursday, October 28, 2010

TRANSFORMASI EKONOMI..........


PROGRAM Transformasi Ekonomi (ETP) yang merentasi 12 bidang ekonomi negara dan menentukan hala tuju ekonomi negara akan dipacu oleh sektor swasta membabitkan pelaburan merangkumi 92% daripada perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM1.4 trillion yang diperlukan dalam tempoh transformasi ekonomi ini, manakala kerajaan akan bertindak selaku penyedia peluang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan perlaksanaan (Pemandu) berkata, inisiatif dibawah projek permulaan dan peluang perniagaan berkata 12 bidang NKEA itu yang dikenal pasti dalam rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) membabitkan sektor minyak, Gas dan tenaga, minyak sawit, perkhidmatan kewangan, perlancongan dan banyak lagi.
Idris pada hari terbuka EPT baru-baru ini di PWTC berkata, ETP menyasarkan pertumbuhan pendapatan negara (GNI) hampir tiga kali ganda daripada RM600 billion pada 2009 kepada RM 1.7 million menjelang 2020.
Beliau berkata golongan Bumiputra yang tidak memerlukan bantuan perlu bersaing pada aras yang sama dengan bukan bumiputera di bawah ETP ini, namun perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan akan terus kekal.

IBM : Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap kemajuan ekonomi negara, jika fokus hanya kepada golongan profesional sahaja, Malaysia akan kerugian kerana rakyat bawahan ini juga ada peranannya sendiri.

Mengimbau Kembali : Tun Dr Fatimah Hashim


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Keempat (1956 - 1972 ).

PEMERGIAN Srikandi Negara in i pada usia 85 tahun, tanggal 10 Januari lalu adalah kehilangan besar seorang tokoh politik wanita yang banyak jasanya kepada tanah air. Mengenali Tun Dr Fatimah Hashim ketika mula menjadi wartawan dulu di samping sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO juga sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu adalah satu pengalaman yang tetap diingati pada bila-bila masa.
Beliau tegas, tetapi pada masa yang sama tetap peramah dan mesra, malah tidak pernah lokek berkongsi pengalamanya. Baginya walau sesibuk mana seorang wanita di luar rumah kerana bekerja, pakaian suami dan makan minum harus dijaga dengan baik demi keharmonian rumah tangga.
Ketika menemui Allahyarhamah beberapa tahun sebelum pemergiannya, ingatan beliau masih tajam, masih mengenal kita yang telah berusia ini, " dari suara saya masih ingat", katanya peramah. Pada usia 21 tahun, Dr Fatimah telah menceburi parti politik UMNO pada tahun 1947 di Johor, cawangan Nong Chik, dan pernah menjadi bendahari cawangan itu.
Beliau dilahirkan dalam keluarga yang agak besar pada tahun 1947 dan mempunyai seramai 15 orang adik-beradik. Isteri kepada Tan Sri Kadir Yusuf yang juga bekas Menteri Undang-undang itu tidak pernah menoleh ke belakang dalam karier politiknya. Pada tahun 1956 beliau di lantik sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaya ketika itu menggantikan Allahyarahamah Khatijah Sidek. Beliau kekal memegang jawatan yang kemudian ditukar kepada Pergerakan Wan ita UMNO Malaysia selama 16 tahun.
Wanita UMNO yang diketuai oleh Dato' Sri Sharizat Jalil tetap mengenang jasa-jasa Srikandi Negara ini, tokoh wanita terbilang dan telah banyak jasa dalam membawa Wanita UMNO ke arah kejayaan. Satu majlis tahlil sempena pemergian beliau telah dianjurkan dan dihadiri oleh ramai ahli Wanita UMNO. Kepada allahyarhamah Tun Dr. Hajjah Fatimah Hashim, bersemadilah dengan aman. Amin. AL-FATIHAH.

IBM : Bak Kata Allahyaraham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee : ' dimanakan ku cari ganti '.

Sumber Ikhsan dari : Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Terima kasih.

Kata-Kata Harapan Timbalan Presiden UMNO


" PERPADUAN DAN KEKUATAN WANITA PERLU DIPERLIHAT "

Kata-Kata Hikmah Presiden UMNO


" WANITA UMNO BAWA AURA PERUBAHAN POSITIF "

Di Antara Kelebihan ISTIGHFAR


Bersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Hadis Rasulullah Sallallahu ˜alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1)Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) MendekBersabda Nabi Sallallahu˜alaihi wassalam: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Hadis Rasulullah Sallallahu ˜alaihi wassalam di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:

1)Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.

2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.

3) Mendekatkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta'ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta'ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.atkan diri kepada Allah Subhanhu wa Ta'ala kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah Subhanahu Ta'ala dan untuk mencapai keredhaanNya.

4) Memperolehi perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang dilarangNya.

6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

IBM : Marilah kita banyakkan beristighfar.

Sumber : Brunei Darussalam Mufti's Office.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...