Thursday, October 28, 2010

TRANSFORMASI EKONOMI..........


PROGRAM Transformasi Ekonomi (ETP) yang merentasi 12 bidang ekonomi negara dan menentukan hala tuju ekonomi negara akan dipacu oleh sektor swasta membabitkan pelaburan merangkumi 92% daripada perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM1.4 trillion yang diperlukan dalam tempoh transformasi ekonomi ini, manakala kerajaan akan bertindak selaku penyedia peluang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan perlaksanaan (Pemandu) berkata, inisiatif dibawah projek permulaan dan peluang perniagaan berkata 12 bidang NKEA itu yang dikenal pasti dalam rancangan Malaysia ke-10 (RMK 10) membabitkan sektor minyak, Gas dan tenaga, minyak sawit, perkhidmatan kewangan, perlancongan dan banyak lagi.
Idris pada hari terbuka EPT baru-baru ini di PWTC berkata, ETP menyasarkan pertumbuhan pendapatan negara (GNI) hampir tiga kali ganda daripada RM600 billion pada 2009 kepada RM 1.7 million menjelang 2020.
Beliau berkata golongan Bumiputra yang tidak memerlukan bantuan perlu bersaing pada aras yang sama dengan bukan bumiputera di bawah ETP ini, namun perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan akan terus kekal.

IBM : Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap kemajuan ekonomi negara, jika fokus hanya kepada golongan profesional sahaja, Malaysia akan kerugian kerana rakyat bawahan ini juga ada peranannya sendiri.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...