Wednesday, February 23, 2011

[Gambar-gambar Menarik] lucu dan mempersonakan...

[Gambar yang perlu diambil contoh] Binatang boleh menjadi sahabat karib kepada manusia

[Gambar sebuah pandangan yg menarik]. Sesuai bersantai bertemankan arnab-arnab yg jinak.

[Gambar lucu]. You can't see me...

[Gambar menarik perhatian ramai]. Masih digunakan lagi kenderaan yg sebegini.

[Gambar yang romantik sekali]. Tidurlah wahai permasuri...

AKAN MENYUSUL BANYAK LAGI GAMBAR-GAMBAR YANG LEBIH MENARIK DAN MEMPERSONAKAN - IBM

Liwat II : Bulu tuala 'Good Morning' jadi tumpuan.


[ SUMBER DARI MALAYSIAKINI ]

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

NONE
Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.

Nor Aidora (kanan) berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.

Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal

Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut.

Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi.

Sehelai bulu

azlan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya.

Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenamaGood Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.

Katanya, berada di makmal kimia Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 yang mengandungi elemen bukti kes liwat diperolehi daripada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin kemudian menyoal keadaan empat bungkusan berkenaan.

"Dalam keadaan baik dan masih ditutup rapat," kata Aidora.

Peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut.

"Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada exhibit berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," kata Aidora.

Keunikan DNA

Sebelum itu, Aidora telah menerangkan kepada mahkamah bahawa calitan DNA diambil pada berus gigi, tuala muka, botol mineral dan serpihan kertas berdasarkan bahan bukti yang diterima sebelum semuanya ditempatkan di dalam sampul dan dilabel.

NONE
Beliau menambah, profil DNA dilakukan pada 19 Julai 2008 sehari selepas ujian dilakukan dan keputusan lengkap diperolehi pada 21 Julai 2008.

Aidora turut menerangkan kepada mahkamah tentang keunikan DNA.

"Tiada siapa yang mempunyai DNA yang sama kecuali kes kecil bagi kembar seiras," katanya.

Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima.

Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

SEMANGKIN LAMA SEMANGKIN PANAS. TAPI, JANGNLAH ASYIK NAK POSPONE JE. PENAT MENUNGGU, DAN PENAT JUGA MENANTI BERITA BAHAWA ANWAR DIDAPATI BERSALAH DAN DI HIMBAN KE PENJARA FOR THE LONG...LONG...TIME...HEHEHE.... IBM

Koleksi DARI MUTIARA KATA


ASSALAMUALIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN

Mutiara kata merupakan susunan kata-kata indah yang lahir daripada luahan para cendekiawan yang berwibawa dan merupakan pesanan atau amanat penting serta sangat bermanafaat kepada para pembaca. Susunannya yang indah ini dapat menpengaruhi dan mengajak para pembaca berfikir dan mengambil iktibar daripada Mutiara Kata yang dicetuskan oleh mereka ini.

~ Sesungguhnya di antara kewajipan bapa terhadap anak-anaknya ialah mengajarnya kepandaiaan menulis, memberikannya nama-nama yang baik dan mengahwinkannya apabila ia sampai umur.

~ Berusaha mencari rezeki dan keperluan hidup pada waktu pagi pagi maka sesungguhnya waktu pagi itu memberi berkat dan kejayaan.

~ Allah mengutuk orang yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan yang meminta sambung rambutnya, juga yang merajah (melukis dan membuat tatu pada tubuhnya) dan yang minta dibuat tatu, juga yang mencukur alisnya dan yang meminta dicukur alisnya.

~ Takutlah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan dan berkelakuan baiklah kepada manusia.

~ Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditunda baginya umur(ajalnya), hendaklah ia menghubungi kasih sayangnya (silaturrahim).

~ Dusta yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang mengatakan tahu sesuatu dengan mata kepalanya, padahal dia tidak tahu.

~ Sesiapa yang tidak menyanyangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang lebih tua, maka ia bukan daripada golongan orang kami.

~ Kadang-kadang mata melawan matahari kerana dia ditimpa penyakit belas dan mulut menentang manisnya air kerana ditimpa deman.

~ Barang siapa yang mengambil harta orang dengan tujuan menjaganya, nercaya Allah menjaganya dan barang siapa mengambilnya dengan tujuan merosakkannya, maka Allah rosakkan dia.

~ Tiada musibah (bencana yang menimpa sesorang muslim) melainkan Allah mengkafaratkan (menghapuskan sebahagian) daripada dosanya kerana bencana itu). Walaupun ia merupakan tusukan yang diterimanya daripada tikaman duri.

INGATLAH BAHAWA FIKIRAN YANG SIHAT DAPAT MELANCARKAN SEGALA KERJA, WALAUPUN PEKERJAAN ITU MERUPAKAN PEKERJAAN YANG PALING BERAT. INI KERANA SETIAP TINDAKAN KITA HARUS DIMULAI DENGAN BERFIKIR, TANPA BERFIKIR PASTI KITA TIDAK AKAN BERJAYA DALAM APA-APA JUGA YANG DILAKUKAN - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

23 FEBRUARI

ASSALAMUALIKUM

Sambil-sambil anda berihat tu, mai baca peristiwa yang berlaku pada hari ini......

SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG, MUAR, JOHOR
Tarikh Peristiwa : 23-02 1950

Kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk bergiat sebagai sebuah parti politik telah menyebabkan mereka menukar taktik perjuangan kepada perjuangan bersenjata. Berbagai keganasan telah dilakukan bagi melemahkan pentadbiran negara, dan meneruskan cita-cita mereka untuk menguasai negara ini. Pada hari ini 23 Februari 1950 satu lagi keganasan bersenjata telah dilakukan apabila komunis menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di Muar, Johor. Dalam insiden serangan ini seramai dua puluh lima orang anggota polis dan orang awam telah terkorban dalam pertempuran akibat serangan pengganas-pengganas komunis ini. Mereka ialah tiga Pegawai Polis berpangkat rendah, enam orang polis biasa, tiga orang polis `Marine', dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak polis biasa, dan dua orang awam. Jumlah tersebut tidak termasuk kemalangan di pihak pengganas komunis, di mana tiga orang terbunuh dan 17 cedera. Di samping itu 3 buah bangunan telah musnah iaitu Balai Penghulu, Balai Polis dan Berek Polis. Serangan telah dimulakan kira-kira jam 5.00 pagi 23 Februari 1950 oleh segerombolan pengganas komunis seramai 180 orang. Mereka menggunakan senjata-senjata otomatik telah mengepung Balai Polis Bukit Kepong yang ketika itu sedang dikawal oleh 3 orang anggota bertugas. Apabila tembak menembak bermula kesemua anggota termasuk anak isteri mereka turut membantu dan berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Balai Polis itu tidak berjaya ditawan oleh pengganas-pengganas komunis tetapi keseluruhan Balai telah dibakar dan mengorbankan nyawa anggota polis dan keluarga mereka. Mereka tetap mempertahankan Balai ini walaupun tahu musuh jauh lebih ramai jumlahnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dengan bantuan orang-orang kampung itu adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Mereka boleh menyelamatkan diri dengan menyerah diri kepada komunis tetapi terus mempertahankan hak yang jauh lebih mulia dari nyawa mereka, iaitu demi mengekalkan kebebasan dan menyelamatkan negara ini.


DAN PADA HARI YANG SAMA.....

RANG UNDANG-UNDANG KEBANGSAAN UNTUK JADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI DITERBITKAN
Tarikh Peristiwa : 23-02-1967

Bahasa memainkan peranan penting dalam menyatupadukan rakyat dalam sesebuah negara terutamanya bagi negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara.
Sebagai langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, maka pada hari ini 23.2.1967 Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan telah diterbitkan oleh Kerajaan dan akan berkuatkuasakan pada 1 September 1967. Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan itu mengandungi 8 Fasal dan akan diperdebatkan sekarang ini di Dewan Rakyat.

Fasal Pertama: Undang-undang Bahasa Kebangsaan ini akan berkuatkuasakan pada 1 September 1967 dan ianya tidak meliputi negeri-negeri Borneo.

Fasal Kedua: Bahasa Kebangsaan akan digunakan untuk urusan-urusan rasmi tetapi tertakluk kepada Fasal 152 Perlembagaan yang menentukan bahawa:

  1. seseorang itu tidak akan dilarang menggunakan atau mengajar serta belajar bahasa-bahasa lain kecuali untuk tujuan-tujuan rasmi.
  2. Kerajaan Federal atau Kerajaan-kerajaan Negeri berhak memelihara dan mengekalkan penggunaan dan pengajaran bahasa-bahasa masyarakat lain di Persekutuan.

Fasal Ketiga: membolehkan penggunaan secara lebih liberal bahasa-bahasa lain di Persekutuan setakat yang dikehendaki seperti sekarang ini.

  1. Undang-undang itu tidak menyentuh hak Kerajaan Federal atau Kerajaan-kerajaan negeri untuk menggunakan sebarang terjemahan naskah-naskah rasmi dalam bahasa sesuatu masyarakat lain di Persekutuan untuk maksud-maksud yang dianggap perlu demi kepentingan umum.
Fasal Keempat: Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk mengizinkan penggunaan terus Bahasa Inggeris untuk tujuan-tujuan rasmi yang dianggap perlu.

Fasal Kelima: Ahli Parlimen atau ahli Dewan Negeri boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan keizinan.

Fasal Keenam: Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris akan digunakan untuk perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam rang undang tersebut seperti pindaan undang-undang dll.Fasal Ketujuh: Peruntukan di Fasa 6 tidak menyentuh undang-undang yang telah dibuat sebelumnya kerana undang-undang lama belum diterjemahkan ke dalam Bahasa Kebangsaan.Fasal Kelapan: Semua urusan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Rendah akan dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan diharap akan berjaya memenuhi keinginan rakyat untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi yang tunggal.

SELAMAT MEMBACA, KERANA MEMBACA ADALAH SATU AMALAN YANG BAIK DAN MENIMBA BANYAK ILMU - IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Tuesday, February 22, 2011

Fatwa sesat PAS ikut sedap mulut

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama" - Datuk Seri Jamil



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mempersoalkan tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sedangkan sebelum ini parti itu berpendirian bahawa pemilihan wanita sebagai calon pilihan raya adalah tidak mengikut syariat Islam.

Katanya, sebelum ini PAS pernah menuduh UMNO sentiasa melakukan perkara tidak mengikut syariat Islam dengan memilih wanita sebagai calon setiap kali pilihan raya diadakan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pilihan raya kecil DUN Tenang, parti berkenaan memilih calon wanita atas alasan sebagai penghormatan kepada kaum hawa.

“Kenapa dulu mereka (PAS) cakap lain? Mereka juga cakap haram memilih calon BN dan saya perlu ingatkan mereka perlu bertanggungjawab terhadap tuduhan itu.

“Malaysia sudah aman damai dan ia hasil kesungguhan BN untuk memajukan negara ini dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Mini Karnival Islam di pekarangan Masjid Jamek Labis di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada parti pembangkang apabila adanya pilihan raya kecil, mereka mula menabur fitnah.

Jamil Khir berkata, isu agama menyentuh perasaan orang ramai dan PAS sendiri tidak pernah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Katanya, agama Islam tidak boleh `dijual beli’ atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama,” katanya.

Jamil Khir berkata, rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama adalah isu yang amat menyentuh perasaan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya memahami dalam suasana ketika ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah,” katanya.

Begitulah style PAS. Tak pernah konsistent bila membuat fatwa. Ikut sedap mulut mereka saja. Lagi pula fatwa yang mereka bawa adalah rekaan mereka sendiri. membodohkan umat Islam dan penyokong-penyokongnya sendiri.

Jom.....kita tolak PAS - IBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...