Tuesday, February 22, 2011

Fatwa sesat PAS ikut sedap mulut

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama" - Datuk Seri Jamil



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mempersoalkan tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sedangkan sebelum ini parti itu berpendirian bahawa pemilihan wanita sebagai calon pilihan raya adalah tidak mengikut syariat Islam.

Katanya, sebelum ini PAS pernah menuduh UMNO sentiasa melakukan perkara tidak mengikut syariat Islam dengan memilih wanita sebagai calon setiap kali pilihan raya diadakan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pilihan raya kecil DUN Tenang, parti berkenaan memilih calon wanita atas alasan sebagai penghormatan kepada kaum hawa.

“Kenapa dulu mereka (PAS) cakap lain? Mereka juga cakap haram memilih calon BN dan saya perlu ingatkan mereka perlu bertanggungjawab terhadap tuduhan itu.

“Malaysia sudah aman damai dan ia hasil kesungguhan BN untuk memajukan negara ini dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Mini Karnival Islam di pekarangan Masjid Jamek Labis di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada parti pembangkang apabila adanya pilihan raya kecil, mereka mula menabur fitnah.

Jamil Khir berkata, isu agama menyentuh perasaan orang ramai dan PAS sendiri tidak pernah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Katanya, agama Islam tidak boleh `dijual beli’ atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.

“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama,” katanya.

Jamil Khir berkata, rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama adalah isu yang amat menyentuh perasaan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya memahami dalam suasana ketika ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah,” katanya.

Begitulah style PAS. Tak pernah konsistent bila membuat fatwa. Ikut sedap mulut mereka saja. Lagi pula fatwa yang mereka bawa adalah rekaan mereka sendiri. membodohkan umat Islam dan penyokong-penyokongnya sendiri.

Jom.....kita tolak PAS - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...