Saturday, August 27, 2011

Mat Sabu @Mat Sabun Semakin Sewel, Hina Perjuang Negara

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Apa yang Mat Sabun merepek ni? Di bulan puasa ni pun masih lagi nak membuat dosa, memberi ceramah dan menidakkan jasa-jasa perjuang-pejuang negara. Jelas, Mat Sabu semangkin sewel, buta sejarah dan diri dia sendiri tidak layak jadi rakyat Malaysia sekirannya dia memutarkan belitkan sejarah tanah air.

Ikuti cerita dongeng Mat Sabu dalam ceramahnya yang terang-terang menghina pejuang negara........
Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

~ Malas nak komen banyak tentang si bahlol Mat Sabun ni. Biarkan dia berceramah, biarkan dia berbohong, biarkan dia maki hamun, silap hari bulan, dengan izin Allah s.w.t, tergigit lidahnya dan mampus. Kononya dialah manusia yang jujur, tak pernah berbohong. Piutt!!..Pemimpin-pemimpin Pas memang layak di gelar pemimpin 'Haram Jadah'. Geram, terlalu geram ni. - IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtyera kepada semua
27 OGOS
Masjid Negara Dalam Tahun 1960

HARI INI DALAM SEJARAH :

PERASMIAN MASJID NEGARA

Tarikh Peristiwa : 27.08.1965

Pada hari ini dalam tahun 1965, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan merasmikan pembukaan Masjid Negara. Turut hadir di upacara ini adalah Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan orang-orang kenamaan yang lain. Terletak di dalam kawasan seluas 13 ekar di Jalan Sultan Hishamuddin dan berhadapan dengan stesen keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur. Masjid yang dibina dengan kos sebanyak $10 juta ringgit hasil sumbangan kerajaan persekutuan dan negeri ini telah direkabentuk oleh Encik Baharuddin bin Abu Kassim, Arkitek Jabatan Kerja Raya. Upacara perletakan batu asas masjid telah diadakan pada 27 Februari 1963 oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong. Dalam titah ucapan perasmian ini, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berharap segala kebajikan, kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia akan terus berlipat ganda. Sesungguhnya, pembinaan masjid negara ini merupakan antara pengisian yang dapat dikecapi dalam sebuah
~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. MAAF LAMBAT BUAT POSTING KERANA MASALAH INTERNET. IKHLAS DARI : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Wanita Pemangkin Perpaduan - PM

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

SIAPA KATA WANITA TIDAK PENTING DI DALAM 'ARUS PEMBANGUNAN DAN PROSES TRANSFORMASI NEGARA?

Mari kita kongsi bersama akan apa yang di sarankan oleh PM kita tentang wanita.......

NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bergambar bersama replika cek untuk Program Pencegahan Jenayah, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (Sekata) pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan wanita di negara ini memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perpaduan serta rakan kongsi dalam proses transformasi negara.

Kata Perdana Menteri, fitrah wanita yang penuh dengan sifat keprihatinan, kesabaran, kelembutan dan penuh empati menjadikan mereka sebagai insan yang layak menjadi ejen perpaduan.

‘‘Kerana itu wanita perlu diberi ruang dan peluang yang besar termasuk dalam bidang ekonomi serta politik kerana sekiranya kita mahu menjadi sebuah negara maju, maka kita tidak boleh mengasingkan wanita sebagai modal insan,” katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berucap sempena Majlis "SAMBUTAN HARI WANITA KEBANGSAAN 2011 DI PWTC

Beliau berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib menambah, negara juga akan kehilangan 50 peratus daripada potensi kemajuan negara sekiranya wanita tidak diberikan peluang dan ruang yang adil untuk bergerak maju.

Sebab itu, kata beliau, dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam sektor korporat yang dilancarkan Jun lalu bukanlah satu kuota, sebaliknya mencerminkan hasrat kerajaan untuk melihat golongan itu turut cemerlang dalam sektor berkenaan.

‘‘Ia adalah sasaran yang boleh dicapai bukannya kerana kuota tetapi secara merit kerana wanita kita berkemampuan dan layak untuk berada di tahap itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan akan terus berusaha mencapai sasaran peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada 2015 berbanding 46.1 peratus ketika ini.

Tambah beliau, penyertaan wanita sebagai tenaga buruh yang lebih besar merupakan satu proses berperingkat yang akhirnya boleh dicapai.

~Proses transformasi terhadap wanita di era ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna. Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara. Syabas wanita!..terima kasih PM. Ikhlas Dari : IBM ~

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita umat Islam akan menyambut hari lambaran, Hari Raya AidilFitri. Semoga segala amalan puasa kita pada tahun ini dapat di terima oleh Allah s.w.t, insyallah. Jesteru itu, ramailah penghuni-penghuni kota yang akan berpusu-pusu untuk balik ke Kampung masing-masing. Maka lengganglah Kota ini, bak di serang oleh sang GERUDA.

Kepada rakan-rakan yang akan balik berhari- raya di kampung, sekiranya rakan-rakan semua memandu kenderaan sendiri, berhati-hatilah bila memandu, bila rasa mengantuk, berihatlah sebentar. Ingatkan orang yang tersayang bersama kita, jangan ada di antara ahli keluarga kita menanti dengan tangisan. Patuhilah papan tanda yang telah disediakan oleh pihak yang berwajib kurangkan kelajuan bila memandu, insyallah kita akan selamat. Pandu dengan cara yang berhemah, cermat, biar lambat asalkan selamat. Kampung kita tidak lari, mereka setia menanti kepulangan kita. Amin!

~ SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI SAMPAI KE HUJUNG RAMBUT, HALALKAN MAKAN DAN MINUM SEKIRANYA ADA, MOGA KITA BERJUMPA LAGI. IKHLAS DARI IBM & FAMILY ~

Friday, August 26, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

26 OGOS

~ HARI INI DALAM SEJARAH~

TUNKU ABD.RAHMAN DILANTIK PRESIDEN UMNO

TARIKH PERISTIWA : 26.08.1951

Pada hari ini 26.8.1951,UMNO telah melantik Yang Teramat Mulia Tunku Abd. Rahman sebagai Presiden Parti Umno yang ke 2 di Persidangan Agung ke 6 yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Polisi Dato' Onn mengenai undang-undang kerakyatan dan membuka keahlian UMNO kepada kaum asing telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO yang telah menimbulkan penentangan terhadapnya. Dato'Onn yang tetap dengan pendiriannya telah dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Presiden parti yang telah dipegangnya selama kira-kira 5 tahun. Keadaan cemas telah timbul di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk mencari ketua parti yang baru. Dalam suasana pergolakkan parti itu, Tunku Abdul Rahman Putra telah menawarkan dirinya untuk menjadi Yang DiPertua UMNO sambil menegaskan bahawa beliau sanggup meletakkan jawatannya sebagai Pendakwa Raya. Di perlantikan Presiden baru parti telah dibuat, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman telah ditentang oleh 2 orang tokoh lama yang terkenal di kalangan ahli-ahli UMNO iaitu En. C.M. Yusof dan Tuan Haji Ahmad Fuad. Akhirnya Tunku Abdul Rahman telah dipilih dengan mendapat 57 undi dari seramai 79 perwakilan UMNO yang hadir di persidangan itu. Di dalam ucapan yang pertama sebagai presiden parti Tunku telah berikrar akan bekerja untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu untuk orang-orang Melayu. Beliau menegaskan Tanah Melayu telah diambil oleh Inggeris dari tangan orang Melayu maka hendaklah diserahkan kembali ke tangan orang Melayu. Dalam menjalankan tugas di peringkat awal Tunku menghadapi banyak masalah terutama ramai ahli UMNO yang keluar parti mengikut Dato' Onn yang menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya atau IMP, di antaranya termasuklah Setiausaha Agung UMNO sendiri. Kemudianya menjalankan tindakan yang tegas dengan memecat ahli UMNO yang menjadi ahli parti IMP. Hasil tindakan Tunku ini, UMNO terus maju dan bertambah kuat. Perjuangan UMNO di atas Slogan Hidup Melayu telah bertukar kepada Merdeka. Perubahan ini memperlihatkan UMNO memasuki satu era baru. Di atas inisiatif UMNO Parti Perikatan telah dibentuk yang mengandungi UMNO, MCA, MIC. Pada mulanya Parti Perikatan ini telah berjaya dalam Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur, kejayaan ini membuka jalan bagi matlamat kemerdekaan Tanah Melayu. Maka tidak hairanlah Y.T.M. Tunku Abd. Rahman Putra telah diberi gelaran sebagai bapa kemerdekaan.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...