Saturday, September 24, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



PERLEMBAGAAN NEGERI SARAWAK DIISYTIHARKAN
TARIKH PERISTIWA : 24.09.1941

Keturunan Brooke telah memerintah Sarawak dari tahun 1841. Bermula dengan James Brooke yang dikenali dengan `Raja Putih’ yang pertama telah dianugerahkan gelaran tersebut di suatu perhimpunan Kuching, Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim wakil Sultan Brunei. Pada hari ini 24 September 1941 setelah genap 100 tahun pemerintah Raja Putih, satu perlembagaan Negeri Sarawak telah diisytiharkan oleh Vyner Brooke. Perlembagaan ini bukan sahaja memperlihatkan tujuan pemerintahan Brooke untuk membawa kemodenan dalam pentadbirannya, tetapi ia juga menjanjikan rakyat bumiputera ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat dan cita-cita Brooke itu termetri dalam Sembilan Prinsip Utama. Antara yang menarik dan penting ialah prinsip yang pertama, kelima dan kedelapan. Prinsip yang pertama menyatakan bahawa negeri Sarawak adalah warisan rakyatnya dan `Raja Putih’ hanya merupakan pihak yang diamanahkan untuk mentadbir negeri itu. Prinsip yang kelima memaktubkan bahawa kebebasan menyuarakan sesuatu sama ada dalam ucapan atau penulisan akan diberikan dan setiap orang digalakkan mengikut agama masing-masing. Prinsip kedelapan pula menjelaskan bahawa hasrat berkerajaan sendiri akan sentiasa diingati, rakyat Sarawak akan mentadbirkan negeri itu sendiri dan usaha-usaha akan dipercepatkan untuk mencapai matlamat tersebut dengan memberi tunjuk ajar mengenai tanggungjawab dan hak-hak kewarganegaraan. Di samping itu Perlembagaan ini juga menjelaskan peraturan dan kedudukan dewan perundangan, Council Negeri, Dewan Pelaksanaan, Supreme Council. Walaupun Council Negeri telah wujud sejak tahun 1867 lagi, namun badan perundangan ini tidak mempunyai satu peraturan yang bertulis. Perlembagaan ini juga mencatatkan perkara-perkara mengenai pengganti `Raja Putih’. Sekiranya tidak ada keturunan Brooke, maka hanya rakyat British dan rakyat bumiputera sahaja yang layak dilantik oleh Supreme Council sebagai pengganti `Raja Putih’. Perlembagaan Negeri Sarawak yang diisytiharkan pada hari ini dalam tahun 1941, merupakan dokumen yang amat menarik, tetapi kepentingannya tidak dapat dibuktikan oleh sejarah kerana Perang Dunia Kedua telah menamatkan pemerintahan `Raja Putih’ di Sarawak.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT BERISTERIHAT DIHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Friday, September 23, 2011

TPM Umum Ahli Jawatankuasa Terpilih, Pembangkang bila lagi?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA 


Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

 PUTRAJAYA,  Sept – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan nama lima Anggota Parlimen Barisan Nasional mewakili semua kaum terbesar bagi menganggotai Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji dan menambah baik sistem dan proses pilihan raya di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (wakil bagi Sabah dan Kadazan) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas tersebut.
Empat yang lain ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (wakil UMNO dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (wakil MIC dan India).
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Bekalan dan Harga di sini,  Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata senarai nama itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



Jawatankuasa itu dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
Ketika mengumumkan pembetukan jawatankuasa itu pada 15 Ogos lepas, Najib berkata ia akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Datuk Alexander Nanta Linggi 

Datuk Sri Mohd Radzi Shaikh Ahmad 

 Tan Sri Dr Fong Chan Onn
YB P. Kamalanathan

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


23 SEPTEMBER 

Pengkalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang (Gambar Hiasan) 


PEMBUKAAN PENGKALAN FERI DI PULAU PINANG
TARIKH PERISTIWA : 23.09.1959


Pada hari ini 23.9.1959, dua buah Pengkalan Feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. Perkhidmatan Feri merupakan projek pertama yang diberikan keutamaan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memandangkan betapa pentingnya perhubungan, terutamanya perdagangan ditingkatkan di antara Pulau itu dengan tanah besar.  Pada tahun 1957 perkhidmatan feri 'Pulau Pinang' mula dilancarkan iaitu feri penumpang dan pembawa kenderaan jenis besar di samping feri-feri lama.  Namun begitu perkhidmatan ketika itu masih lagi tidak dapat menampung keperluan orang ramai untuk perjalanan ulang-alik dari Pulau Pinang ke Butterworth dan sebaliknya. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mula menjalankan usaha memperbaiki perkhidmatan feri untuk memberi kemudahan kepada penumpang-penumpang dan kenderaan. Untuk tujuan tersebut pada awal tahun 1959 empat buah feri iaitu feri-feri Pulau Aman, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman telah memulakan perkhidmatannya. Dan pada hari ini dalam tahun 1959 dua buah pengkalan feri iaitu Pengkalan Raja Tun Uda dan Pengkalan Sultan Abdul Halim telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan sempurna.   Kedua-dua pengkalan tersebut memulakan perkhidmatannya pada 1 Oktober 1959. Dalam ucapan perasmiannya YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memaklumkan bahawa beliau menamakan pengkalan baru Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah untuk menghormati dan menghargai perkhidmatan beliau yang cemerlang di Pulau Pinang, manakala pengkalan baru di Butterworth dinamakan Pengkalan Sultan Abdul Halim adalah sempena mengambil nama Baginda Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah.  Dari segi sejarah, Pulau Pinang dan Seberang Perai pada asalnya, sebelum dirampas oleh penjajah Inggeris adalah hak dan jajahan Negeri Kedah dan dengan itu adalah kena pada haknya dinamakan pengkalan itu kepada nama Baginda Sultan. Sesungguhnya dengan pembukaan dua buah pengkalan tersebut pada hari ini dalam tahun 1959, diharap akan dapat meningkatkan lagi ekonomi dan perdagangan kedua-dua pengkalan tersebut di samping memberi kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sempurna kepada rakyat setempat khasnya dan negara amnya. 
BERJUMPA LAGI KITA DIDALAM SEKMEN HARI INI DALAM SEJARAH. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Anwar Perlukan Keajaiban Untuk Terus 'HIDUP'

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

Mengimbas kembali dari blog MyKMU.net........

 Kalau pada tahun 1998 dahulu, Anwar Ibrahim tidak langsung berhenti menyerang UMNO, Dr.Mahathir dan kerajaan, sehinggalah tercetusnya gerakan reformasi yang sebenarnya lebih kepada bersifat kacau-bilau dan mencetuskan kekalutan dalam negara dalam usahanya untuk mengelak daripada dibicarakan atas kes liwat.



Sekarang, keadaan sudah jadi terbalik. Anwar cuba mengenakan Najib Abdul Razak dan cuba menyeret Presiden UMNO itu ke dalam masalah ciptaannya sendiri. Namun, usahanya itu bukan sahaja kelihatan sia-sia, sebaliknya dia sendiri yang kelihatan sangat tertekan sehingga melakukan terlalu banyak kesilapan, khususnya reaksi yang ditunjukkan kepada wartawan dan petugas media.
Disebabkan itulah, para pemimpin PKR terpaksa meyakinkan diri mereka bahawa UMNO-BN sudah semakin tertekan kerana masih lagi gagal menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tujuan mereka mengeluarkan kenyataan seperti itu, bukanlah kerana UMNO-BN benar-benar telah gagal kerana UMNO-BN tidak terlibat langsung dengan masalah Anwar Ibrahim, sebaliknya kerana tenggelam punca Anwar Ibrahim dan para pemimpin PKR sendiri yang kehilangan jawapan untuk semua persoalan yang sedang melandanya.
Ancaman terbaru daripada Shazryl Eskay untuk membuat pendedahan yang lebih besar dan lebih gempak, menyebabkan para pemimpin PKR, khususnya Anwar Ibrahim semakin resah. Selepas semua persoalan bermula dari liwat Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dijawab, sehinggalah kepada DNA, jam tangan Omega, video lucah China Doll dan terbaru sekali, mubahalah, Anwar kelihatan sangat kelam-kabut.
Taktiknya melakukan serangan tanpa henti, kini telah memakan diri. Sebaliknya taktik yang sama, terpaksa dihadapinya sekarang. Anwar langsung tidak diberikan ruang untuk berehat dan menjawab semua persoalan yang ditimbulkan.

Anehnya, penyerang-penyerang Anwar Ibrahim bukanlah figur-figur penting di dalam UMNO. Anwar Ibrahim sebaliknya diserang oleh bekas rakan-rakan rapatnya dan bekas sekutunya di dalam UMNO yang telah ditikam dari belakang oleh dia sendiri seperti Abdul Rahim Thamby Chik.

Di Sungai Buloh, tempat yang sesuai bagi Anwar

 Biarpun sehingga kini Anwar masih mampu berlakon kononnya dia tidak terjejas langsung dengan serangan demi serangan yang diterimanya, namun ramai yang dapat melihat bagaimana Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan sesiapa sahaja dan apa-apa sahaja untuk menyelamatkan diri.



Terbaru, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan Abdul Hadi Awang yang pernah menjadi musuh ketatnya. Suara Abdul Hadi Awang sekalipun tidaklah semujarab mana, setidak-tidaknya mampu memberikan sedikit ketenangan kepada Anwar Ibrahim terutama dalam usahanya meraih sokongan daripada ahli-ahli PAS.
Bagaimanapun, Anwar terlalu memerlukan keajaiban untuk terus hidup dalam politik negara. Apa yang berlaku sekarang, langsung tidak memberikan kebaikan kepada Anwar Ibrahim. Kalaupun Abdul Hadi Awang membantunya dengan mengeluarkan kenyataan yang berunsur agama, pertolongan tersebut hanyalah bersifat sementara. Sedangkan Anwar memerlukan lebih daripada pertolongan sementara untuk terus relevan dengan dunia politik negara.
Buat masa ini, Anwar Ibrahim melepaskan semua peluang terbaik untuknya mendapatkan keajaiban yang diperlukan. Anwar Ibrahim gagal menyerahkan DNA. Anwar Ibrahim gagal membuktikan kewujudan jam tangan Omega. Anwar Ibrahim gagal bersumpah. Anwar Ibrahim bermain lidah biawak tentang mubahalah. Anwar Ibrahim sentiasa kaitkan Najib Abdul Razak dalam semua masalahnya.
Dan yang terlebih penting, Anwar Ibrahim masih gagal menjelaskan ke mana dia menghilang dalam tempoh dua jam ketika video lucah yang dikaitkan dengannya dirakamkan.

Nasib le ko nuar. Itu yang ko cari. Kau telah banyak menyusahkan rakyat, maka tanggunglah sendiri. Ko yang syok, kenapa orang lain pulak yang jadi mangsanya?..memang patut ko digelar 'Dajjal'. Bukan reka cerita, tapi ini semua realiti, terimalah padahnya wahai Anwar. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Thursday, September 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


22 SEPTEMBER 
HARI INI DALAM SEJARAH KEMBALI LAGI....


YAB TUN ABDUL RAZAK DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI
TARIKH PERISTIWA : 22.09.1970



Pada hari ini 22.9.1970, YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein telah dilantik dengan rasminya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.  Upacara perlantikan telah dilangsungkan dalam satu majlis ringkas di Istana Negara di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muazam Shah.  YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga turut hadir di upacara tersebut. Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri berikutan persaraan YTM Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri. Beliau dipilih berdasarkan kebolehan, kesungguhan dan pengalaman yang ada pada beliau dalam semua bidang serta diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sewaktu beliau menuntut di London dan bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu United Kingdom dan Malayan Forum. Beliau memasuki parti UMNO pada tahun 1950 dan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pemuda, kemudiannya dalam tahun 1951 dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua UMNO. Pada tahun 1955 beliau memenangi pilihanraya Persekutuan dan dilantik menjadi Menteri Pelajaran.  Beliau dipilih sebagai salah seorang anggota rombongan Merdeka ke London pada tahun 1956. Selepas negara mencapai kemerdekaan, beliau dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.  Semasa kejadian 13 Mei 1969 beliau dilantik sebgai Pengarah Gerakan, Majlis Gerakan Negara. Selepas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, pada 23 September 1970, Tun Abdul Razak mengumumkan kabinet barunya.
SELAMAT MEMBACA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...