Tuesday, December 27, 2011

AMARAN!!! Jangan Ke Kelantan, Tak Selamat!!!


SESIAPA yang hendak ke pantai berkelah bersama-sama keluarga, fikirlah dua tiga kali dulu. Di laporkan ia tidak lagi selamat. Betul ni. Ini bukan cerita dongeng.

Kalau tak percaya tanya Majlis Keselamatan Negara (MKN). Depa nasihatkan penduduk di sepanjang pantai negeri kelantan, dan juga para pelancung, baik dalam dan luar negara akan bahawa ancaman ombak besar yang dijangka berlaku Khamis ini. Hari ini Selasa, dua hari je lagi. Tak kan le tak boleh tunggu. 

Menurut sumber terdekat, orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan pantai untuk berkelah atau berjalan-jalan kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini ekoran daripada fenomana air pasang besar itu. Elok beno le korang dego nasihat dari pihak yang berwajib. Kalau apa-apa terjadi siapa yang susah?, diri sendiri juga,kan.?

Orang ramai juga di  nasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan 'gigi air' di pantai kerana ombak besar atau fenomena 'ekor naga' boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau mahu berkelah boleh, tetapi jangan mandi atau menghampiri pantai. Bercerita pasal 'ekor naga' ni, IBM pernah dengar ceritanya, tapi, tak pasti yang macamana di katakan ekor naga. Boleh libas orang ke?..hehehe...Wallahwa'lam.

Apapun IBM nak ingatkan semua. Sekolah tak lama lagi akan dibuka. Janganlah cari pasal, dengarlah nasihat atau amaran tu. Peka le sikit dan ambik serius sikit. Kalau jadi apa-apa pada keluarga kita, terutamanya penduduk-penduduk tempatan, siapa yang susah. Kalau cedera, patah riuk, masuk hospital, kan susah tu. Menteri Beso korang orang, Pok Nik mana ada masa nak lawat korang kat Hospital, dia sendiri pun ada kat Hospital, tenat.

Serius ni, no joke. Demi keselamatan semua, jangan le hampiri pantai, bawa le keluarga cuti-cuti Malaysia di tempat lain. Ikhlas dari saya. 


JANGAN ADA YANG MENANTI DENGAN TANGISAN. BETUL, MALANG TAK BERBAU, TAPI BOLEH DIHINDARKAN SEKIRANYA KITA BERWASPADA.

Kempen 901!!! Sah Anwar Sudah Yakin Diputuskan Bersalah!!!



Walaupun Anwar Ibrahim pada 15 Disember lalu begitu yakin bahawa hakim akan memutuskan beliau tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 9 Jan ini, namun tindakan Ketua Umum PKR itu membuktikan sebaliknya.
Inilah yang yang dikatakan dissociative identity disorder (DID) yakni tidak sama antara apa yang diucap dengan apa yang dilakukan.
Dari keghairahan mengatur perjumpaan bersama anak muda termasuk di kediaman peribadinya,Bukit Segambut,hingga melangkah ke gereja Full Gospel Tabernacle,Subang Jaya untuk meraikanChristmas hi-tea anjuran National Evangelical Christian Fellowship (NECF),24 Dis semuanya menjurus ke arah itu.Difahamkan, perancangan seterusnya, pada 28 Dis ini, jam 11 pagi, bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur akan diadakan majlis pelancaran Program Bebaskan Anwar 901.
Blogger Angin Perubahan berpendapat jika Anwar sudah menggerakkan program seumpama itu bermakna beliau sudah yakin akan didapati bersalah.
“Maknanya Anwar sudah yakin bahawa dia akan masuk ke penjara. Maknanya Anwar sudah yakin dirinya juga sudah bersalah dan tidak mampu lagi membela dirinya sendiri. Peguam kesayangan Anwar pun sudah mengakui bahawa memang wujud hubungan liwat tersebut tetapi secara suka sama suka.Rakyat sudah celik. Mereka bukan lagi percaya bulat-bulat dengan apa yang Anwar perkatakan. Mereka sudah tahu mana yang separuh benar, mana yang salah dan mana yang putar belit Anwar sendiri.
Kalau begitu, mahkamah di negara ini tidak boleh dianggap adil kalau menjatuhkan hukuman kepada Anwar ??? Hanya adil kalau menjatuhkan hukuman kepada pemimpin UMNO sahaja. Begitukah tafsiran keadilan mahkamah bagi pembangkang ??? Dangkal dan terlalu berat sebelah tafsiran itu”, kata blogger itu.
SUMBER : BADUT RAKYAT. TERIMA KASIH.
NEGARA AMAN TANPA PELIWAT. PAKATAN REPUT AKAN LUMPUH TANPA ANWAR.
TOLAK PAKATAN RAKYAT KERANA MENYUSAHKAN RAKYAT.


Monday, December 26, 2011

PAS Sokong Kristian. Rupa-rupanya Mereka serupa. HAMPEHHHHH!!

BIASA LE PAS. Siapa tak kenal Pas. Benda yang tak ada kaitan dan kena-mengena dengan depa pun mereka nak menyibuk. Tak habis-habis menyibuk. Dah tak ada kerja lain depa ni. IBM nak tanya le sikit, Pas ni betui beno ke, warak bebeno ke?. Yang Pas nak menyibuk dan kutuk serangan ke atas gereja dan masyarakat Kristian di Nigeria tu kenapa?.
Apa kaitan Pas dengan kristian?

Patut le semasa isu hangat apabila JAIS menyerbu ke atas sebuah Gereja di Damansara utama baru-baru ni, Pas le yang melenting kerana penglibatan salah seorang pemimpinnya. Semua orang tahu siapa pemimpin Pas tu. Hebat orangnya. Bermacam-macam kecaman yang dilamparkan Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor terhadap JAIS yang menjalankan tugas mereka setelah mendapat maklumat orang ramai bahawa beberapa orang umat Islam akan di kristiankan.

Orang yang paling melenting ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor III, Khalid Samad atau dikenali dengan 'Khalid Gereja'. Katanya tindakan seumpama itu adalah tidak wajar dan yang bertanggungjawab mesti jelaskan kepada Pas pusat. Katanya lagi, Pas sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa rumah-rumah ibadat dari pelbagai agama adalah perlu dihormati. Itulah cakap-cakap orang gereja seperti Khalid Gereja ni. 

Yang paling syoknya tu, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim atau di kenali dengan si Khalid 'gagap' terus menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho, memohon maaf, menyembah dan merasa kesal dengan insiden seumpama itu. Apa le punya banggangnya Menteri Besar Selangor seko ni. Mana maruah orang Islam, terutamanya JAIS yang menjalankan tugasa harian mereka. Kenapa harus di pertikaikan tugas mereka? Isu gereja DUMC ni IBM rasa masih belum selesai. Pihak-pihak Kristian masih lagi belum berpuas hati.

Bila di kenang, di ingat perangai orang-orang Pas ni, itulah sebabnya bangsa-bangsa lain tidak lagi menghormati dan memperlekehkan agama kita, agama Islam. Pas sebenonya tidak bersungguh memperjuangkan agama Islam, tapi melebihi politik dari segala-galanya. Oleh itu, pemimpin-pemimpin  Pas janganlah keruhkan lagi keadaan, jangan le nak cuba-cuba nak jadi hero. Masalah dalaman parti kamu pun 'berserabut' sejak kebelakang ni, jangan le pulak nak menyebuk hal negara orang. 

Biarkanlah Kristian di Nigeria dengan masalah mereka. Sepatutnya korang membantu kerajaan ataupun JAIS bagi membenteras masalah ramai umat Islam yang telah di kristian oleh orang-orng kristian. IBM pun rasa hairan, kenapakah Kristian menganggu dan menjadikan umat Islam sebagai 'target' mereka untuk menjadi penganut mereka?..kenapa tidak bangsa lain. Mereka berkempen rumah ke rumah bagi usaha mengkristian umat Islam. Pas ada sedo ke akan hal ini?. Oleh itu, sedarlah sikit. kenapa le korang nak sibuk-sibuk tentang kristian di Nigeria tu, apa yang korang dapat?, seperti kata perpatah, 'kuman di seberang lautan  nampak. gajah di  pelupuk mata tak nampak', ops, sengaja buat tak nampak kot. Kan Pas banyak helahnya. HAMPEHHHHH le korang ni. Pas memang HAMPEHHHHH!!!.

BENARKAH PAS PARTI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM? JAWAPANYA DI TANGAN ANDA SEMUA.






HARI INI DALAM SEJARAH

 26 DISEMBER

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA. SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA - IBM

YM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ DISAHKAN PERLANTIKAN SEBAGAI SETIAUSAHA AGONG SEKRETARIAT ISLAM YANG PERTAMA

Pada hari ini 26.12.1970, YM Tunku Abdul Rahman bekas Perdana Menteri Malaysia telah disahkan perlantikan sebagai Setiausaha Agung pertama bagi Sekretariat Islam.  Pengesahan perlantikan tersebut telah dibuat dalam Persidangan Menteri-menteri Luar Negara-negara Islam di Karachi, Pakistan. Persidangan tersebut yang berlangsung selama tiga hari telah dibuka oleh Presiden Jeneral Asha Mohammed Yahya Khan. Sebanyak 23 buah negara Islam menghadiri persidangan ini yang akan membincangkan perkara-perkara yang telah disusun dalam sidang di Jeddah pada bulan Mac yang lalu. Menurut peraturan-peraturan yang dibuat, Setiausaha Agung yang dilantik akan berkhidmat dalam tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula sekali sahaja. Setiausaha Agung juga akan mempunyai kedudukan sebagai kakitangan awam antarabangsa di kalangan negara-negara anggota. Setiausaha Agung yang dilantik mestilah tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh sebarang tekanan politik dari negara-negara anggota.  Beliau juga mestilah bersikap bebas dalam membuat keputusan-keputusan mengenai masalah-masalah pentadbiran dan kewangan Sekretariat. Persidangan Menteri-menteri Luar Negara-negara Islam yang berlangsung ini akan membincangkan beberapa agenda penting yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan Islam. Sidang ini juga diharap dapat menyelaraskan kegiatan-kegiatan dan keperluan-keperluan negara-negara Islam sesuai dengan perkembangan dunia. Di antara perkara-perkara yang termasuk dalam agenda ialah krisis Timur Tengah, rumusan damai Rogers, cadangan Pakistan supaya ditubuhkan Bank Perdagangan dan Pembangunan Islam dan cadangan Malaysia supaya ditubuhkan sebuah agensi berita bersama di kalangan negara-negara anggota. YM Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya menyatakan bahawa banyak perkara yang dapat dicapai oleh negara-negara Islam sekiranya negara-negara Islam dapat bersatu serta jujur dalam menyelesaikan masalah-masalah secara kolektif. Perlantikan YM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Setiausaha Agung yang pertama bagi Sekretariat Islam pada hari ini dalam tahun 1970 sesungguhnya memberi penghormatan yang tinggi kepada Malaysia walaupun negara ini sebuah negara Islam yang kecil.
[SUMBER : ARKIB NEGARA.COM]

Banjir Di Rompin Kian Buruk..



KUANTAN: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah blagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.
Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya nketika dihubungi di sini.
Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.
- Bernama
P/S : Kepada Ibubapa, sentiasa perhatikan gerak-geri anak-anak. Jangan biarkan mereka bermain dengan air banjir bersendirian. Dan, sentiasa mengikut arahan dari pihak yang berwajib sekiranya di minta pindah, pindah le, jangan degil, juga pastikan dokumen-dokumen yang penting-penting di simpan di temnpat yang selamat. ikhlas dari saya - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...