Monday, December 26, 2011

Banjir Di Rompin Kian Buruk..



KUANTAN: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah blagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.
Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya nketika dihubungi di sini.
Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.
- Bernama
P/S : Kepada Ibubapa, sentiasa perhatikan gerak-geri anak-anak. Jangan biarkan mereka bermain dengan air banjir bersendirian. Dan, sentiasa mengikut arahan dari pihak yang berwajib sekiranya di minta pindah, pindah le, jangan degil, juga pastikan dokumen-dokumen yang penting-penting di simpan di temnpat yang selamat. ikhlas dari saya - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...