Saturday, May 26, 2012

Ceramah Anwar, Ummi Bertukar Kecoh

Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah 'Ganyang Petualang Negara' yang diadakan di Kuarters DBKL Pantai Permai, Kuala Lumpur, malam semalam.
Dik kerana PANAS, PANAS, sesi ceramah antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali yang dibuat sebelah menyebelah di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, di Pantai Dalam malam tadi bertukar kecoh. Memang panas pun. Sahut menyahut dari kedua-dua penyokong. 


Akibatnya, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun Anwar seperti biasa pantas menuduh Pergerakan Pemuda UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai bertanggungjawab atas insiden itu. Memang dah diduga. Apabila keadaan seperti itu berlaku, pembangkang seperti si Anwar ni akan menyalahkan UMNO, tiada lain yang dituduh melainkan UMNO.

Itulah modal pembangkang. Maklumlah PRU ke-13 dah hampir tiba. Jadi, pembangkang nak tunjuk 'terer' bahawa depa je yang betui, kerajaan semua salah. Dah le tu Anwar. Tak usah nak temberang lagi le. Rakyat dah tahu siapa ko sebenarnya. Manusia yang dikatakan tiada 'wajah', sentiasa berubah-ubah sebiji macam 'sesumpah'. Tak lama lagi kena makan sumpah le  tu. ~ IBM.

Terima kasih Utusan Malaysia Online.

DAN.....TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

Friday, May 25, 2012

Rakyat Menanti Dan Menanti Tarikh PRU-13??


RAMAI yang bertanya, bila pilihanraya ye?. Maka bermacam-macam cerita yang boleh kita dengar. Ada yang kata bulan Jun..Julai dan ada pulak yang kata lepas raya. Teka-lah, dan bermainlah dengan teka-teki. Masanya akan tiba juga.




Dan, majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahu daftar pemilih, yang menjadi pertikaian pembangkang, bersih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.
Kenyataan dari media Merdeka Center bahawa seramai 92 peratus mahu daftar pemilih dibersihkan. Itu mengikut kajian mereka. Tapi, apa yang difahamkan, SPR telah menjalankan tugas mereka dengan penuh teliti dan sedang diperbaiki dari masa kemasa. Oleh itu , kenapa sesetengah pihak terutamnya pembangkang masih was-was dan ragu terhadap SPR?. Apa lagi sebenarnya yang mereka nak?. 
Begitu juga dengan kenyataan dari Merdeka Center kononnya penemuan itu juga mendapati bahawa hanya 44 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah bebas daripada unsur-unsur salah guna dan kepincangan manakala 49 peratus responden tidak yakin sama sekali. IBM nak tanya, apa betul ke pekiraan mereka tu, atau saja nak jadi 'batu api' supaya SPR tertekan dan ditekan oleh pihak pembangkang.
Cukup le tu. Jangan nak cari salah orang. SPR telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan sekali. Ini adalah PRU yang ke-13. Bagaimana yang lepas-lepas?....kenapa sekarang baru di pertikai?. Inilah soalan yang timbul di kepala semua pencinta 'politik'. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Apapun, kita BN telah bersedia bila-bila masa. Kita orang tak gentar dan tak kisah bila PRU ke-13 akan diadakan kerana rakyat akan sentiasa bersama BN. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Memang Sah!!!.. Nik Aziz Lidah 'Bercabang'...!!


MEMANG dari dulu lagi IBM tak percaya pada manusia yang bernama Nik Aziz Nik Mat ni. Walaupun kononnya dia ni bertaraf atau bergelar 'ulama', tapi itu hanya gelaran yang diberi oleh pengikut-pengikut setianya yang bodoh tahap 'Pak Pandir'. Setiap apa yang si ulama tua bodoh ni cakap, hanya satu dari sepuloh saja yang boleh dipakai. Yang lainnya semuanya bohong dan dusta. Memang lidahnya Nik Aziz ni bercabang macam ular ataupun biawak dan yang sewaktunya.

Dia yang memulakan untuk 'bermuzakarah' dan dari dia jugalah mengajak Umno untuk duduk semeja demi untuk menyatukan orang-orang melayu Pas dan Umno, tapi, akhirnya memutuskan untuk tidak bermuzakarah dengan Umno. Apa punya perangai si tua seko ni. IBM masih ingat lagi pada posting di blog ini yang mana IBM harap apa yang dikatakan oleh Nik Aziz ni akan menjadi kenyataan, dan harap beliau (Nik Aziz) tidak buat 'U' turn. Tapi....ianya benar-benar berlaku. HAMPEHH betui si tua keparat ni. 

Memang hasrat Nik itu ditentang oleh kepimpinan  Pas dan mereka tidak bersetuju dengan kenyataan dan hasrat Nik Aziz untuk bermuzakarah dengan Umno. Di satu kenyataan pulak, Nik Aziz menjawab, walaupun pucuk kepimpinan tertinggi Pas, khususnya, Presiden Pas, Hj Hadi Awang, namun Nik Aziz dengan tegas mengatakan beliau tetap akan mengadakan Muzakarah tersebut. Memang IBM salute habis apa yang Nik Aziz cakapkan itu. Dalam hati IBM, memang serius kali ini orang tu ni.

Tapi.....sangkaan IBM meleset. Hari ini dia buat perangai lamanya. Biasalah, beliau dengan 'U' turnnya. Apa katanya?...."Tak usah, tak usahlah. Kita berjemaah ni kena turut tok Iman,". Anda semua tahu apa maksudnya ayat Nik Aziz tersebut?....tak payahlah IBM nak terangkan kerana IBM percaya anda semua faham apa maksud si tua bangkat tu. Dasar Pas macam tu le dan memang 'lidah bercabang'. Oleh itu, IBM cuma nak ingatkan kepada pemimpin-pemimpin atas Umno. Janganlah percaya lagi janji-janji orang Pas yang terlalu sombong dan meninggikan diri, kononnya diaorang dari golongan yang di rahmati oleh allah dan merekalah ahli syurga allah. 

Lupakan saja untuk bermuzakarah dan duduk semeja dengan Pas. Tumpukan kepada pilihanraya umum yang akan datang. Pastikan kita Barisan Nasional (BN) kekal memerintah. Rakyat sudah menampakkan bahawa mereka akan terus menyokong kita. Teruskan 'momentum' dan 'transformasi' yang dilhamkan oleh Perdana Menteri kita. Insyallah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

'Malapetaka' Menunggu Jika Anwar Jadi PM!!



NEGARA akan dilanda malapetaka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri. Begitulah pandangan sesetengah ahli-ahli politik tanah air, dan ramai lagi termasuk beberapa orang penulis dari luar negara, malah rakyat negara ini sendiri menyuarakan rasa bimbangnya sekirannya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri. Jahanam negara, kata mereka.

Perkara yang serupa disuarakan oleh beberapa pertubuhan NGO termasuk  Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), bahawa pembangkang bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah republik. Tapi....mereka terpaksa melakukannya dengan meminda Perlembagaan Persekrtuan. Itu pun kalau Pakatan menang di PRU ke-13 nanti. IBM rasa, tidak kot, kerana tuhan masih sayangkan Barisana Nasional (BN).

Apa yang IBM tahu, mungkin juga anda semua tahu, kemungkinan besar perkara-perkara yang berkaitan dengan 'institusi diraja' dan hak-hak istimewa Melayu serta bumiputera akan dipinda. Dan..sekiranya pindaan itu diluluskan, negara kita ini akhirnya akan dikuasi oleh golongan 'cauvinis' yang diketuai oleh DAPig. Bahaya..memang bahaya kedudukan kita orang-orang melayu sekiranya pembangkang mentadbir negara dan Anwar jadi Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, perkara itu bukan mudah buat Anwar untuk mencapainya. Beliau terpaksa menghadapi laluan yang berduri dan akan ditentang habis-habisan oleh rakyat yang sayangkan kerajaan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak. Kita semua tahu siapa Anwar sebenanya. Beliau seorang 'politisian' yang banyak bermasalah. Dari segi moral dan....banyak lagilah....tak payah nak diterangkan satu-persatu. Anda semua pun lebih arif tentang sifat Anwar. IBM nak tanya, layakkah Anwar jadi Perdana Menteri yang seterusnya?. Tepuk dada tanya selera. Dan..nasihat IBM kepada semua, jangan ulangi kesilapan yang lampau kerana memilih pakatan. Ubah minda anda, insyallah negara kita akan aman, rakyat sejahtera. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, May 24, 2012

Agak-Agak Berapa Kelab Portugal Bayar Pada Nazmi??



SEMBANG-SEMBANG BOLA.....



KINI timbul teka-teka berapa gaji bakal diterima Mohd Nazmi Faiz Mansor apabila mewakili kelab Portugal, SC Biera-Mar tidak lama lagi. Menurut ejen pemain berkenaan, Marco Guimaraes gaji bakal ditawarkan kepada tonggak skuad Harimau Muda itu lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara. “Terpulang kepada pemain anda untuk mendedahkan jumlahnya,” kata ejen itu yang enggan mendedahkan jumlah berkenaan ketika ditemui di Budapest, semalam.

Bagi IBM yang penting ialah supaya Nazmi dapat menimba sebanyak ilmu (bolasepak) yang boleh dan tunjukan skill yang ada. Buktikan yang pemain-pemain Asia boleh bermain dan bersaingan di Eropah. Gaji tu memanglah penting, tapi apabila pemainan kita itu mendapat pujian dan dapat membantu pasukan untuk meraih kemenangan, lambat laun 'majikan' kita tahu apa nak buat.


Itulah yang perlu Nazmi buktikan. Buat masa ini, terima ajelah apa yang ada, asalkan ada gaji dan boleh makan, bersyukurlah. Apapun, kami rakyat jelata, terutamanya peminat-peminat bolasepak tanah air merasa bangga kerana Nazmi telah berjaya membolos pintu bolasepak Eropah. IBM percaya Nazmi boleh pergi jauh, kerana kita semua yakin Nazmi boleh dan Malaysia boleh. ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...