Thursday, May 24, 2012

Agak-Agak Berapa Kelab Portugal Bayar Pada Nazmi??



SEMBANG-SEMBANG BOLA.....



KINI timbul teka-teka berapa gaji bakal diterima Mohd Nazmi Faiz Mansor apabila mewakili kelab Portugal, SC Biera-Mar tidak lama lagi. Menurut ejen pemain berkenaan, Marco Guimaraes gaji bakal ditawarkan kepada tonggak skuad Harimau Muda itu lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara. “Terpulang kepada pemain anda untuk mendedahkan jumlahnya,” kata ejen itu yang enggan mendedahkan jumlah berkenaan ketika ditemui di Budapest, semalam.

Bagi IBM yang penting ialah supaya Nazmi dapat menimba sebanyak ilmu (bolasepak) yang boleh dan tunjukan skill yang ada. Buktikan yang pemain-pemain Asia boleh bermain dan bersaingan di Eropah. Gaji tu memanglah penting, tapi apabila pemainan kita itu mendapat pujian dan dapat membantu pasukan untuk meraih kemenangan, lambat laun 'majikan' kita tahu apa nak buat.


Itulah yang perlu Nazmi buktikan. Buat masa ini, terima ajelah apa yang ada, asalkan ada gaji dan boleh makan, bersyukurlah. Apapun, kami rakyat jelata, terutamanya peminat-peminat bolasepak tanah air merasa bangga kerana Nazmi telah berjaya membolos pintu bolasepak Eropah. IBM percaya Nazmi boleh pergi jauh, kerana kita semua yakin Nazmi boleh dan Malaysia boleh. ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Aset berharga negara... jgn dinilai dari jumlah bayaran yg diterima.. itu tidak penting buat masa ini.. biarkan dia menapak dgn bakatnya...

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Long,

    Betul tu. IBM setuju dgn pandangan Pak Long. Biarkan dia betul2 menyerlah dan menimba seberapa byk ilmu bola di sana, dan....citer bayaran tu tolak tepi dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...