Monday, February 25, 2013

PAS DENGKI DENGAN BANTUAN YANG DIBERI KERAJAAN BN!!




"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia" - Ucapan Tok Guru Nik Aziz

Mungkin bagi dia cara Islam hanya duduk berceramah sambil meminta derma saja kot. Sedangkan  kos dana yang disumbangkan Kerajaan Pusat dalam membantu masalah air di Kelantan dengan berjumlah sebanyak RM 600 juta juga tidak mampu diselesaikan.

Cakap je lebih PAS ni.
Begitulah ucapan  seorang yang digelar Ulama' PAS ketika mengulas mengenai bantuan yang diberikan kerajaan. Sedarkah kita sebelum ini Nik Aziz mengatakan  Bajet 2013 tidak membawa manusia takwa kepada Allah.


PRU 13, TUKAR!


Mungkin bagi dia, BAJET 2013 ini yang sekurang-kurangnya membantu meringankan beban tidak membawa takwa kepada Akhirat. Mungkin cara membawa takwa kepada akhirat hanya dengan berceramah siang malam sambil mintak DERMA. To me, PAS IS DEAD. RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM

HAKIKATNYA MEMANG BETUI PAS DENGKI DENGAN APA YANG KERAJAAN BN BUAT. KALDAI SEPERTI AKU NI PUN DIORANG DENGKI SEBAB AKU TAK MALAS LAGI MACAM DEPA.  KEH..KEH..KEH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PERBEZAAN ANWAR DAN NAJIB PADA KACA MATA ISRAEL

BAHAYANYA ANWAR TERHADAP AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. PENGKHIANAT  NO 1 NEGARA
 
Anda boleh lihat sendiri perbezaan yang begitu ketara antara Anwar dan Najib di kaca mata Israel. Anwar di angkat dan dijulang tinggi oleh Israel sebagai pemimpin hebat manakala Najib diburuk-burukkan dan direndahkan darjatnya. Sejauh mana atau sedalam manapun Anwar cuba menutup hubungannya dengan Israel, kebenaran pasti terserlah juga. Masih ingatkah anda dengan kata-kata Tun Dr Mahathir yang amat dibenci oleh Israel.



ISREAL MENGUASAI DUNIA MELALUI PROKSI
Proksi Israel di Malaysia tidak lain dan tidak bukan.......Anda sendiri dapat menekanya...fikir-fikirkanlah.....dan.....RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PENCEROBOH DI HANTAR PULANG. RANCANGAN ANWAR GAGAL!!



[KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan. "Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya. Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama]
P/S : IBM pasti dengan pengunduran dan di hantar pulang pasukan bersenjata yang menceroboh Lahat Datu pada 12 Februari lalu, sedikit sebanyak menjejaskan rancangan Anwar untuk membuat huru-hara semasa pilihan raya umum-13 (PRU ke-12) nanti. Itulah yang dilaporkan oleh Media Filipina tentang perlibatan Anwar di dalam isu ini. Tak semesti apa yang kamu rancangkan akan menjadi wahai Anwar, pengkhianat bangsa, agama dan tanah air. Tuhan itu maha adil. 

Pemimpin macam Anwar ni kah yang benar-benar layak untuk memimpin negara dan menjadi Perdana Menteri??. Jangan ulangi lagi kesilapan kita pada PRU 2008. Amat menyeksakan. RENUNG-RENUNGKAHLAH ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

KENAPA HARAM MENYOKONG DAP?? (WAJIB BACA)


Contohi Rasulullah SAW yang sentiasa memelihara lisannya walaupun terhadap musuh yang menentang dakwahnya.

Islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim.Ini kerana kerja-kerja mencarut, memaki, dan mencaci adalah kegiatan dan perbuatan syaitan.Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.

 Oleh hal yang demikian itu, ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.” Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. 

Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.” Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam. Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie mempersendakan Rasulullah s.a.w dan ayat-ayat Allah sebagai ‘surah syaitan’. 

Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista.Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya. Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik. 

Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.Sebaliknya, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.” Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. 

Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.Abu Hurairah r.a berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhammad s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.” Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan “semoga Allah s.w.t menghinamu!” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.”Daripada Abu Darda r.a. katanya: “Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: 

Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.”Begitulah citra peribadi Rasulullah s.a.w, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan.

 Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan, iaitu berlebih-lebihan atau bersikap lalai.Allah berfirman yang bermaksud:“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)Dalam masyarakat Islam, tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu.

 Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.Seseorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat.


 Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang mengheret kepada perbuatan dosa.Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)Dalam ayat ini, Allah s.w.t mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki. Sesungguhnya Allah s.w.t itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup. 

Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (An-Nahl: 25)Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam.Mohonlah perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.

Wallahu’alam. 

P/S : Jika anda menyokong PAS seolah-olah anda juga menyokong pepercahan umat Islam sekaligus membolehkan parti DAP menjadi sebagai parti yang mampu boleh membuat keputusan. Ingailah wahai umat Islam PRU13 adalah merupakan PRU terakhir bagi umat Islam jika kita memilih PAS & PKR sebagai pilihan kita. RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM

Sumber : [YADIM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Sunday, February 24, 2013

MUFTI PERAK BALUN POK NICKY KAW-KAW.....PADAN MUKA!!


ITULAH, kalau mulut  tu terlalu celupar, laser. bila kena hemtam balik janganlah pulak melenting. Itulah yang terjadi pada 'ulama' ulung PAShit, Pok Nicky yang kena hentam kaw-kaw oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Bagi IBM, ianya jelas menunjukkan bahawa pemimpin Pas ni bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, bukan merupakan seorang ulama, juga bukan merupakan seorang Tok Guru seperti mana yang di dewa-dewakan oleh pengikut-pengikut Pas.


IBM berkata begitu kerana, apabila Pok  Nicky bercakap, dia bercakap megikut sedap mulut dia ju. Ibarat kalau berlakun tu, dia mengunakan skripnya sendiri. Malah skripnya itu terlalu pedas dan sakit bila didengar. Segala apa yang belia keluarkan langsung tidak boleh diterima pakai kerana dia tidak mengambil kira akan sensativiti orang lain. Dia akan mengkafirkan orang sesuka hatinya, maki-hamun mengikut sedap mulutnya, dan....apabila dia ditegur dia akan melenting. Pada hal dialah yang memulakannya dulu.

Sikap angkuhnya itu (Pok Nicky) berterusan, dan berasa bangga, kononnya dialah yang paling tinggi darjatnya, dialah orang juga yang berpengengetahuan dalam agama. Tapi itu semua hanya dia yang syok sendiri. Tak setinggi mana pun ilmu agamanya.  Akhirnya dia di tempelak oleh orang yang IBM rasa lebih berpengetahuan dan tinggi ilmu agamanya dan tidak sombong atau angkuh seperti Pok Nicky ini.  Memang kaw-kaw Pok Nicky kena. Ini kenyataan Mufti Perak itu. KLIK DISINI untuk cerita selanjutnya.

Ekoran dari kenyataan Mufti Perak itu, Pok Nicky tidak berdiam diri, dia naik angin dan terus membidas kembali akan apa yang disuarakan oleh Mufti Perak itu. Nak tahu cerita selanjutnya?.....jom, KLIK DISNI. Kesimpulannya, kenapa harus Pok Nicky melenting? kalau dia boleh mengelar orang dengan apa saja perkataan yang dia suka, kenapa pulak dia nak melenting bila kena kat batang hidungnya? Bagi pandngan IBM, sekarang baru Pok Nicky sedar, buku bertemu ruas. Padan muka dia. Maka, RENUNG-RENUNGKAHLAH ~ IBM
BODOH SOMBONG POK NICKY NI. ULAMA APA NAMANYA TU. KEH..KEH..KEH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...