Monday, April 28, 2014

OBAMA AKHIRI LAWATAN KE MALAYSIA DAN BERLEPAS KE FILIPINA. KESIAN NUAR BRAHIM TAK DAPAT JUMPA!

ISNIN, 28 APRIL 2014
Terbeliak mata Ketua Pembangkang, Nuar Brahim bila melihat Presiden Amerika Syarikat menaiki pesawat 'Air force One' dan melambai-lambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada para Menteri pengiring Malaysia untuk berlepas pulang dan akan singgah di Filipina untuk lawatan rasmi beliau. Dalam hati Nuar Brahim tentu berkata, Ini semua punca Najib. Najib yang menghalang Obama untuk tidak berjumpa dengan beliau. IBM bukan nak reka cerita tapi, tuduhan seperti itu yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang terhadap Perdana Menteri telah pun beliau suarakan baru-baru ini di media tempatan. 

Jadi, apa lagi yang hendak dipertikaikan lagi. Kan itu dah menjadi kebiasaan bagi Nuar Brahim akan menunding jari dan mencari kesalahan orang lain. Dalam apa hal sekali pun, dia sahaja yang betul. Itulah sikap Ketua Pembangkang yang menjadi kebangaan pengikut-pengikutnya. Dipendekkan cerita, hasrat Nuar Brahim untuk bertemu empat mata dengan Presiden Amerika itu mungkin  tidak akan menjadi kenyataan kerana tak lama lagi Nuar akan masuk penjara kerana disitulah tempat yang sesuai baginya. Berehatlah engkau disana wahai si 'sesumpah' moga tenanglah engkau disana dan cepat-cepatlah bertaubat. Wasallam.

KERATAN DARI SEBUAH AKHBAR TEMPATAN :
[SUBANG: Selepas tiga hari mengadakan lawatan ke Malaysia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kini meneruskan kunjungan rasminya ke Manila, Filipina. Obama yang menaiki pesawat Boeing 747-200B berlepas dari pangakalan TUDM di sini kira-kira pukul 10.20 pagi, Isnin. Sebelum itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyambut ketibaannya dan mengiringi beliau menerima tabik hormat daripada 28 anggota  Rejimen Renjer DiRaja yang diketuai Kapten Mohd Fadjrin Mansor.


Hadir sama ialah Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Awang Adek Hussin. Terdahulu Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman (MoU) antara AS dengan Syarikat Malaysia.]

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

HARI TERBUKA KLIA 2 MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT. TAHNIAH!!

ISNIN, 28 APRIL 2014

Memang meriah. Hampir 20,000 pengunjung memeriahkan Hari Terbuka KLIA2 yang bermula pukul 10 pagi semalam (Ahad). Pas berlepas untuk para pengunjung masuk ke balai pelepasan bagi melihat sendiri landasan kapal terbang, habis diagihkan sejak awal pagi. Pengunjung juga berpeluang melalui Skybridge setinggi 12 meter dan sepanjang 300 meter untuk melihat landasan dan kawasan sekeliling klia2. Orang ramai berpeluang melawat KLIA2 yang mempunyai menara kawalan udara tertinggi di dunia sehingga pukul 5 petang ini sebelum lapangan terbang yang empat kali ganda besar daripada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) beroperasi secara rasminya pada 2 Mei ini.

Difahamkan bahawa perkhidmatan bas juga disediakan untuk membawa orang ramai dari tempat letak kereta D ke Terminal dan dari KLIA dan LCCT-KLIA setiap setengah jam dari 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat 5,500 petak letak kereta di kawasan D. Maklumat lanjut mengenai KLIA2 boleh diperolehi di http://www.klia2.info/. Satu lagi kejayaan negara di bawah pemerintah Barisan Nasional (BN). Ini yang membuat pembangkang terus cemburu dan dengki dengan apa yang kerajaan BN telah buat. Sebelum ini ada desas-desus pembangkang bangkitkan isu kelewatan siap pembinaan KLIA2 dan mereka juga mengritik isu keretakkan landasan di KLIA2. Tapi, semuanya telah beres dan diselasaikan dan KLIA2 di umumkan selamat untuk digunakan. Syabas dan Tahniah pengurusan KLIA2. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Sunday, April 27, 2014

BUDAK BERINGUS IZZAH KRITIK OBAMA SEMATA-MATA TIDAK JUMPANYA NUAR BRAHIM. BODOH PUNYA BETINA!!

AHAD, 27 APRIL 2014
Dengki, iri hati dan banyak lagi semuanya ada didalam hati dan sanubari para pemimpin pakatan haram. Ini termasuklah anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah yang mengkritik Presiden Amerika , Barack Obama semata kerana Obama tidak mahu bertemu dengan bapanya Anwar Brahim. Bermacam-macam kritikkan yang dilamparkan terhadap Presiden Amerika itu. Tidakkah dia sedar (Nurul) siapa dia yang terlalu celupar mengkritik seorang pemimpin dunia yang berpofail tinggi dan berpengaruh di dunia? Apa dia ingat bapak dia si Nuar tu terlalu popular atau berpengaruh sehingga Presiden Amerika itu mesti tunduk kepada beliau dan apabila datang melawat ke Malaysia, wajib bertemu muka dengan beliau? Kepada Nurul, suruh bapak ko tu cermin muka dia dulu.

Sudahlah Nurul. Lebih baik ko tumpukan pada pertandingan/pemilihan parti PKR pada hujung bulan ini. Dan, berkempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang ko sandang sekarang. IBM rasa, komen atau kenyataan yang dibuat oleh anak si Nuar Brahim didalam akhbar tempatan hari  ini adalah kenyataan yang sdia-sia. Tidak akan menjadi kudis kepada Barack Obama. Jelas sekali lawatan beliau ke Malaysia berjaya dan mencapai matlamat beliau dan sekali gus mengukuhkan tali persahabatan Amerika Syarikat dengan Malaysia. Oleh itu, kepada Nurul, lebih baik diam tutup mulut. Isu perceraian ko pula macam mana Nurul, dah selesai ke belum? 

Kenyataan Akhbar Dari Nurul Izzh :
[Penyandang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab. MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitmen terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”. “Bagaimanapun, kerjasama selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah.


Katanya, Obama dalam ucapan di Kaherah turut menekankan kebebasan bersuara, keyakinan ke atas kedaulatan undang-undang dan keadilan dalam pentadbiran. “Obama pernah berkata di Myanmar kepada pemimpin pembangkang yang ditemui beliau ‘Perubahan yang dilancarkan dari tingkat atas masyarakat harus bertepatan dengan aspirasi rakyat yang membentuk asasnya’,” kata MP itu lagi, yang juga anak perempuan Anwar. Penasihat Keselamatan AS Susan Rice minggu lalu mengumumkan Obama tiada rancangan bertemu Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga anak sulung ketua umum PKR itu. Menurut MP tersebut, rakyat Malaysia turut berkongsi kejayaan Obama yang baru menang pilihan raya presiden pada 2008 memandangkan Pakatan pada masa itu berjaya menggagalkan penguasaan dua pertiga BN.

“Ketika itu nampaknya perjalanan menuju demokrasi bakal mempunyai sekutu di White House. 
“Apapun Obama harus tahu bahawa kami rakyat Malaysia bangga dengan momentum yang kami mulakan sejak 2008; dan terus bertekad menyudahkan apa yang kami mulakan,” kata beliau. Walau tidak bertemu mata dengan Anwar, Obama akan menyertai satu sesi dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk aktivis pilihan raya bersih dan adil – BERSIH, NGO hak wanita Sisters in Islam dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front hari ini. Lawatan tiga hari Presiden AS yang bermula semalam dan berakhir esok itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966. Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, April 26, 2014

APA SALAH DAN DOSA KAKI TANGAN MAS SEHINGGA DI SERANG DI LIDO HOTEL?

SABTU, 26 APRIL 2014
Kalau tidak ada campur tangan orang luar atau ada yang menjadi batu api menghasut dan memberi gambaran yang tak  betul terhadap anggota keluarga mangsa pesawat MH370, perkara serbu-menyerbu dan menyerang kakitanggan MAS, mustahil perkara ini boleh berlaku. Mereka (keluarga mangsa) sudah tenang seketika, tapi, kenapa tiba-tiba mereka bertindak liar kembali? Tentu ada yang tak kena ni. IBM secara terus terang tanpa berselindung menyatakan ini adalah angkara cyber trooper DAP, 'Red Bean Army'. Mereka terlalu katif di dalam dan di luar negara bagi menabur fitnah dan memburuk-memburukan nama negara. 

IBM syorkan agar kerajaan siasat insiden ini kerana ianya serius dan melibatkan keselamatan kakitangan MAS yang tidak berdosa. DAP memang suka melihat hal-hal macam ini berlaku. Mereka akan ketawa berdekah-dekah bila racun mereka menjadi dan mengenai musuh mereka. Mereka begitu serius untuk mengulingkan kerajaan yang ada dan mereka mahu menerjui negara sekali gus mengawal enokomi negara. Maka, kita orang-orang melayu mahu kemana? Mahukah anda semua merempat dan meminta sedekah di negara sendiri. Fikir-fikirkan kerana perkhabaran dibawah ini adalah angkara DAP yang rasis. Baca jangan tak baca ~ IBM

RED BEAN ARMY LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN :
[KUALA LUMPUR, 26 April - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu. Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat. "Sepuluh kakitangan Syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.

"Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April. "Kakitangan Syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya.

"Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas," kata kenyataan itu. 
Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu.] Foto - AP
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

JEFF OOI MAHU KHALID DIPECAT. KHALID MELENTING. INI JAWAPAN BALIK SI KHALID...

SABTU, 26 APRIL 2014
Jelas sekali bahawa Pakatan rakyat  menghadapi krisis yang paling serius di kalangan mereka. Mereka sudah lupa mana kawan mana lawan. Bila silap hetam habis,tidak kira siapa. Mereka langsung tidak mahu berbincang dan duduk semeja untuk berunding bagi menyelesaikan masalah. Hentam menghentam  ni dah jadi kebiasaan bagi mereka. Iniah akibatnya bila rakyat memilih wakil rakyat yang tidak berintigeriti, mementingkan diri sendiri dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Kita semua dah dengar dan baca apa yang berlaku didalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Dengan lantang rakan sekutu PKR dari DAP, Jeff Ooi mengkritik pentadbiran Khalid Brahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekali gus mendesak supaya Khalid di pecat. Kenyataan beliau seperti di bawah :
INI KENYATAAN JEFF OOI KEPADA KHALID :
[KUALA LUMPUR 24 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menerima tamparan hebat apabila pemimpin DAP yang menjadi sekutu mereka secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kegagalan menangani isu air. Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, iaitu salah seorang pemimpin kanan DAP yang rapat dengan Setiausaha Agung belum disahkan, Lim Guan Eng, mahu Abdul Khalid dipecat kerana dakwanya, Menteri Besar Selangor itu memegang jawatan tersebut lebih lama daripada tempoh sepatutnya. Beliau yang berang dengan kegagalan pentadbiran PKR di bawah Abdul Khalid menguruskan isu air sehingga catuan telah berlarutan sejak dua bulan lalu berkata, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di zaman Barisan Nasional (BN)].

Ekoran dari kritikan dan desakkan Jeff Ooi, Khalid tampil dengan geram dan menjawab balik akan kenyataan Jeff Ooi tersebut( Seperti bawah). Jawab jangan tak jawab Khalid, kerana korang terkenal dengan menyangkal segala apa juga tuduhan terhadap korang. Dan IBM bagi semangat pada Khalid. Lawan jangan tak lawan. Kan itu moto korang setiap kali PRU atau PRK diadakan. Hahah! lawan je le. IBM bukan nak jadi batu api, tapi seronok tengok Pakatan haram ni berkelahi sesama sendiri. Kepada rakyat Selangor, lagi sekali IBM nak tanya, nak undi PR ke lagi dalam PRU ke-14 nanti?. Fikir-fikiran kerana itu adalah soalan 'cupu emas' dari IBM. Wasallam ~ IBM

KHALID BENGGANG DAN TEMPALAK BALIK JEFF OOI :
[SHAH ALAM 25 April - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menempelak Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dengan menyifatkan pemimpin kanan DAP itu tidak mempunyai hak untuk memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Sebaliknya Abdul Khalid yang mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 2008 menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatan itu meskipun wujud desakan daripada pihak yang mahukannya berbuat demikian. "Saya ingat dia tidak ada kuasa meminta saya meletak jawatan Menteri Besar," katanya dengan ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat peringkat daerah Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini hari ini].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...