Sunday, April 27, 2014

BUDAK BERINGUS IZZAH KRITIK OBAMA SEMATA-MATA TIDAK JUMPANYA NUAR BRAHIM. BODOH PUNYA BETINA!!

AHAD, 27 APRIL 2014
Dengki, iri hati dan banyak lagi semuanya ada didalam hati dan sanubari para pemimpin pakatan haram. Ini termasuklah anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah yang mengkritik Presiden Amerika , Barack Obama semata kerana Obama tidak mahu bertemu dengan bapanya Anwar Brahim. Bermacam-macam kritikkan yang dilamparkan terhadap Presiden Amerika itu. Tidakkah dia sedar (Nurul) siapa dia yang terlalu celupar mengkritik seorang pemimpin dunia yang berpofail tinggi dan berpengaruh di dunia? Apa dia ingat bapak dia si Nuar tu terlalu popular atau berpengaruh sehingga Presiden Amerika itu mesti tunduk kepada beliau dan apabila datang melawat ke Malaysia, wajib bertemu muka dengan beliau? Kepada Nurul, suruh bapak ko tu cermin muka dia dulu.

Sudahlah Nurul. Lebih baik ko tumpukan pada pertandingan/pemilihan parti PKR pada hujung bulan ini. Dan, berkempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang ko sandang sekarang. IBM rasa, komen atau kenyataan yang dibuat oleh anak si Nuar Brahim didalam akhbar tempatan hari  ini adalah kenyataan yang sdia-sia. Tidak akan menjadi kudis kepada Barack Obama. Jelas sekali lawatan beliau ke Malaysia berjaya dan mencapai matlamat beliau dan sekali gus mengukuhkan tali persahabatan Amerika Syarikat dengan Malaysia. Oleh itu, kepada Nurul, lebih baik diam tutup mulut. Isu perceraian ko pula macam mana Nurul, dah selesai ke belum? 

Kenyataan Akhbar Dari Nurul Izzh :
[Penyandang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Barack Obama menunjukkan sikap yang tidak konsisten terhadap komitmen pada demokrasi dan perubahan kerana mengelak dari bertemu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, sikap Obama yang “selektif” itu berbeza dengan semangat yang ditiup oleh presiden Amerika Syarikat itu ketika berucap di Universiti Kaherah pada 2009, setahun sebelum gelombang Arab Spring menggoncang negara Arab. MP tersebut berkata, dalam ucapan itu, Obama mengumumkan “komitmen terhadap kerajaan yang mencerminkan hasrat rakyatnya”. “Bagaimanapun, kerjasama selektif dengan mengelak bertemu ketua pembangkang Malaysia secara langsung menafikan suara majoriti 53 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat; sehingga kini masih belum diiktiraf dan terbanding seperti aspirasi yang disuarakan di Kaherah,” kata Nurul Izzah.


Katanya, Obama dalam ucapan di Kaherah turut menekankan kebebasan bersuara, keyakinan ke atas kedaulatan undang-undang dan keadilan dalam pentadbiran. “Obama pernah berkata di Myanmar kepada pemimpin pembangkang yang ditemui beliau ‘Perubahan yang dilancarkan dari tingkat atas masyarakat harus bertepatan dengan aspirasi rakyat yang membentuk asasnya’,” kata MP itu lagi, yang juga anak perempuan Anwar. Penasihat Keselamatan AS Susan Rice minggu lalu mengumumkan Obama tiada rancangan bertemu Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga anak sulung ketua umum PKR itu. Menurut MP tersebut, rakyat Malaysia turut berkongsi kejayaan Obama yang baru menang pilihan raya presiden pada 2008 memandangkan Pakatan pada masa itu berjaya menggagalkan penguasaan dua pertiga BN.

“Ketika itu nampaknya perjalanan menuju demokrasi bakal mempunyai sekutu di White House. 
“Apapun Obama harus tahu bahawa kami rakyat Malaysia bangga dengan momentum yang kami mulakan sejak 2008; dan terus bertekad menyudahkan apa yang kami mulakan,” kata beliau. Walau tidak bertemu mata dengan Anwar, Obama akan menyertai satu sesi dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk aktivis pilihan raya bersih dan adil – BERSIH, NGO hak wanita Sisters in Islam dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front hari ini. Lawatan tiga hari Presiden AS yang bermula semalam dan berakhir esok itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966. Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina].
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...