Friday, December 26, 2014

TERKINI! GILIRAN RIDHUAN TEE PULA DILARANG MEMASUKI SARAWAK? APA CERITA?

JUMAAT, 26 DIS 2014

BAK kata perpatah, 'tak ada hujan tak ada ribut', tetiba sahaja kerajaan negeri Sarawak tidak membenarkan ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah daripada memasuki Sarawak. Kerajaan Sarawak tidak pula memberitahu apa sebabnya dan puncanya.  Sebaik sahaja Dr Ridhuan Tee tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini, Jumaat beliau ditahan. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi oleh pemberita  bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak. Sumber difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam Jumaat. Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak. 

Mengikut dari sumber yang dihubungi oleh wartawan berkata, Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Mohd Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan. Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini. Dalam hal ini, memanglah ramai yang terkejut kenapa Dr Mohd Ridhuan di larang oleh kerajaan negeri Sarawak dari memasuki negerinya. Ada yang tertanya-tanya apakah kesalahan seorang penceramah bebas dan juga merupakan ahli akademik seperti Dr Mohd Ridhuan Tee yang telah lakukan? IBM juga adalah seorang pengemar dan pembaca blog Dr Mohd Ridhuan. 

Tidak pula terdapat tulisan atau komen Dr Mohd Ridhuan didalam blognya atau di rencana yang lain menyingong atau membuat provokasi terhadap kerajaan Sarawak. Apapun, itu adalah hak kerajaan Sarawak, lambat laun kita kan tahu juga apa permasalahannya yang sebenar. Bagi IBM, jika di tahan atau dilarang seorang pendakwah seperti Dr Mohd Ridhuan untuk berceramah dalam majlis ilmu, amat-amat rugilah kita, terutamanya umat Islam di Sarawak. IBM yakin, Dr Mohd Ridhuan ke sana bukannya untuk 'berkempen' pilihanraya. Dan, satu lagi yang menghairankan IBM, Dr Mohd Ridhuan adalah pro kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), jadi tidak timbul kenapa beliau dilarang memasuki negeri yang diterajui oleh kerajaan BN. Memang ianya menjadi 'misteri' dan tanda tanya. Hanya Ketua Menteri Sarawak, iaitu Tan Sri Adenan Satem sahaja yang tahu. Harap perkara ini tidak berlarutan, dan diharap dapat diselesaikan secepat mungkin. Wassallam ~ IBM

BANJIR : PAS SELANGOR GESA AHLINYA SOLAT 'HAJAT'. ALAHAI! MUJARAB SANGATKAH SOLAT HAJAT PAS TU??

JUMAAT, 26 DIS 2014

IBM bukan dengki atau mempertikaikan niat baik PAS Selangor untuk buat solat 'hajat' mendoakan agar mangsa-mangsa banjir berada di dalam keadaan selamat. Yang menjadi persoalan IBM disini ialah, kenapa mereka (PAS) hanya menyeru ahli-ahlinya sahaja untuk berbuat demekian? Adakah keseluruhan rakyat di Selangor ini ahli-ahli PAS? Kalau PAS jujur dan benar-benar sebuah parti yang 'warak' kenapa tak diseru atau diajak sama rakyat Selangor dan rakyat negeri yang lain yang terbabit dengan banjir bukan ahli PAS untuk buat solat hajat? Maka, ini jelas menunjukkan PAS adalah parti yang sombong dan memang layak digelar 'Parti Ajaran Sesat' se Malaysia. Apa, mujarab sangatkah doa PAS itu? Bagi pandangan IBM apabila PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya di negeri itu menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dengan banjir besar yang sedang melanda negara, itu adalah satu perkara yang amat-amat bodoh dan daif sekali. Arahan tersebut datangnya dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, ahli PAS  diharap dapat mengerjakan solat hajat sama ada bersendirian atau berjemaah di markas, pejabat PAS atau di tempat-tempat yang sesuai. 

Beliau meminta mereka berdoa memohon Allah SWT melindungi bukan sahaja mangsa-mangsa banjir tetapi mereka yang bertungkus menyelamat dan membantu mereka. Katanya, memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat yang penuh keberkatan, maka gunakan peluang tersebut untuk bermunajat kepada Allah SWT. Katanya, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberikan ketabahan serta kesabaran menghadapi ujian dari Allah SWT ini dan dipermudahkan segala urusan dalam satu kenyataan. Maka, disini, kita dapat membuat rumusan betapa 'jahil' dan sesatnya ajaran yang dibawa oleh PAS untuk diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Apapun, persetankan dengan Parti Ajaran Sesat (PAS) ni. Tanpa mereka (PAS), kita pun boleh buat solat hajat, malah telah pun di war-warkan supaya seluruh Masjid dan Surau di seluruh negara supaya membuat solat hajat agar ianya diterima oleh Allah SWT, insyallah. 

Biarlah PAS dengan egonya, biarkan PAS dengan angan-angannya untuk melaksanakan hukum 'hudud' yang kini hangat di perkatakan sehingga rakan kongsi PAS dalam Pakatan, iaitu DAPigs meminta supaya PAS berambus dari Pakatan. DAPigs di lihat musuh no1 yang menentang akan cita-cita PAS untuk melaksanakan hudud. Tapi....percayalah, sekiranya PAS gagal, mereka akan persalahkan UMNO. Setiap kali isu hudud ini di ketengahkan oleh PAS, maka, UMNO lah yang jadi mangsa, kononnya UMNO menolak hudud. Itulah perangai dan watak pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan sebagai 'warak', alim dan penghuni syurga. Puiiiiii! Wassallam ~ IBM

PENDUDUK CEMAS, PANIK, BANTUAN LEWAT SAMPAI....

JUMAAT, 26 DIS 2014
BANJIR kali ini dilihat memang luar biasa sekali. Ini membuat mangsa panik, dan ada yang tidak sempat menyelamatkan barang-barang yang berharga, kerana air naik dengan begitu cepat sekali. Sementara itu, limpahan air Sungai Kelantan sejak petang semalam mencetuskan keadaan kelam kabut di bandar itu kerana tiada persediaan rapi untuk menghadapi banjir besar pada tahun ini. Malah, sejak malam tadi sehingga petang ini, mesej melalui WhatsApp berlegar memohon bantuan untuk diselamatkan. Dalam masa yang sama, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tugas menyelamat disebabkan arus deras serta kekurangan aset. Tinjauan oleh beberapa portal tempatan mendapati orang ramai mulai membuat pembelian panik kerana bimbang bekalan makanan akan terputus tidak lama lagi ekoran kebanyakan peniaga barangan runcit menghentikan operasi mereka. 
Kelihatan sebuah surau dan rumah di tengelami air hingga ke paras bumbung. Masyallah!
Kebanyakan stesen minyak juga menutup operasi perniagaan sama ada kerana sudah kehabisan bekalan petrol atau tapak perniagaan berkenaan turut ditenggelami air. Di pusat bandar, antara yang terjejas adalah Wisma Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Mahkamah Kota Bharu, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Stadium Sultan Muhammad IV termasuk Pejabat Utusan Melayu (M) di Jalan Che Su, di sini. Dalam pada itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan terus meningkat kepada 35,069 orang daripada lebih 9,712 keluarga di 158 pusat pemindahan berbanding 31,766 orang semalam. 
Mangsa diselamatkan dengan menaiki bot sangkut oleh sukarelawan
Setakat ini, Gua Musang masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu 7,385 orang daripada 1,880 keluarga dan diikuti Pasir Mas (7,237), Tumpat (5,803), Kuala Krai (4,864), Tanah Merah (3,840), Kota Bharu (2,714), Jeli (1,269) dan Pasir Puteh (246). Walauapa pun, kerajaan sedang berusah keras bagi mempastikan setiap mangsa banjir di negeri Kelantan dan beberapa negeri yang lain akan mendapat bantuan secepat mungkin. Jadi, jangan panik, ikut arahan yang diberi. Manakala, kita yang tidak mengalami banjir ini, marilah ramai-ramai kita membuat 'solat hajat' memohon dari Allah Subhanawtaala supaya 'musibah' banjir ini berakhir tidak lama lagi. Insyallah. Wassallam ~ IBM

Thursday, December 25, 2014

LETUPAN DI GURUN KEDAH, TIGA MAUT, TIGA CEDERA PARAH....

KHAMIS, 15 DIS 2014
NUN....di Gurun Kedah, dilaporkan tiga maut manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang semalam. Kejadian letupan pada jam 4.30 petang itu dipercayai akibat sejenis bom tangan dan turut menyebabkan 10 rumah berdekatan rosak teruk manakala 34 lagi mengalami kerosakan kecil. Dua buah kereta turut musnah dalam kejadian itu. Mereka yang maut dalam kejadian itu adalah seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, anak perempuannya Nur Idayu Shahira, 8, dan anak jiran mangsa Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5. Sementara itu, isteri Ayub yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, dan anak lelaki mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, dan ibu Akif Lokman, Zuraidah Mat Rotbi, 30, cedera parah akibat letupan berkenaan dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Ahmad Shahabuddin berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan. Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian. 

Ketika menjalankan pemeriksaan, kita mengenal pasti impak yang cukup kuat terutama kesan-kesan lubang pada dinding rumah terbabit yang diyakini berpunca daripada bahan letupan dan bukannya letupan tong gas memasak seperti yang didakwa, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Difahamkan, impak letupan yang kuat itu menyebabkan Ayub tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian. Ahmad berkata mereka turut meminta bantuan daripada Skuad Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa lokasi kejadian kerana khuatir masih terdapat bahan yang boleh meletup di dalam rumah terbabit. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan itu pada jam 4.57 petang, dan sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerah ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang. 

Mayat mangsa juga dibawa ke HSAH. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut, katanya. Persoalan : bagaimana anggota tentera tersebut boleh bawa balik bom tangan dan simpan di rumahnya. Siapa yang benarkan dan untuk apa? Adakah anggota tentera ini terlibat dengan kegiatan 'Militan' yang sedang menyular dan menjadikan negara ini sebagai 'transit' untuk mereka berjuang bersama kumpulan IS? Siasat, jangan tak siasat kerana jika perkara ini dipandang ringan, ianya berkemungkinan boleh berulang lagi. ?Fikir-fikirkan. Wassallam ~ IBM

HUDUD PAS : AMARAN & SERANGAN OLEH DAPIG TERHADAP PAS. TAPI...PAS MASIH TAK SEDAR DIRI. MEMANG BANGGANG!

KHAMIS, 25 DIS 2014
HUDUD : PAS TERSUNGKUR LAGI. DAP MENANG & DAP IS KING
DIDALAM Pakatan Rakyat (PR) dan juga dunia politik, DAPigs menggangap dialah 'Raja'. Segala arahan dan teguran mereka (DAPigs) mesti didengar, tidak boleh dibantah. Sebab itulah PAS terus menerima serangan daripada DAP apabila parti itu memberi amaran untuk memulaukan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang akan datang sekiranya Kerajaan PAS Kelantan meneruskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014). Penasihat DAPigs, Cina tua, Lim Kit Siang turut mengingatkan PAS bahawa pakatan pembangkang sebenarnya sudah hancur sejak tahun 2011 lagi sekiranya hasrat PAS melaksanakan hukum Hudud PAS jika tidak dihalang ketika itu. Kata si tua Lim, mesyuarat yang diadakan pada 28 September 2011 berjaya menyelamatkan gabungan ketiga-tiga parti apabila memutuskan PAS tidak akan meneruskan rancangan pelaksanaan hukum hudud selain tidak menerima dasar itu sebagai sebahagian daripada dasar pembangkang. 

Dengan nada sombongnya, Lim berkata beliau tidak perlu hadir ke me­syuarat akan datang sekiranya PAS terus memaksa untuk melaksanakan hudud pada sidang DUN khas Kelantan pada 29 Disember ini. Sekiranya sidang DUN khas Kelantan meneruskan untuk melaksanakan hudud yang Jawatankuasa PAS Pusat pun tidak tahu, beliau rasa tidak ada sebab lagi untuk beliau hadir ke mesyuarat tersebut, katanya di dalam blog beliau di http://blog.limkitsiang.com/ semalamAmaran tersebut merupakan tamparan kepada PAS yang selama ini mempertahankan sekutu mereka itu melalui idea tahaluf siyasi namun hakikatnya DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa mempersoalkan pelbagai dasar yang dibawa PAS. Keretakan yang melanda ketiga-tiga parti itu semakin jelas apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 menegaskan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya. Kenyataan Guan Eng itu dijawab oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang DUN khas itu pada 29 Di­sember ini. 

Penegasan Ahmad itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Menurut Kit Siang, kejayaan besar pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu adalah selepas PAS tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Islam berkenaan justeru perkara itu perlu diteruskan demi mencapai hasrat mentadbir Putrajaya. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi kerajaan minoriti dengan hanya 47 peratus undi popular, malah akan mendapat semula majoriti dua pertiga yang hilang sewaktu pilihan raya umum tahun 2008, katanya. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan di portal pembangkang, anak mendiang Karpal Singh. Gopi Singh menambah derita PAS menyarankan agar PAS di singkir terus dari Pakatan Rakyat. Ini jelas, PAS tidak lagi diterima didalam pakatan sekiranya masih berdegil bagi melaksanakan hukum hudud. Tapi....PAS masih buat muka tak malu, terhegeh-hegeh dan masih lagi menerima kecaman dan serangan daripada DAPigs dan ingin memberi penerangan akan perlaksaan hukum hudud. Malangnya, DAPigs menolak dan berkemungkinan tidak akan hadir pada mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang akan datang di Kelantan. Ehmmm....nampak gayanya PAS akan bermesyuarat seorang diri dan syok sendiri je lah. Kesian PAS. Kesimpulannya, PAS memang bodoh, banggang dan tak ada maruah. Buli bangsa sendiri, tapi takut pada bangsa lain. PUIIIIIIII!!! Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...