Friday, December 26, 2014

BANJIR : PAS SELANGOR GESA AHLINYA SOLAT 'HAJAT'. ALAHAI! MUJARAB SANGATKAH SOLAT HAJAT PAS TU??

JUMAAT, 26 DIS 2014

IBM bukan dengki atau mempertikaikan niat baik PAS Selangor untuk buat solat 'hajat' mendoakan agar mangsa-mangsa banjir berada di dalam keadaan selamat. Yang menjadi persoalan IBM disini ialah, kenapa mereka (PAS) hanya menyeru ahli-ahlinya sahaja untuk berbuat demekian? Adakah keseluruhan rakyat di Selangor ini ahli-ahli PAS? Kalau PAS jujur dan benar-benar sebuah parti yang 'warak' kenapa tak diseru atau diajak sama rakyat Selangor dan rakyat negeri yang lain yang terbabit dengan banjir bukan ahli PAS untuk buat solat hajat? Maka, ini jelas menunjukkan PAS adalah parti yang sombong dan memang layak digelar 'Parti Ajaran Sesat' se Malaysia. Apa, mujarab sangatkah doa PAS itu? Bagi pandangan IBM apabila PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya di negeri itu menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dengan banjir besar yang sedang melanda negara, itu adalah satu perkara yang amat-amat bodoh dan daif sekali. Arahan tersebut datangnya dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, ahli PAS  diharap dapat mengerjakan solat hajat sama ada bersendirian atau berjemaah di markas, pejabat PAS atau di tempat-tempat yang sesuai. 

Beliau meminta mereka berdoa memohon Allah SWT melindungi bukan sahaja mangsa-mangsa banjir tetapi mereka yang bertungkus menyelamat dan membantu mereka. Katanya, memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat yang penuh keberkatan, maka gunakan peluang tersebut untuk bermunajat kepada Allah SWT. Katanya, marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberikan ketabahan serta kesabaran menghadapi ujian dari Allah SWT ini dan dipermudahkan segala urusan dalam satu kenyataan. Maka, disini, kita dapat membuat rumusan betapa 'jahil' dan sesatnya ajaran yang dibawa oleh PAS untuk diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Apapun, persetankan dengan Parti Ajaran Sesat (PAS) ni. Tanpa mereka (PAS), kita pun boleh buat solat hajat, malah telah pun di war-warkan supaya seluruh Masjid dan Surau di seluruh negara supaya membuat solat hajat agar ianya diterima oleh Allah SWT, insyallah. 

Biarlah PAS dengan egonya, biarkan PAS dengan angan-angannya untuk melaksanakan hukum 'hudud' yang kini hangat di perkatakan sehingga rakan kongsi PAS dalam Pakatan, iaitu DAPigs meminta supaya PAS berambus dari Pakatan. DAPigs di lihat musuh no1 yang menentang akan cita-cita PAS untuk melaksanakan hudud. Tapi....percayalah, sekiranya PAS gagal, mereka akan persalahkan UMNO. Setiap kali isu hudud ini di ketengahkan oleh PAS, maka, UMNO lah yang jadi mangsa, kononnya UMNO menolak hudud. Itulah perangai dan watak pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan sebagai 'warak', alim dan penghuni syurga. Puiiiiii! Wassallam ~ IBM

1 comment:

  1. Ingat tak apa kata puak PAS masa banjir besar Johor? Sekarang batang hidung sendiri !! Kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...