Thursday, January 14, 2016

AKHIRNYA DAPIGS MENGAKU JUGA...

KHAMIS, 14 JANUARI 2016
DAPigs Akhirnya Mengaku Susahkan Pakatan Harapan...

DAPigs akhirnya mengakui bahawa parti itu sememangnya menyusahkan Pakatan Harapan apabila berterusan menyinggung perasaan bangsa Melayu. Menurut Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Ong Kian Ming, tindakan parti itu selama ini hanya merugikan DAP sendiri serta parti sekutunya kerana matlamat untuk menawan Putrajaya akhirnya menjadi sia-sia. “Persepsi orang Melayu terutama golongan muda boleh diubah, dengan syarat DAP perlu berhenti membuat tindakan yang merugikan diri sendiri (shoot ourselves in the foot),” katanya dalam forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada PRU 14′, malam tadi.
Memberi contoh mudah, beliau menjadikan kenyataan Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min yang mengkritik kerajaan kerana menghalang kemasukan dua atlet warga Israel ke Malaysia sebagai tindakan yang katanya, mengejutkan banyak pihak. “Kenyataan itu mengejutkan ramai pemimpin parti, akhirnya kita perlu buat banyak kerja untuk pulihkan keadaan (internal containment). “Ia juga menyusahkan rakan-rakan (Pakatan Harapan),” tambahnya. Berikutan itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam forum yang sama turut menyatakan adalah penting untuk Pakatan Harapan mengenengahkan isu dan tawaran yang melibatkan orang Melayu secara bersatu dan bersama.
“Sekarang kita perlu berhadapan dengan isu realiti iaitu kita perlu menyuarakan kebimbangan Melayu. “Sama ada itu propaganda mainan dalam kepala, kita kena yakinkan bahawa kalau Pakatan Harapan menang, kedudukan dan kebajikan Melayu yang majoriti secara keseluruhannya itu lebih baik,” ujar beliau.
P/S - Kedudukan dan kebajikan Melayu lebih baik jika Pakatan Harapa memerintah? Puiii!...janganlah hendak temberang. Cukup...cukuplah apa yang berlaku sekarang. Orang Melayu kini sudah matang....tunggu PRU ke-14 nanti. Cakap banyak tak mahu. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Wednesday, January 13, 2016

PERKASA 'SYOK SENDIRI'??

RABU, 13 JANUARI 2016
Sejak Bila PERKASA Jadi 'Ejen' Penyelamat UMNO & Melayu??

PERKASA kini dilihat semakin terdesak dan kebuluran menagih perhatian terutama selepas konfrontasi Najib – Mahathir yang menyaksikan pengguguran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dari jawatan kabinet masing-masing. Dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka yang lebih bersifat ‘syok sendiri’ dengan mengaku sebagai ‘pejuang’ bangsa yang kononnya paling berani mempertahankan ketuanan Melayu di Malaysia. Kini mereka telah menyusup masuk sebagai ahli gerakan tertentu untuk mendesak Najib meletakkan jawatan setelah percubaan Mahathir untuk melenyapkan Presiden UMNO dari peta politik gagal walaupun sanggup menggunakan petualang asing untuk membantu menekan pentadbiran Najib tetapi hakikatnya Perdana Menteri Malaysia masih kekal Najib sebagai pemegang tampuknya. Di antara gerakan yang dikatakan dibiayai oleh PERKASA ialah Gerakan Ketua Cawangan UMNO Malaysia atau singkatannya GKCM.
GKCM yang dikhabarkan sedang aktif menjalankan beberapa program yang kurang mendapat sambutan umum di beberapa negeri kononnya untuk menyelamatkan UMNO dari cengkaman Najib. Dengan menggunakan alasan berkaitan ekonomi semasa negara, 1MDB dan isu-isu bersifat peribadi serta terus mempergunakan pembohongan nyata Mahathir, mereka cuba menghalalkan tindakan mereka untuk mengalih kesetiaan yang menjadi tradisi utama parti UMNO bertahan sehingga ke hari ini.Terkini GKCM telah mengadakan program berkenaan di sebuah restoran di Bagan Luar, Pulau Pinang minggu lalu yang hanya mampu mencatat kehadiran sekitar 80 orang menyaksikan seperti selalunya desakan mereka yang sebenarnya kecewa kerana ditolak oleh ahli parti selepas tewas bertanding dalam pemilihan parti sebelum ini. Paling mengejutkan, mereka sebenarnya adalah ahli PERKASA Pulau Pinang. Menurut sumber yang hadir pada program tersebut, ia telah dibiayai oleh orang kuat PERKASA Pulau Pinang sendiri.
Salah seorang ketua cawangan yang berucap pada program tersebut merupakan orang kanan kepada Yang DiPertua PERKASA Pulau Pinang sendiri. Beliau yang lantang mendesak agar Najib segera meletakkan jawatan kerana nilai ringgit yang jatuh berbanding Baht Thai seperti tidak memahami mengenai pengaturan ekonomi negara dan seolah-olah mahu memberitahu bahawa beliau kerap mengadakan ‘lawatan rasmi’ ke sanaManakala ucapan lain-lain individu yang dikenalpasti menjadi sekutu kepada PERKASA juga menjurus isu yang sama selain menyampaikan rasa tidak puas hati kerana membantah tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang melanggar peraturan parti sebelum ini. Sebagai rekod, YDP PERKASA Pulau Pinang ialah calon Ketua Bahagian UMNO Bahagian Bagan yang tewas dalam pemilihan yang lalu.
Jadi tidak hairanlah kalau wujud kepentingan peribadi oleh PERKASA untuk menaja perjalanan program ini yang dihadir lebih 85% ahlinya sendiri. Walaupun wujud penafian oleh individu berkenaan mengenai penglibatan terus beliau dalam program yang diatur oleh GKCM ini tetapi itu memang menjadi kebiasaan dan kalau benar beliau terlibat sekali pun, umum takkan terkejut kerana gelagat Presiden PERKASA Ibrahim Ali sendiri boleh mengiyakan kenyataan yang dinafikan oleh YDP Perkasa Pulau Pinang ini. Apakah mereka amat terdesak kerana tidak lagi memperolehi tender atau projek besar seperti dahulu kerana pentadbiran semasa yang tidak terlalu bermurah hati seperti sebelum ini?
Lantas mereka mengharapkan satu keajaiban akan berlaku dengan mereka yang disingkirkan kerana tidak tahu apa-apa selama memegang jawatan dalam kabinet diangkat semula sebagai pemimpin dalam kerajaan selepas ini. Dengan tercapai angan-angan mereka ini maka limpahan projek dan tender jutaan ringgit akan masuk ke dalam kantung mereka lagi? Sesungguhnya golongan seperti mereka inilah yang menyebabkan UMNO Pulau Pinang terus gagal untuk mendapatkan kembali negeri yang terlepas ke tangan DAP, lantaran mereka sebenarnya hanya berlakon kononnya berjuang demi kesengsaraan rakyat yang menderita akibat sistem yang dilaksanakan pentadbiran Najib sedangkan mereka lebih selesa berada dalam negeri yang kalah dan terus berpolitik adu-domba untuk mengekalkan jawatan yang disandang sekarang ini?
Mereka sebenarnya sama dengan mereka yang hebat mengangkat diri sebagai pejuang rakyat tetapi hakikatnya mereka bukan berjuang sebagai pejuang tetapi hanya sebagai PEJUWANG sahaja! Lihat sahaja Presiden PERKASA Ibrahim Ali, akhir-akhir ini cuba mendapatkan kembali kepercayaan PAS dengan menyerang Husam Musa. Ibrahim inginkan kerusi atas tiket apa sebenarnya? UMNO atau PAS atau sekadar ingin kekal jadi ejen Tun M dalam usaha jatuhkan PM Najib? - SUMBER
P/S : Memang betullah kata Pembangkang semasa tengah benggang habis kat Ibrahim Ali ni. "Katak si lompat katak'. Dia akan lompat sekiranya dia nampak 'lompatan' yang akan dia buat mendatangkan manafaat kepada dirinya. Semangat 'tulin' perjuangan tiada didalam diri si katak lompat ni. Kesimpulannya, biarkan dia melompat. Tak ke mana pun dan tak berbaloi langsung. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

BN LAGI PANDAI MERANCANG BERBANDING PKR!

RABU, 13 JANUARI 2016
MEMANG betul pun. Kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih pandai membuat perancangan infrastruktur ketika mentadbir Selangor, berbanding kerajaan pimpinan PKR sedia ada. Wakil penduduk dalam gerakan bantah pembinaan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (Suke), Mak Khuin Weng berkata, Kerajaan BN dahulu mengikut peruntukan undang-undang, dengan mengadakan mesyuarat terbuka untuk mendengar maklum balas penduduk setempat .“Dulu, bila Kerajaan Barisan Nasional buat rancangan struktur pada 2002 hingga 2006, prosesnya adalah satu mesyuarat terbuka, di mana media pun boleh masuk dan laporkan. Maklum balas juga terbuka. Itu cara yang dibuat dahulu.
“Selepas maklum balas diberi, Kerajaan Negeri Selangor akan menulis surat untuk mengesahkan kritikan itu telah diterima dan apa yang dikritikkan akan ditukar dalam rancangan struktur yang akan diterbitkan,” katanya dalam sidang media di Bangunan Darul Ehsan, hari ini. Beliau berkata demikian selepas sesi pendengaran awam bantahan terhadap projek Dash dan Suke yang dianjurkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor. Bagaimanapun, kata Mak, prosedur yang menjadi amalan selama ini tidak lagi diikuti kerajaan pimpinan PKR ketika ini, yang disifatkannya lebih mesra syarikat konsesi berbanding penduduk setempat.
“Sekarang ini, proses yang dilakukan tidak telus, hanya minta penduduk masuk, dengar apa penduduk cakap, tetapi tidak beri apa-apa jawapan atau surat, semuanya tidak ada. “Jadi, apa yang akan masuk dalam rancangan struktur akhirnya kita tidak tahu. Sebab inilah penduduk sekarang gelisah. Ini kali keempat kita kena datang sini pada hari bekerja, untuk dengar benda sama,” keluhnya. Sementara itu, seorang lagi wakil penduduk, Faisal Fadzil juga kecewa, kerana sebagai penduduk, mereka tidak dimaklumkan tentang perancangan itu dan kesan daripada keputusan pembangunan terbabit.
Jelasnya, kerajaan negeri gagal menunjukkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Trafik (TIA) di kawasan terlibat, selain suara penduduk yang membantah projek lebuh raya itu tidak didengari. “Kami penduduk. Adakah bantahan kita ini tak penting daripada syarikat besar, seperti Prolintas untuk buat duit 65 tahun konsesi? “Saya rasa, kalau ikut semua surat daripada (Kerajaan) Negeri Selangor, tulis kejujuran dan ketekunan, tetapi ada bukti tak, ini (kerajaan negeri jujur).
“Kalau tak boleh jawab apa yang kita desak dan saya rasa buang sajalah perkataan itu. Membazir kertas. Apa yang kita mahukan, kita mahu kejujuran dan ketekunan untuk penduduk, bukan melindung syarikat besar,” tegasnya. SUMBER dari - The Rakyat Post
P/S : Apa nak dihairankan. Kan PKR ni 'Parti Kelentung Rakyat'. Itulah semua janji-janji mereka kepada rakyat tidak ditepati. Kalau slogan mereka 'Kerajaan Negeri Jujur'.....itu semua bohong. Retorit sematap-mata. Harap-harap rakyat negeri Selangor sedar dan bangun. PRU ke-14 nanti undi depa lagi ke?? Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Tuesday, January 12, 2016

KEMANA HALA TUJU PAS SELEPAS INI??

SELASA, 12 JANUARI 2016

TINDAKAN Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang menegaskan PAS adalah musuh utama DAP disifatkan tidak mengejutkan. Sememangnya, sejak usai Muktamar PAS pada bulan Jun tahun lalu, hubungan PAS dan DAP sememangnya tegang sehingga akhirnya Pakatan Rakyat yang dibina pada tahun 2008 akhirnya menemui kehancuran. Pendirian terbaru DAP ini menyerlahkan bahawa DAP hanya memandang sinis PAS selain mengesahkan, PAS langsung tiada tempat didalam Pakatan Harapan yang diwujudkan sekitar bulan September tahun lalu. Persoalannya kini, kemanakah hala tuju PAS selepas ini? Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan UMNO mungkin akan bekerjasama dengan PAS demi perpaduan ummah dan orang-orang Melayu. Perkara ini diluahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sero Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu.

Namun, harapan yang diletakkan oleh orang ramai nyata tidak menjadi kenyataan apabila Majlis Syura PAS mengambil ketetapan, tidak akan bersatu bersama-sama UMNO dari segi politik kerana mereka masih mahu menjalinkan kerjasama bersama-sama Parti keadilan Rakyat (PKR). Ini sekaligus menampakkan, mereka masih menyimpan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan. Hari ini, hala tuju PAS dalam arena politik tanah air terus menjadi tanda tanya. Siapakah rakan sekutu PAS dalam usaha memenangi pilihanraya yang akan datang? Setelah menerima cacian terbaru DAP, masihkah PAS mengharapkan ihsan PKR, PAN dan DAP menerima PAS kedalam Pakatan Harapan? Dimana maruah PAS andai terus di hina? Andai PAS masih mengharapkan PKR sebagai rakan sekutu, PKR juga hidup di Selangor hasil ihsan DAP. Umum mengetahui, jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Datuk Seri Azmin Ali itu hanyalah sekadar pemberian DAP kerana yang paling layak membentuk kerajaan di Selangor adalah DAP.

Ini kerana, keputusan Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, DAP mendapat majoriti kerusi tertinggi di Selangor. Jesteru, PKR sebenarnya, langsung tidak layak untuk membentuk kerajaan, tambahan pula PKR sendiri mengharap belas ihsan DAP untuk terus berkuasa di Selangor. Andai DAP sendiri sudah melabelkan PAS sebagai musuh utama, mahu atau tidak PKR terpaksa menurut sama atas rasa setiakawan sesama parti. Jadi apa pilihan PAS sekarang? Semua ini terpulanglah kepada kebijaksanaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Tertinggi PAS untuk menentukan hala tuju mereka. Harus di ingat, PAS bukan lagi salah satu parti terkuat seperti satu ketika dahulu. Terima kasih kepada DAP yang menghancurkan PAS dari dalam dengan terbentuknya PAN hasil sumbangan dan sokongan penuh DAP.

Diajak oleh UMNO untuk bergabung dan berkerjasama, PAS tolak mentah-mentah. Maka biarkan PAS dengan hal dan hala tujunyanya sendiri. Tapi.....kemana hala tuju PAS selepas ini?.....Biar..biarkan mereka (PAS) hanyut dibawa arus yang mengalir laju, laju seperti DAPigs 'menendang' mereka seperti bola dan akhirnya terpaksa membawa diri. Nasib ko le PAS. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.    

ADA HATI SI MAMAT 'MENTAL' NI NAK 'BERDEBAT' DENGAN PM

SELASA, 12 JANUARI 2016
APA, dia ingat dia ni terer sangat ke, popular sangat ke, berpengaruh sangat ke?? Bagi IBM, suara sumbang bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat secara terbuka dalam isu 1MDB, lupakanlah. Jangan buang masa. Bukan tandingnya si Khairuddin untuk 'berdebat' dengan DS Seri Najib. Kononnya, masih banyak perkara yang tidak terjawab dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu. Jesteru, beliau mengajak dan mencabar DS Najib Tun Razak, berdebatlah dalam isu skandal 1MDB ini.
 Kata si Khairuddin yang kelihatan seperti 'mental disturb', kalau tak mahu debat dengan Tun Mamak Mahathir Mohamad, mari kita debat dua orang!” katanya. Dan...bersyarat pulak tu. Beliau mahu disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menghakimi. Luahan hati si mamat yang agak 'mental' diperolehi didalam tulisan Facebooknya. Khairuddin berkata DS Najib mesti menjawab secara menyeluruh mengenai isu-isu berkaitan.1MDB. Jawab lah di dalam Parlimen dan siarkan secara terus menerus ke seluruh pelosok tanah air agar kesemua 30 juta rakyat akan memahami kedudukan semasa syarikat bermasalah ini!! 
Beliau menulis dengan penuh 'emosi' dan mengelar DS Najib bangang, takut kena tangkap bawah Sosma pula nanti! Tapi, katanya lagi, hakikatnya DS Najib Tun Razak ini lebih kurang macam itulah!” Beliau membangkitkan bagaimanapun rakyat hendak yakin pada kepimpinan masa kini jika jawapan diberikan berlainan daripada yang dibangkitkan. Apapun, kesimpulannya disini, si Khairuddin ini lah yang patut dikatakan bangang, pengkhianat negara kerana menjual rahsia kerajaan gara-gara begitu lantang mengkritik dan menabur fitnah terhadap Perdana Menteri di dalam isu 1MDB. 
Akhirnya beliau ditahan setelah membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB. Bagi IBM orang yang sakit mental sahaja yang cuba nak tunjuk lagak, pandai seterusnya 'berdebat' dengan Perdana Menteri. Dah hilang akal le si mamat seko ni. Wasallam. Dari - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...