Wednesday, January 13, 2016

PERKASA 'SYOK SENDIRI'??

RABU, 13 JANUARI 2016
Sejak Bila PERKASA Jadi 'Ejen' Penyelamat UMNO & Melayu??

PERKASA kini dilihat semakin terdesak dan kebuluran menagih perhatian terutama selepas konfrontasi Najib – Mahathir yang menyaksikan pengguguran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dari jawatan kabinet masing-masing. Dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka yang lebih bersifat ‘syok sendiri’ dengan mengaku sebagai ‘pejuang’ bangsa yang kononnya paling berani mempertahankan ketuanan Melayu di Malaysia. Kini mereka telah menyusup masuk sebagai ahli gerakan tertentu untuk mendesak Najib meletakkan jawatan setelah percubaan Mahathir untuk melenyapkan Presiden UMNO dari peta politik gagal walaupun sanggup menggunakan petualang asing untuk membantu menekan pentadbiran Najib tetapi hakikatnya Perdana Menteri Malaysia masih kekal Najib sebagai pemegang tampuknya. Di antara gerakan yang dikatakan dibiayai oleh PERKASA ialah Gerakan Ketua Cawangan UMNO Malaysia atau singkatannya GKCM.
GKCM yang dikhabarkan sedang aktif menjalankan beberapa program yang kurang mendapat sambutan umum di beberapa negeri kononnya untuk menyelamatkan UMNO dari cengkaman Najib. Dengan menggunakan alasan berkaitan ekonomi semasa negara, 1MDB dan isu-isu bersifat peribadi serta terus mempergunakan pembohongan nyata Mahathir, mereka cuba menghalalkan tindakan mereka untuk mengalih kesetiaan yang menjadi tradisi utama parti UMNO bertahan sehingga ke hari ini.Terkini GKCM telah mengadakan program berkenaan di sebuah restoran di Bagan Luar, Pulau Pinang minggu lalu yang hanya mampu mencatat kehadiran sekitar 80 orang menyaksikan seperti selalunya desakan mereka yang sebenarnya kecewa kerana ditolak oleh ahli parti selepas tewas bertanding dalam pemilihan parti sebelum ini. Paling mengejutkan, mereka sebenarnya adalah ahli PERKASA Pulau Pinang. Menurut sumber yang hadir pada program tersebut, ia telah dibiayai oleh orang kuat PERKASA Pulau Pinang sendiri.
Salah seorang ketua cawangan yang berucap pada program tersebut merupakan orang kanan kepada Yang DiPertua PERKASA Pulau Pinang sendiri. Beliau yang lantang mendesak agar Najib segera meletakkan jawatan kerana nilai ringgit yang jatuh berbanding Baht Thai seperti tidak memahami mengenai pengaturan ekonomi negara dan seolah-olah mahu memberitahu bahawa beliau kerap mengadakan ‘lawatan rasmi’ ke sanaManakala ucapan lain-lain individu yang dikenalpasti menjadi sekutu kepada PERKASA juga menjurus isu yang sama selain menyampaikan rasa tidak puas hati kerana membantah tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang melanggar peraturan parti sebelum ini. Sebagai rekod, YDP PERKASA Pulau Pinang ialah calon Ketua Bahagian UMNO Bahagian Bagan yang tewas dalam pemilihan yang lalu.
Jadi tidak hairanlah kalau wujud kepentingan peribadi oleh PERKASA untuk menaja perjalanan program ini yang dihadir lebih 85% ahlinya sendiri. Walaupun wujud penafian oleh individu berkenaan mengenai penglibatan terus beliau dalam program yang diatur oleh GKCM ini tetapi itu memang menjadi kebiasaan dan kalau benar beliau terlibat sekali pun, umum takkan terkejut kerana gelagat Presiden PERKASA Ibrahim Ali sendiri boleh mengiyakan kenyataan yang dinafikan oleh YDP Perkasa Pulau Pinang ini. Apakah mereka amat terdesak kerana tidak lagi memperolehi tender atau projek besar seperti dahulu kerana pentadbiran semasa yang tidak terlalu bermurah hati seperti sebelum ini?
Lantas mereka mengharapkan satu keajaiban akan berlaku dengan mereka yang disingkirkan kerana tidak tahu apa-apa selama memegang jawatan dalam kabinet diangkat semula sebagai pemimpin dalam kerajaan selepas ini. Dengan tercapai angan-angan mereka ini maka limpahan projek dan tender jutaan ringgit akan masuk ke dalam kantung mereka lagi? Sesungguhnya golongan seperti mereka inilah yang menyebabkan UMNO Pulau Pinang terus gagal untuk mendapatkan kembali negeri yang terlepas ke tangan DAP, lantaran mereka sebenarnya hanya berlakon kononnya berjuang demi kesengsaraan rakyat yang menderita akibat sistem yang dilaksanakan pentadbiran Najib sedangkan mereka lebih selesa berada dalam negeri yang kalah dan terus berpolitik adu-domba untuk mengekalkan jawatan yang disandang sekarang ini?
Mereka sebenarnya sama dengan mereka yang hebat mengangkat diri sebagai pejuang rakyat tetapi hakikatnya mereka bukan berjuang sebagai pejuang tetapi hanya sebagai PEJUWANG sahaja! Lihat sahaja Presiden PERKASA Ibrahim Ali, akhir-akhir ini cuba mendapatkan kembali kepercayaan PAS dengan menyerang Husam Musa. Ibrahim inginkan kerusi atas tiket apa sebenarnya? UMNO atau PAS atau sekadar ingin kekal jadi ejen Tun M dalam usaha jatuhkan PM Najib? - SUMBER
P/S : Memang betullah kata Pembangkang semasa tengah benggang habis kat Ibrahim Ali ni. "Katak si lompat katak'. Dia akan lompat sekiranya dia nampak 'lompatan' yang akan dia buat mendatangkan manafaat kepada dirinya. Semangat 'tulin' perjuangan tiada didalam diri si katak lompat ni. Kesimpulannya, biarkan dia melompat. Tak ke mana pun dan tak berbaloi langsung. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...