Wednesday, November 9, 2011

Bola Sepak Sukan SEA : Malaysia Tewaskan Thailand

{DARI MEJA IBM} : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


SEMBANG-SEMBANG SUKAN (BOLA SEPAK)......



JAKARTA – Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.
Pasukan bola sepak Sukan SEA negara mendahului Thailand 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama.
Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Perlawanan peringkat kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan menentang Singapura, baru-baru ini. – BHarian Online

Tahniah kepda pemain2 muda kita kerana dapat menjinakkan musuh tradisi kita dalam arena bola sepak, Thailand. Sebenarnya pasukan kita bole mendapat lebih dari 2 gol, tapi ketumpulan para penyerang kita yang hanya dapat menghasilkan 2 gol. Mari kita sama-sama berdoa agar pasukan bawah 23 tahun kita dapat memenangi perlawanan seterusnya dan sekali gus mempertahankan pingat emas yang kita menangi 2 tahu lalu. Terima kasih MyNewshub di atas berita ini.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...