ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
IBU PEJABAT MCA
GEMPAR Jugak!. Ibu pejabat MCA di jalan Ampang Kuala Lumpur disimbah dengan cat merah. Tempat yang disimbah cat itu adalah dinding dan lantai berhampiran pintu masuk bersebelahan sebuah restoran di tingkat bawah.
Mengikut kata Setiausaha akhbar kepada Presiden MCA, Giam Say Khoon, seorang pengawal keselamatan mendapati kawasan itu cuba dicemarkan sekitar jam 7:00 pagi semalam. Kata beliau, ini adalah jkali pertama ibu pejabat MCA disimbah dengan cat. Adakah ini bermotifkan politik? Tak pasti katanya.
Sementara itu, Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merasa terkejut dan kecewa dengan peristiwa tersebut, dan terus mengarahkan pihak pentadbiran parti itu membuat laporan polis berhubung insiden simbahan cat merah itu semalam.
Menurutnya, walaupun wujud spekulasi ianya berkaitan dengan penolakan parti itu terhadap pelaksanaan hukum hudud, Dr Chua tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Beliau menyerahkannya kepada pihak polis untuk membuat penyiasatan.
Ada beberapa pihak membuat spekulasi, ini kerana MCA menentang PAS dalam pelakasanaan hudud. Bagi pendapat Dr Chua, setiap parti politik boleh mempunyai perbezaan pendapat tetapi tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan melanggar undang-undang. Selama 60 tahun MCA, ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku, katanya.
Elok jugalah Dr Chua tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kemarahan dari sesebuah pihak. Ini kerana belum ada bukti yang boleh mensabitkan kesalah kepada sesebuah parti. Biar pihak yang berwajib membuat siastan. Memang begitulah nasib kita sebagai kerajaan, sentiasa pihak musuh mencari jalan untuk memusnahkan kerjaya kita. Tapi......jangan pulak bila siasatan dah selesai, rupa-rupanya MCA berhutang dengan AH LOONG.....hehehe...just kidding!