Friday, November 11, 2011

Siasat Pengurusan PKNS, ada yang tak kena!!

{DARI MEJA IBM} :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


GAJI PENGURUS BESAR PKNS MENGALAHKAN GAJI PM DAN MB, APA CERITA.......


SHAH ALAM. MESTI ADA YANG TAK KENA NI. Kata Kerajaan PR, telus, jujur, amanah dan mendahulukan rakyat. Semuanya itu bohong.  Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.

Beliau berkata, pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.
Ini kerana, katanya, berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000, manakala pada tahun 2010 (RM760,000).

''Jadi, gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ialah sebanyak RM1.4 juta. Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan berhemah yang sebenar ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
''Sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa kerana jumlah itu jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahu pun Menteri Besar sendiri," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.





Mohamad Satim berkata, selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.

Sebaliknya beliau memberitahu, PKNS lebih banyak menumpukan projek-projek mewah dan mampu mencapai keuntungan yang tinggi seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.

''Kalau dahulu ketika pentadbiran BN (Barisan Nasional) ada juga kita jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial," ujarnya.
Terdahulu, dalam ucapannya dalam sidang DUN, Mohamad Satim mempertikaikan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dalam Bajet Selangor 2009 menyatakan kerajaan negeri tidak lagi memberikan projek-projek hartanah secara usahasama dan penswastaan. 

Inikah yang dikatakan kerajaan berkebajikan? kebajikan apa?...untuk rakyat?...tak nampak apa-apa pun kebaikan untuk rakyat Selangor ni. Malah yang kenyang, kaya raya orang depa. Bayangkan gaji seorang Pengurus Besar mengalahkan gaji PM dan MB. Siapa dia ni yang dibayar gaji sebegitu lumayan?..apakah keistimewaannya si beliau ni? IBM beranggapan, mesti ada yang tak kena ni. Oleh itu, pihak yang berwajib, perlu menyiasat perkara ini setelah didedahkan oleh ketua pembangkang Selangor. Siasat jangan tak siasat.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...