Pages

Monday, July 30, 2012

Puasa Satu Kewajipan Walaupun Dalam Olimpik!!


Mufti Dubai, Ahmed Abdul Aziz Al Haddad berkata, umat Islam yang bersaing di sukan Olimpik perlu menjalani ibadah berpuasa tanpa mengira ia akan memberi kesan kepada prestasi mereka ataupun tidak.
“Atlet Muslim mesti berpuasa kerana mereka mewakili Islam di sukan Olimpik. “Mereka menjadi duta untuk iman mereka. Pengertian Islam mestilah hadir dalam tindakan mereka, dan mereka tidak jatuh ke dalam apa-apa yang Islam melarang.” katanya.
“Jika seseorang merasa keletihan yang melampau, syariah membenarkan seseorang itu untuk berbuka puasa. Tambah Ahmed Abdul Aziz, “atlet boleh makan atau minum jika berpuasa itu akan mengancam kesihatan mereka.” "lagipun, syariah adalah fleksibel," katanya lagi.
Penerangan yang jelas dari Mufti Dubai, Ahmed Abdul Aziz al Haddad. Nanti janganlah pulak di politikkan. Biasalah, pembangkang ni memang sentiasa mengintai dan cari silap kerajaan....dan yang menjadi mangsanya ialah para athlit kita yang sedang bertarung di Olimpik London.
Mari sama-sama kita mendoakan agar para athlit kita beroleh kejayaan dan berjayalah hendaknya kita membawa pulang sebutir pingat kilauan EMAS nanti. Dah lama beno kita meraih sebarang pingat di sukan Olimpik. Amin! Ikhlas dari saya ~ IBM
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA DAN TERIMA KASIH LE KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, July 29, 2012

Bonus Aidilfitri : Najib Razak Bakal Dimaki Dan difitnah Lagi!!


JURANG paling ketara di antara kerajaan dan pembangkang boleh dinilai dengan perkataan ” janji ditepati “.
Ingatkah lagi anda terhadap janji manifesto 2008 pembangkang kepada rakyat?  Bersusun-susun janji tinggal janji, hanya dengan merujuk kepada manifesto sahaja.  Itu belum diambil kira janji-janji yang dilafazkan secara lisan.  Mungkin agak berat sekiranya kita ingin melabelkan mereka sebagai “munafik”, tetapi itulah ciri-ciri yang ada pada pembangkang.
Sejumlah 1.27 juta penjawat awam dan 657 ribu pesara kerajaan menerima manfaat terbaru dari kerajaan, apabila Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi menghadapi lebaran yang bakal menjelma, semalam.  Pembayaran akan dibuat pada 9 ogos ini, dengan jumlah keseluruhan dijangka mencecah RM2.2 billion, kurang RM0.8 billion berbanding jumlah wang yang dilarikan oleh Anwar ke luar negara.
Tentunya ini adalah khabar gembira kepada kakitangan awam, sungguhpun masih ada lagi segelintir yang enggan menyokong kerajaan.  Ini bermakna tarbiyah dan didikan agar tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepada yang memberi, yang diterapkan oleh pembangkang berjaya mekar di sanubari penjawat awam.
Seperkara yang sedang bermain di minda penulis ialah, apakah lagi tohmahan yang bakal diterima oleh Najib Razak dan syaf pimpinannya gara-gara bersifat prihatin dan berkebajikan.  Pastinya, akan ada fitnah bagi menafikan pengumuman yang menguntungkan rakyat ini.
Ini juga antara sebab mengapa pembangkang di negara ini boleh dikategorikan sebagai tidak menguntungkan rakyat.  Mereka kurang bersifat konstruktif, tetapi lebih kepada destruktif, sehingga kebaikan demi rakyat yang dibuat sekalipun tidak akan pernah dipuji.  Apa yang penting bagi mereka, ialah keberuntungan politikal. Dan memburuk-burukkan sesuatu yang baik sudah menjadi lumrah seharian mereka.
Apa yang sedang dilaksanakan bukanlah sebahagian dari konsep janji ditepati dengan merujuk kepada janji-janji manifesto 2008, akan tetapi sebagai pembuktian bahawa slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.  Setiap bebanan yang dipikul oleh rakyat, dimengertikan oleh kerajaan, dengan cara menyelusuri denyut nadi rakyat.

Dan Anwar Ibrahim tidak suka tentang keprihatinan Najib Razak kepada rakyat.
Cuba kita fikir sejenak, betapa penyokong pembangkang boleh juga disifatkan cukup “pariah”.
Apa yang Persekutuan beri, mereka ambil dan  terima.
Apa yang kerajaan negeri beri, mereka juga ambil dan terima.
Akan tetapi, mereka melabelkan secara lisan, apa yang diterima dari Persekutuan sebagai “rasuah”.
Manakala apa yang kerajaan negeri beri, mereka anggap itu adalah bukti negeri berkebajikan.
“Pariah” sungguh budi pekerti dan pemikiran mereka!
Kesimpulannya, IBM cuma nak jelaskan, memang pembangkang tidak pernah menghargai apa yang kerajaan buat, apa yang kerajaan beri mereka kebas, ibarat melepaskan anjing tersepit. Kita digigtnya. Itu PEMBANGKANG sial. Tapi, ada juga dikalangan penjawat awam yang pro kepada pembangkang. Inilah yang dikata 'duri dalam daging'. Kerajaan bagi depa sapu, tapi, tidak menyokong kerajaan. Hampehh!! Walau apapun, kepada DS Najib, teruskan TRANSFORMASI mu itu. Jasa mu dikenang. Insyallah, rakyat akan bersama-sama kita (BN). Sumber berita dipetik dari Selangor Daily.Com. Terima kasih. Ikhlas ~ IBM
TERIMA KASIH LE KERANA SUDI MEMBACA

Lagi Pemimpin DAPig Tolak Hudud!!


PAS umpama 'bermimpi disiang hari'. Hasrat PAS yang mahu melaksanakan HUKUM HUDUD di negara ini sukar untuk dilaksanakan kerana parti sekutunya DAP tidak akan setuju dan juga PAS terlebih dahulu mesti meminda Perlembagaan Perseketuan. Itu kata salah seorang pemimpin kebangsaan DAP, bukan IBM kata.

Inilah sebenarnya DAPig Nak. Kuburkan PAS

Kepada pengikut-pengikut PAS yang bahlol dan banggang ni,  kenapa le korang ni masih terhegeh-hegeh nak berkawan dengan cina DAPig yang rasis dan terang-terang menolak hukum Hudud yang korang gilakan sangat tu? IBM tak faham, betul-betul tak faham. Biol betul le korang ni ni. kalau tak percaya jom BACA di sini. Baca betui-betui dan fikir-fikirkan. Adakah korang boleh terima alasan yang diberi oleh pemimpin kebangsaan DAP tu?...korang tepuk dada korang, tanya sendiri. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH  LE KERANA SUDI MEMBACA

WOWW!! Najib Antara 25 Pemimpin Dunia Aktif Dan Popular Di Twitter!!

TAHNIAH, TAHNIAH Datuk Seri!!! We proud of you.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.
Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.
Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan instutisi mereka.
Berita yang mengembirkan ini sudah tentu tidak di senangi oleh seteru DS Najib. Nak thu sapa SETERU DS Najib ni. Ehm..ehm..ehm....korang semua mesti tahu punya. Kalaulah repoter tanya pandangan dia, sebelum dia jawab, dia akan tanya, u dari mana, Utusan Malaysia ke?...sorry, tak layan, itu ayat pertama yang terkeluar dari mulutnya. Dan bila reporter yang lain tanya, dia akan jawab, "Kalau saya jadi PM nanti, populariti saya lebih tinggi dari Najib, mungkin no 1 di dunia".
Hehehe...agaknya le. Tapi itu tidak akan terjadi. Kita pastikan DS Anwar pembelot dan pengkhianat no1 negara tidak akan menjadi seorang Perdana Menteri. Kita TIBAI Anwar cukup-cukup. Itu janji kita, rakyat yang cintakan kedamaian dan kemakmuran. Insyallah. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, July 28, 2012

Gunakan Mandat 5 Tahun : Nasihat MPN Kepada PM!!

BENGGANG!!!. Dah tentu benggang habis pembangkang sekiranya Perdana Menteri, DS Najib menerima cadangan dari Majlis Profesor Negara (MPN) supaya menunda PRU ke-13 hingga tamat tempoh lima tahun mandat yang diberi. IBM rasa ada lojiknya apa yang disarankan oleh MPN, kerana selain itu, tidak adil untuk DS Najib mengadakan pilihan raya secara tergesa-gesa sebelum cukup tempoh lima tahun pemerintahan BN, apatah lagi Perdana Menteri baru sahaja melepasi tiga tahun pentadbiran negara.

Ada beberapa fakta lagi, kenapa harus DS Najib melanjutkan PRU ke-13 hingga ke bulan April 2013. Oleh itu, IBM yakin, pembangkang akan menyerang DS Najib dengan berbagai-bagai tomahan, takut kalah le, Najib tak ada telo le dan bermacam-macam lagi. Apapun, kepada DS Najib, buatlah yang terbaik, jangan dilayan pembangkang tu, biarkah depa melalak, seperti anjing menyalak bukit. KLIK DISINI untuk cerita yang soheh. Hari Ini IBM tak beberapa sihat untuk menulis lebih panjang. Selamat menjalankan ibadah puasa, moga puasa hari ini lebih baik dari semalam.  Salam sayang dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, July 27, 2012

Lagi Janji Kosong Dari Pembangkang (PKR). Nak Turunkan Harga Proton Pulak

CUBA anda semua lihat betul-betul wajah si Rafizi ni. ada yang kata jambu. Itu sebab Anwar Ibrahim sayang sangat pada dia. Tapi...disebalik jambunya itu, beliau adalah seorang yang telah di ajar membuat janji-janji kosong, pembohong, penfitnah dan apa lagi nak di copkan si Rafizi ni. Tuhan je lah yang tahu. Melalui si jambu ni, PKR membuat janji lagi dan lagi bagi mengaburi mata rakyat. Terkini, didalam akhbar Malaysiainsider, Rafizi berkata, PKR akan menurunkan harga kereta Nasional, Proton, sekiranya mereka di beri mandat dan memerintah negara ini. Janji lagi...dah tentu janji kosong. 

Mengikut kata Rafizi ni lagi, harga Proton boleh di turunkan sekiranya duti eksais kereta di mansuhkan. Habis, bagaimana dengan pendapatan Kastam dan Negara sekiranya duti tersebut di mansuhkan?....mana Kastam nak dapat duit bayar gaji kaki tangannya nanti? Apa bodoh punya cadangan yang si Rafizi buat ni?  Kata pakar Strategik, Pengarah pulak tu, tapi, idea kosong, hampeh. Idea yang di beri tu hanyalah untuk melingkupkan pendapatan negara. Nak tahu kebodohan si Rafizi ni KLIK DISINI . Bacalah dan anda semua nilaikanlah. 

IBM cuma nak ingatkan kepada semua, terutamanya orang-orang Selangor, janji pembangkang di Selangor dan beberapa negeri yang mereka tawan di PRU ke-12 dulu, masih banyak yang tertunggak. Sampai la ni belum di tunaikan. Maka, IBM merasakan janji yang cuba di buat oleh si Rafizi, Pengarah Strategik PKR Selangor ini, hanyalah gimik politik dan juga gimik pilihan raya. Memang, pembangkang cukup pakar di dalam hal berjanji.

Maka, IBM menyeru kepada semua, fikir-fikirkanlah. Jangan tersalah pilih lagi di PRU ke-13 nanti. Kerana kesilapan yang lampau membuatkan kita merana sehingga tak terkata. Itu je le yang IBM nak sampaikan. Sekian. Wasallam ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Syukur!!. Operasi Keluarkan Pelajar Malaysia Di Syria Selesai...



SYUKUR ALHAMDULILAH semua pelajar Malaysia di Syria yang terlibat dalam proses evakuasi telah berada di tanah air dengan kumpulan terakhir tiba pada Khamis. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik, Syria dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan. “Seramai tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan pelajar sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana,” katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.
Sabtu lepas, Anifah dilapor berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu. Kumpulan pertama sebanyak tujuh pelajar selamat tiba di tanah air pada Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 pelajar tiba, Khamis. Mengulas mengenai ekspatriat Malaysia di Syria, Anifah berkata sembilan orang telah kembali ke tanah air atas inisiatif sendiri manakala seorang masih berada di sana.
Beliau berkata duta dan empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik akan kembali dalam masa terdekat. “Sehubungan itu bilik operasi Kementerian Luar Negeri telah ditutup secara rasminya. Sebarang pertanyaan lanjut orang awam boleh menghubungi 03-88874000 pada waktu pejabat dan 03-88874570 selepas waktu pejabat,” katanya.
Kepada lapan orang pelajar yang masih tinggal di sana (Syria), pandai-pandailah jaga diri. Jika terjadi perkara yang tidak di ingini, jangan salahkan kerajaan tidak prihatin, itu adalah kehendak kamu semua, walaupun pihak kerajaan melalui dutanya di sana cuba mengeluarkan semua pelajarnya di sana. IBM rasa yakin, sekembalinya mereka-mereka itu semua dari Syria, sekurang-kurang dapat membuka mata, hati dan minda mereka betapa untungnya kita memiliki sebuah negara seperti Malaysia yang hidup aman dan damai, tanpa apa-apa pertelengkahan yang boleh membawa kepada peperangan.
Bak kata perpatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tapi, hujan batu itu ada hikmahnya. Dan, mereka pasti rasa selesa dapat menjalankan ibadah puasa dan berbuka dengan tenang, tanpa gangguan, tidak seperti di Syria sentiasa di selubungi ketakutan apabila mendengar letupan dan bunyi mesin-gun di mana-mana. Alhamdulillah, segala-segalanya selamat di Malaysia. Sekian, buat masa ini, IBM ucapkan Selamat Berbuka Puasa Dan Selamat Menjalankan Solat Sunat Terawih. Amin! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

WOW!!! Jual Cendol Boleh Dapat RM120K Sebulan?


PERCAYA atau tidak, itulah rezeki dari Allah s.w.t kepada insanya yang berusaha gigih untuk menyara hidup keluarganya. Siapa sangka, hanya dengan menjual cendol boleh mendapat pendapatan yang begitu lumayan sekali. Apa yang perlu, usaha dan terus berusaha. Inilah yang terjadi kepada En Muhamad Burhan Salikon, 45 , peniaga cendol yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor.

Menurut kata En Borhan, beliau pernah diisytiharkan MUFLIS sehingga wang seringgit pun tiada dalam poket dan bank. Tapi, di atas usaha gigih beliau yang tidak pernah merasa putus asa, kini beliau mampu meraih pendapatan antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan. Tahniah En borhan!!.

Sebelum ini, En Borhan yang memiliki gerai Cendol Durian Burhan di tepi jalan Kuala Selangor -Tanjung Karang memulakan perniagaan sejak 1997 dengan pendapatan RM90 sehari sebelum beliau menerima bantuan perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2008. Mengimbas kembali dimana beliau mula menjual cendol menggunakan basikal roda tiga pada 1997 sebelum perniagaannya maju hingga mempu membeli lori dan beberapa van serta menggajikan pekerja. 

Itulah serba sedikit al-kisah En Borhan yang telah berjaya di dalam perniagaan Cendol duriannya yang kini mampu mengubah corak hidupnya. Bagimana dengan anda semua, boleh kah mengikut langkah En Borhan ni?....IBM rasa, insyallah boleh. Sekali lagi IBM nak ucapkan tahniah kepada En Borhan, moga perniagaan cendol beliau terus berkembang maju. Kita mesti bangga dengan bangsa melayu kita yang kini mampu bersaing hebat berniaga dengan bangsa-bangsa lain di negara kita ini. Malaysia boleh, melayu boleh!! Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Beli Ijazah Palsu :Tan Sri Dan Ahli Politik Mana Le Yang Kantoi NI?

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan), menunjukkan barang rampasan kes graduan palsu.

IBM hairan kenapa dan mengapa orang yang dah ada nama, banyak duit terlibat di dalam kegiatan haram seperti ini? apa motif sebenarnya? Dan Apa yang mereka mahu?  Atau gatal sangat kerana dah terlalu banyak duit. Apapun jenayah tidak mengenal pngkat, bangsa dan agama, Polis tetap akan menjalankan tugas mereka bagi menyekangan kegiatan seperti ini dari berluasa.  Difahamkan Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan terbabit berikutan penahanan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah mereka-mereka ini?

Apa yang merisaukan IBM, kot-kot Tan Sri dan ahli politik yang di terbabit didalam pembelian ijazah palsu itu adalah orang-orang kita. Malu kita nanti. Apatah lagi PRU ke-13 dan nak dekat, tiba-tiba perkara seperti ini berlaku. Alahai! seronok le pembangkang. Dah tentu mereka akan jadikan isu ini sebagai modal mereka untuk berkempen dan akan meracuni pemikiran rakyat bahawa kerajaan sekarang ini tidak telus dan macam-macam lagi. Mintak-mintak tidaklah orang kita . Tapi...sekiranya mereka-mereka tu dari kalangan pembangkang, baguslah. Tangkap, dakwa dan humban je ke dalam penjara. 

Apapun, IBM ucapakan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan anggota-anggotanya kerana dapat menumpaskan kumpulan penjualan ijazah palsu ini. Kepada yang terlibat tu, selepas ini bertaubatlah. Carilah rezeki dengan cara yang betul (halal) dan jangan jadi rakyat sebagai mangsa semata-mata hendak mencari kekayaan. Cukuplah tu. Sekian dulu dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, July 26, 2012

Perkampungan Ramadan 'ARTIS' Jadi Tumpuan. Ustazah Abby Mesti Jelous Habis Ni....

SERINA menunjukkan biskut raya di gerainya di Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk, Kuala Lumpur kelmarin.
KEMERIAHAN Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk di sini menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja mahu mendapatkan juadah berbuka puasa tetapi juga bertemu selebriti pujaan masing-masing. Program anjuran Barisan Artis Nasional (Bran) yang dipengerusikan oleh Datuk AC Mizal, bermula sejak 20 Julai lalu sehingga 19 Ogos dari pukul 4 petang hingga 8 malam.

Perkampungan itu merupakan cetusan idea artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama peminat yang tidak mempunyai kampung halaman selain tinggal tetap di Kuala Lumpur. Antara yang membuka gerai di situ ialah pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan yang menjual biskut raya berharga sekitar RM25 hingga RM35 setiap pek. Katanya, biskut yang dibuat sendiri dijual menggunakan mentega sepenuhnya bagi menambah keenakan dan gebu.
“Saya jual 10 jenis biskut dengan paling laris ialah tat nenas, kacang, coklat rangup dan nestum,” katanya ketika ditemui kelmarin. Pelakon drama, Ema Akma pula menjual ayam percik menggunakan resipi campuran rempah ratus istimewa.“Ayam percik yang saya jual rasanya sedikit manis dan pedas. Keenakannya terletak pada kuah yang dibuat sendiri tidak terlalu berwarna merah tetapi pekat. “Setiap satu dijual pada harga RM3.50,” katanya.
Lain pula dengan penyanyi dan pelakon, Eida Moin yang memilih untuk membantu keluarganya menjual masakan popular mereka iaitu sotong kangkung, yong tau fu dan air soya. “Ini merupakan perniagaan keluarga saya tetapi saya turun padang membantu kerana bila Ramadan, memang tidak menang tangan melayan pengunjung. “Air soya kami juga berbeza kerana kami meletakkan ais yang dibalut plastik supaya rasa lemak soya kekal lama,” jelasnya.
Bintang Akademi Fantasia 4, Farhan pula menjual kira-kira 20 jenis biskut raya buatan sendiri. “Saya minat buat biskut sejak kecil lagi. Saya akan mula membancuh adunan bermula lepas sahur sampai waktu berbuka,” katanya. Katanya, antara jenis biskut yang dijual adalah coklat pizza, makmur Sabah dan mama carry pada harga RM25 hingga RM28. Selebriti lain yang turut berniaga di situ ialah Salamiah Hassan, Watie Elite, Azza Elite, Muhammad Mentor, Ayu One In A Million, Maya Matahari dan Riot Kool.
Berdasarkan cerita dan berita di atas tu, memang meriah kerana segala penat lelah artis yang berniaga dan menambah rezeki di bulan yang mulia ini, iaitu di bulan Ramadan mendapat sambutan yang menggalakan dari para peminat tempatan. Kalaulah Ustazah Abby Abadi yang sedang meroyan tu tahu dan dengar cerita ini, dah tentu dia meroyan lagi dan lagi. Apapun IBM nak ucapkan tahniah kepada Datuk AC Mizal di atas usaha gigih yang beliau usahkan. Teruskan Datuk. Kami peminat-peminat sekalian, sentiasa di belakang dan akan memberi sokongan yang padu demi untuk menaikkan nama-nama artis tempatan.
Cuma, ada yang tertanya-tanya, jadi ke DEBAT bersama Abby Abadi yang Datuk cadangkan tu, dan adakah Abby memberi respon terhadap cabaran yang Datuk kemukakan tu?....kan apa Datuk, kami harap jika debat itu jadi, kami nak Datuk taruh cukup-cukup Abby tu yang kononnya dah naik tarafnya kepada 'USTAZAH'  setelah menyertai Pas dan juga dah konform masuk SYURGA. Kebelakangan ni, Abby dibelasah teruk dan ceritanya terpapar di dalam blog-blog pro kerajaan hampir setiap hari. Padan mu ko Abby. Ko carilah rezeki dengan berceramah di bulan Ramadan ini bersama Pas. Mudah-mudahan rezeki halal kamu bersama Pas tu bertambah, maka senanglah kamu masuk syurga seperti yang Pas janjikan..
Setakat ini dulu dari IBM. Masa berbuka puasa dah hampir tiba ni. Nak prepare apa yang patut. Tulang ni mesti ringan sikit, tolong-tolonglah isteri di dapur tu. Jangan asyik memerap di depan komputer tu. Selamat berbuka puasa kepada semua.!! Ikhlas ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sabah Dan Sarawak Bukan Lagi 'Deposit Tetap' BN : Kata Penganalisis Politik, Betuk Ke??

Apakah ini betul dan akan menjadi kenyataan??. Sama-sama kita fikirkan

BETUL atau tidak ianya berita yang agak menakutkan jugak. BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, Begitulah mengikut kata seorang penganalisis politik dari negeri itu. Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. Kalau betulah kata Pensyarah tersebut, apakah tindakan selanjutnya dari BN negeri dan BN pusat?. Takkan berdiam diri begitu saja?

Katanya lagi, Pembngkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan. Dan beliau tidak fikir 'Deposit Tetap' yang dimegah-megahkan oleh BN akan kekal. Menurut beliau, merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN, tapi, kini tidak lagi. Ucapan beliau itu di buat semasa beliau berucap di dalam majlis perbicangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Proffesor Negara.

Dari situ, IBM dapat nilaikan betapa seriusnya akan kata-kata Pensyarah dari Sabah itu, kerana bukan sahaja beliau anak Sabah, tapi, memang ada fakta-fakta yang membuat beliau bercakap begitu. Oleh itu, kepada BN negeri dan Pusat, buatlah sesuatu, jangan hanya tumpukan perhatian kepada negeri-negri di Semenanjung sahaja, turunlah ke padang di Sabah dan Sarawak. Kepada Perdana Menteri DS Najib, IBM syorkan agar segera membuat lawatan ke Sabah dan Sarawak secara besar-besaran, dekati rakyat di sana dan ambil hati mereka kembali.
Inilah yang digambarkan oleh pengalisis politik. Apakah ianya akan berlaku?

IBM bukan apa, takut Tsunami politik yang berlaku di beberapa negeri di semenanjung yang berlaku pada 2008, tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Tapi...secara realitinya ia sudah pun berlaku kerana kita hilang beberapa kerusi yang penting di Sabah dan Sawarak. Itu adalah amaran dari rakyat di sana yang kononnya inginkan perubahan. Dan...apatah lagi, sejak kebelakangan ini, pembangkang dengan lantang bersuara mereka akan dapat merampas Sabah dan Saawak di PRU ke-13 nanti. 

IBM harap, Barisan Nasional (BN) negeri dan pusat dapat duduk semeja dalam masa terdekat ini, bincanglah apa yang patut. Fikir-fikirkan apa lagi janji-janji yang belum tertunai di Sabah dan Sarawak itu. Buatlah sedikit perubahan dan jangan sampai pembangkang mencurah racun yang berbisa sehingga rakyat menghukum Barisan Nasionl (BN). Fikir-fikirkanlah, kerana berfikir itu boleh merubah segala-galanya. IBM yakin, jika usaha di teruskan, BN akan terus mendapat perhatian dan dekat di hati rakyat.

Itu je lah yang dapat IBM paparkan untuk hari ini, kerana di bulan puasa ni, jejari ni lemah dan malas untuk menaip, tapi, demi perjuangan IBM teruskan jugak. ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, July 25, 2012

Jom Berbuka Puasa Di Masjid Putra!!

SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang berbuka puasa di Masjid Putra di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Jika anda mahu menikmati suasana berbuka puasa yang lebih afdal, mungkin Masjid Putra di Presint 1 di sini menjadi tempat yang sesuai untuk anda mencubanya. Masjid tersebut sudah 14 tahun berturut-turut menganjurkan program berbuka puasa secara percuma untuk pengunjungnya sejak tahun 1999.
Kebanyakan mereka yang berbuka puasa di masjid tersebut bukan sahaja terdiri daripada warga Putrajaya malah pelajar dan pelancong asing. Imam Besar, Abd. Manaf Mat berkata, lazimnya kira-kira 4,000 jemaah memenuhi masjid untuk solat Maghrib, Isyak dan tarawih. Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 1,600 jemaah akan berbuka puasa di masjid berkenaan berbanding sekitar 1,300 orang pada tahun sebelumnya.
“Kami menyediakan kurma, kuih-muih dan air untuk berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib. “Selepas itu, barulah kesemua jemaah berbuka dengan nasi dan lauk-pauk,” Apa kata kita semua cuba ke sana. Bulan Puasa ni elok juga kita pusing-pusing dan sembahyang sunat tarawih di setiap masjid dan surau kalau kita berkesempatan. Kalau asyik tempat kita je, boring pulak. 
IBM rasa, mungkin besok akan ke Masjid Putra untuk berbuka puasa dan sembahayang sunat tarawih. Jalan-jalan cari pengalaman di bulan Ramadhan. Rakan-rakan pembaca sekelian macamana?...nak ikut tak?....jom kita. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Isu Langat 2. Khalid Gagsp Ada Hati Nakkan Projek Tu. Patut Le....

SUMBER berita yang IBM dapat semalam semasa lepak-lepak dengan kekawan selepas habis solat terawikh. Patut le Khalid gagap dan kerajaan PKR Selangor menentang habis-habisan projek Langat 2. Nak tahu kenapa?. Jawapnya simple je. Khalid gagap dan geng-gengnya ingin merompak lagi. Dengan erti kata lain, Khalid hendakkan projek tersebut untuk membuncitkan lagi perutnya dan mengkayakan kuncu-kuncunya. Duit bepp..sapa tak nak duit.


Itulah sebabnya Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim@ Khalid gagap didesak agar berhenti main tarik tali dengan Kerajaan Pusat berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2). Bagi IBM, tarik tali ini adalah stretagi Khalid bagi melambat-lambatkan projek tersebut.  Cuba kalau projek itu terus di beri kepada kerajaan negeri, macamana? Sudah tentu diluluskan. Panjang akal si Khalid gagap ni dan di atas kepalanya sentiasa memiikirkan duit..duit..bukannya kepentingan dan kebajikan rakyat.

Semalam, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri tahu projek Langat 2 amat diperlukan rakyat tetapi mereka bertindak menghalang pembinaannya hanya kerana ia merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Mereka tahu krisis air yang sedang dihadapi penduduk negeri ini, namun mereka tetap berdegil dengan mengatakan Langat 2 tidak diperlukan.

"Tetapi jika Kerajaan Pusat menyerahkan projek pembangunan Langat 2 kepada pihak tersebut, pastinya mereka akan melaksanakannya demi memenangi hati rakyat Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Biasa le tu Datuk, apa nak di hairankan. Apapun, kita tunggu dan lihat apa kesudahannya isu ini. Sekiranya berlaku 'catutan air', IBM nak tengok rakyat Selangor melenting atau tidak, dan, adakah mereka akan bangkit menentang kerajaan PR Selangor ini yang sengaja ingin menjahanamkan negeri Selangor. Kita tunggggggu.

Itu je le yang  IBM nak kongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan pembaca sekelian, kerana berita KRISIS AIR yang agak runcing di Selangor ini memang hangat di perkatakan hari ini. Tapi...kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor masih lagi buat tak kisah. Kerajaan apa namanya ni. Fikir-fikirkanlah semasa memilih kerajaan baru di PRU ke-13 nanti. jangan tersalah pilih lagi. Merana kita dibuatnya. Sekian ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, July 24, 2012

PR Sakit Hati Dengan Tema 'Janji Ditepati' Sempena Hari Kebangsaan? Dengki Le Tu!!


TEMA hari kebangsaan yang ke 55 tahun ni pun Pakatan Rakyat nak politikan. Apa ke jadah depa ni. Tak ada kerja lain ke. Nampak jelas pakatan pembangkang ni ke tandusan idea. Mereka akan cari dan mencari kesalahan orang lain demi untuk politik kotor dan songsang mereka. Apa le yang cacat tentang tema hari kemerdekaan ke 55 tahun ni? Kerana ayat 'Janji Ditepati' tu yang membuat mereka iri hati? HAMPEHH...MEMANG HAMPEHHH Pembangkang ni.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat (PR) memberi tempoh seminggu kepada kerajaan  agar menukar tema Hari Kebangsaan - "Janji Ditepati" kerana ia tidak menasabah. Tidak munasabah apanya. Elok benar dan tepat pada masanya kerana kerajaan telah menepati janji-janjinya pada rakyat. Bukan macam pembangkang yang hanya pandai buat janji-janji kosong je. Terimalah hakikatnya wahai pembangkang ooi.

Setiausaha Agung Pas yang bodoh lagi banggang ni, Datuk Mustafa Ali cuba mengertak dan memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kebangsaan yang lebih inklusif. Amboi, amboi, garangnya depa. Apa, mereka ingat depa tu sapa? Dan...IBM difahamkan, jika desakan Pakatan Rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan, mereka sendiri (PR) akan menukarkan pada tema yang lain, yang kononnya lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk hari kemerdekaan. Banyak cantik!!.

Agak-agak korang semua, apakah tema yang akan di beri oleh Pakatan Rakyat ni ye?..IBM nak beri cadngan pada mereka. Bagaimana dengan tema ini : 'Janji Jangan Ditepati'. Apa macam, ada ngam tak?. Kan apa, itulah sebenarnya wajah-wajah mereka (PR). Pandai buat janji, tapi tak ditepati. 

Disini, IBM nak peringatkan Pak-pak Menteri yang terlibat di sambutan Hari kemerdekaan yang ke 55 tahun ni. Jangan di layan dengan kerenah pembangkang ni, pesetankan mereka. Bukan semua rakyat yang komplain, hanya depa dan segelintir puak-puaknya yang ingin menjadikan isu ini sebagai bahan kempen depan untuk PRU ke-13 nanti.

Sekian dulu dari ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Apa Motif Lajim Jumpa Pok Nik Di KB??

Lajim (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu, semalam.
RAMAI yang tertanya-tanya. Apa sebenarnya motif Lajim membuat lawatan ke Kelantan, sekali gus berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di pejabatnya semalam? Di sebalik spekulasi bahawa akan meninggalkan Umno, tapi, beliau telah pun meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Mengikut sumber terdekat, Lajim telahpun menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort. 

Pada perjumpaan tengah hari itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengambil masa kira-kira 40 minit mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dalam suasana yang mesra. Mesra..memang mesra. Cuba lihat gambar di atas tu. Macam ada apa-apa je. Turut bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan. Macam rombongan nak meminang je.
Tapi...yang muskilnya tu, DS Lajim menyatakan bahawa beliau tidak akan mempertahankan Kerusi Ketua Bahagian. Ini seolah-olah beliau rasa kurang senang kerana kemungkinan jawatan sebagai Ketua Bahagian yang beliau sandang sekarang ni akan di tentang di musim pemilihan Umno bahagia tahun depan. Betul ke?....Maaf le sekiranya IBM salah. Ini adalah anggapan IBM sahaja.
Dengar cerita, pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut hanya berbincang isu di peringkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pemberisahan awam. Betul ke tu? Atau ada agenda lain yang tersorok. Apapun, kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran akan pertemuan di antara kedua-kedua pemimpin yang berlainan parti dan juga berbeza pendapat.
Buat masa ini, kita jangan cuba nak menuding jari kepada sesiapa pun, kerana ianya hanya sekadar membuat lawatan dan berjumpa untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Bagus le tu. Diharap tiadalah motif lain atau ada 'udang di sebalik mee' di atas perjumpaan Datuk Seri Lajim dan Pok Nik tu. Maklumlah PRU ke-13 dah hampir tiba, maka bermacam-macam anggapan dan tomahan yang akan dibuat, terutamanya pembangkang.
Sekian buat masa ini, bulan puasa ni tak boleh nak tulis yang bukan-bukan, kurang pahala puasa kita. Tulislah yang agak sederhana dan tidak menyakti hati orang lain dan apabila orang baca, tiada maki hamun keluar dari mulut para pembaca, terutamanya pembaca dari blog pembangkang. Depa tu suka cari salah orang je. Wasallam. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, July 23, 2012

Ingat 13 Mei Ingat Kit Siang, Pencetus 13 Mei....

 TENGKU Adnan Tengku Mansor melayan tetamu pada program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman di Presint 8, Putrajaya malam kelmarin.
JANGAN cakap tak serupa bikin. Itulah teguran dan sindiran yang ditujukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang.

Beliau berkata, BN tidak mahu sejarah hitam itu berulang dan menggugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang. "Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tidak serupa bikin," katanya selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran UMNO Bahagian Putrajaya di sini malam kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur bahawa pakatan pembangkang sedia memberi kerjasama penuh kepada BN untuk mengelak rusuhan kaum tahun 1969 berulang.
Inilah wajah pencetus 13 Mei yang banyak meragut nyawa orang-orang Melayu. Tengok mukanya macam sial je.
IBM tak nak komen panjang-panjang tentang peristiwa 13 Mei ini, kerana IBM yakin semua rakyat Malaysia sudah tahu cerita yang sebenarnya. Apa yang di katakan oleh DS Tengku Adnan, memang ada asasnya, dan kepada Lim Kit Siang, jangan cuba-cuba nak timbulkan perkara yang serupa dan pastikan ianya tidak berulang lagi.
Jika berlaku lagi, amatlah buruk padahnya. Kepada Lim Kit siang, sekali lagi di ingatkan supaya jaga mulut, bahasa dan kata-kata semasa berceramah nanti. Maklumlah PRU ke-13 akan berlaku bila-bila masa sahaja.  IBM rasa sudah tentu DAPig ni akan mengunakan isu-isu yang sensentif yang akan menguris hati organg-orang melayu. Tapi...bukan melayu Pas, juga bukan melayu PKR, melayu UMNO kerana melayu UMNO masih mengingati dan berjuangan habis-habis di atas peristiwa tersebut. Bagi orng-orang melayu Pas dan PKR, itu kisah lama, harus dilupakan begitu saja kerana DAPig adalah rakan kongsi mereka untuk memerintah negara.
Oleh itu, fikir-fikirkanlah wahai Lim Kit Siang, kerana kami tahu, cita-cita kamu besar, tinggi, untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara 'Repablik' seperti Singapura sekiranya Pakatan Rakyat dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi....langkah mayat kami dulu. Itulah sumpah kami, orang-orang UMNO dan BN. Sekian dari saya. Selamat menjalankan ibadah Puasa, semoga puasa kita di tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah dan selamat berbuka puasa. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA