Friday, September 12, 2014

GARA-GARA SOALAN UPSR BOCOR, PENGARAH & TIM. PENGARAH LEMBAGA PEPERIKSAAN DIGANTUNG TUGAS. DAH BETUL BERSALAH KE?

JUMAAT, 12 SEPT 2014

SUMBER :

IBM bukan nak menyibuk atau nak jadi hero di sebalik kemelut soalan UPSR bocor yang hangat diperkatakan sehari-dua ini sehingga diberitakan Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai. Itu berita terkini yang di umumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu. Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita, tegas beliau. 

Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan pada Jumaat. Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu. Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September. Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan. Kesimpulannya di sini, IBM merasakan adalah tidak adil kepada kedua-dua mereka yang dikatakan bertanggung jawab di atas kejadian (bocor soalan) sehingga mereka di gantung kerja. 

Adakah kesalahan mereka telah dikesan dan adakah mereka dalangnya?. Jangan..janganlah sewenang-wenang nak menjatuhkan hukum kepada orang belum di dapati bersalah. Dan, seperkara lagi, kenapa harusdihebahkan kepada media masa dan akhbar-akhbar bahawa kedua-duanya telah digantung tugas?...kenapa tidak diamkan perkara itu dahulu sehingga bukti yang mereka betul-betul lalai dalam menjalankan tugas atau mereka terlibat secara langsung sehingga bocornya kertas soalan UPSR tersebut. Perlu di ingat, maruah orang perlu di jaga dan dihormati. Apa akan jadi apabila di akhir episod tersebut, kedua-dua hamba allah itu di dapati tidak bersalah? Dari segi kerja, IBM yakin jawatan mereka di kembalikan, tapi, bagaimana dengan maruah mereka?  Cukupkah dengan hanya meminta maaf sahaja?. Harap perkara-perkara seperti ini harus di beri perhatian yang serius. IBM bukan nak memenangkan atau menyalahkan mana-mana pihak, tapi, fikirlah baik-baik demi untuk nama baik kementerian yang terbabit, nama baik Pengarah dan Tim. Pengarah yang digantung tugas, dan nama baik Menteri itu sendiri. Wasallam ~ IBM

7 comments:

  1. IBM, mereka hanya digantung tugas, bukan dipecat. Tunggulah sehingga siasatan selesai. Adalah tanggungjawab mereka berdua bila kes soalan bocor berlaku. Biar siasatan berlangsung tanpa campurtangan luar ok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. IBM ~ usin,

      Salam. Betul tu. Tapi, maruah mereka tu...kalau nk gantung ke x payahlah hebohkan kat media...senyap2 je...siasat tetap dijlnkan...btl x?

      Delete
  2. Memang tepat tindakan TPM.

    Bukannya dipecat tapi digantung kerja. Memang itu pon SOP nya walaupon di swasta.

    Anyway memang tanggungjawap mereka. Kalau takkan diberi jawatan pengarah...kalau tak reti mengarah.

    ReplyDelete
  3. Saudara Admin..
    Tindakan yg telah diambil adalh base on SOP...No big deals..X jadi isu pun & itulh sebenar-benar cara utk memulihkan kredibiliti & maruah yg telah tercalar...Jgn nilai dari sisi yg salah...BELAJAR BERTANGGUNGJAWAB MACAM MASYARAKAT JEPUN...Think positif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semua.

      Terima kasih di atas komen yg diberi. Memang ada bernasnya komen2 tersebut. IBM bukan apa. Rasa terkilan jugalah cara pihak tertentu bagi mencari jln penyelesian utk mencari/menjejaki pihak yg terbabit/dalang sebenarnya yg menyebabkan bocornya kertas soalan UPSR. T.kasih semua. I love u all. ~ IBM

      Delete
  4. Tinndakan TS Muhyiddin AMAT tepat dan TERBAIK!
    Syabas TS Muhyiddin. Pedulikan suara2 nyamuk yg bising tak tentu tempat. Bukan nk selesaikan..tp nk tambah masalah

    Kalau zaman Tun dulu Ani Arope jd CEO TNB.. blackout stau Malaysia. stesen Paka Terengganu terpelantik. apa jadi? Ani Arope ditamatkan jawatan. Bukan direct salah dia tp DIA dibayar gaji mahal sbg CEO so tgjwb itu dibwhnya!

    So skrg ni. kes LPM ni kes berat! integriti.. sabotaj
    Bila Menteri ambil tindakan tegas ada yg nk jd mcm pengampu Najib!
    bodoh. Sudahlah Malaysia ni berada di zaman lembab lembik dan gelap dr tindakan tegas sejak Najib jd PM

    Lampu merah trafic light pun org tak heran
    betapa psikologi rakyat tahu Krjn LEMBIK!

    So tuan blog, jgn jd takcerdiklah dan perosak Krjn. LPM pengarah salah atau tidak digantung tugas.. bukan pecat. Itu normal lah dibayar gaji pengarah bukan rm200 sebulan.. berbelas ribu gaji.,

    so sepatutnya dia bertgjwb. Igt bayar gaji nk goyang kaki? ada masalah nk salah siapa?

    ini spesis2 AhjibGorr punya blogger.. sepatutnya kena support TS Muhyiddin bertegas.
    Ketegasan shj dpt gerunkan penjenayah dan penyelewengan
    Takkan itu pun tuan blog tk boleh pikir?
    atau Pegarah LPM tu sedara sepapat ko tuan blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~izham mohd,

      Salam. Syabas dan tahniah. Komen terbaik. t.kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...