Tuesday, September 30, 2014

PKR MASIH BERDENDAM DENGAN KHALID. MAHU KHALID DIKENAKAN TINDAKAN. BUSUK HATI PKR NI YE!!

SELASA, 30 SEPT 2014

SUMBER....
KITA semua sudah ketahui dan menjadi saksi betapa jahat dan  rakusnya politik  yang diamalkan oleh PKR. Apabila melihat seseorang pemimpinnya begitu degil dan tidak mendengar cakap mereka, maka, terimalah akibatnya. Walaupun semasa di dalam parti dan menjalankan tugas denga baik, tapi, jika kehendak mereka tidak di turuti, maka . 'out' you go. Bukan setakat itu, setelah dipecat, dan dipaksa letak jawatan, kini mereka mencari silap dan minta di kenakan tindakan. Itulah nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Selangor yang selama ini begitu setia bersama PKR. Tapi, kini menjadi buruan PKR untuk diambil tindakan. Dalam hal ini, penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed (gambar bawah kanan) menyifatkan tindakan PKR yang terus mencari kesalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak wajar. Ini kerana menurut beliau, PKR tidak akan berpuas hati sehingga Khalid dikenakan tindakan undang-undang, meskipun beliau telah dipecat daripada parti dan 'dipaksa' untuk meletakkan jawatan. 

Beliau melihat sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan PKR ini lebih menunjukkan bahawa mereka masih tidak berpuas hati dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Jadi sebab itulah antara tindakan yang cuba dibuat adalah mengkaji semula keputusan-keputusan yang dibuat beliau (Khalid) dan cuba membongkar apa juga kerjasama dan perjanjian yang dibuat terutama bagi melihat adakah berlakunya unsur-unsur salah laku, katanya. Kepimpinan parti itu terutama sekali Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat kerap kali mahu menyegerakan pendedahan semua kandungan perjanjian pembangunan yang dibuat oleh Khalid sebelum meninggalkan legasinya. Ia termasuklah perjanjian air dengan kerajaan persekutuan yang melibatkan operasi rawatan dan pengedaran dalam industri bernilai RM30 bilion, pembinaan loji rawatan air Langat 2 RM3.6 juta dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). Sehubungan itu, Martadha menasihatkan agar PKR terus maju ke hadapan dan menumpukan pembangunan negeri Selangor tanpa membuang masa untuk mempertikaikan kepimpinan sebelum ini. 

PKR turut disifatkannya parti yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada barisan ahlinya dengan melakukan tindakan seperti itu yang hanya 'politik dendam' semata-mata. Ini menunjukkan satu tindakan yang tidak profesional dan bagi saya tidak wajar terutama bagi saya mengambil kira sumbangan Khalid yang mentadbir negeri Selangor dalam keadaan yang kita lihat cukup baik sebelum ini. Mereka perlu lebih profesional dalam apa-apa tindakan pun. Kerana tindakan sebegini akan menjadi contoh kepada kepimpinan yang lain, jelasnya. Tapi, PKR dan rakannya dalam Pakatan tidak mengamalkan (profesional), malah mereka lebih kepada mengamalkan sikap 'gengster' dan 'kuku besi'. Siapa tak dengar cakap, ditamatkan riwayat politik mereka. Kejam kan? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...