SUMBER....
BARU kena gertak macam tu pun Pemuda PAS dah gabra dan gelabah. Takut betul Pemuda PAS kepada PKR & DAPigs ye. Lantas, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengubah cerita dan cuba memperbetulkan akan kenyataan serta menyifatkan kenyataan keluar Pakatan Rakyat oleh Timbalannya Mohd Khairil Nizam Khiruddin disalah faham selepas mendapat kritikan hebat daripada PKR dan DAP. Memang tak telo betul Pemuda PAS ni. Suhaizan sebaliknya mengatakan kenyataan tersebut bertujuan mengelakkan tekanan kepada PAS kerana pendirian yang berbeza. Niat beliau (Tim Pemuda PAS) yang sebenar untuk mengelakkan tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran. Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia, kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini. Suhaizan juga menafikan kenyataan Timbalannya itu berkaitan dengan krisis yang berlaku di Kenyataan ini tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau pelantikan exco kerajaan negeri Selangor. Beliau juga berkata sudah menghubungi ketua pemuda kedua-dua parti bagi menyelesaikan salah faham tersebut. Di samping itu, Suhaizan juga menggesa pimpinan PAS dan Pakatan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh meretakkan gabungan tersebut.
Beliau menasihatkan diri beliau dan pimpinan PAS serta PR agar mengelakkan memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR. Seperti kenyataan "cerai" bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut, katanya. Susulan kenyataan Khairil Nizam, pihak DAP Sarawak berkata ia sebagai berakhirnya hubungan parti tersebut dengan PAS. Malah Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata Khairil Nizam sepatutnya menyeru anggota parti komponen kembali mengukuhkan tahaluf siyasi, bukan terus-menerus mengeluarkan kenyataan mengugut. Kesimpulannya, Pemuda PAS saling tak tumpah dengan induknya, akan dibuli dan terus dibuli oleh PKR & DAP. Mampus le korang asyik kena buli dan bersendiwara le korang. Wasallam ~ IBM